Masa aku kat Kashmir aku dapat tau mesyuarat bulanan dijadualkan pada 26/09/18 di Alor Setar, Kedah. Aku plak ada appointment kat KL pada 27/09/18. Aku memang dah minta cuti sehari sebab takmo ganggu urusan kerja. Kalau ikut hati memang aku suruh anak buah aku je yang pegi. Tapi tu lah kan. Hati ku ini bukan batu...
So setelah aku fikir pro dan kontra, aku beli je lah tiket AirAsia ke Alor Setar. Kalau naik keta lagi buat sakit badan. Jarak dan tempoh perjalanan tu yang menakutkan aku. Mula2 ada juga plan nak drive sendiri so lepas mesyuarat aku boleh terus balik tido KL. Bila tengok tiket kapatebang murah, sambar aje lah.
25/09/18
Pagi 7.45 aku da sampai pejabat. Semalam seharian aku terdampar kat rumah. Serangan severe headache yang buat aku kecundang dari hari Ahad kat umah. Pagi ni aku semak apa fail yang ada kat pejabat dan buat agihan kat anak buah aku. So semua ada bahagian masing2 hahahaha. Aku sempat jumpa bos aku, bincangkan masa depan yang kelam dan masa silam yang tidak memberangsangkan. Semoga yang baik ajelah untuk kehidupan ni Maya..
Jam 9.45 aku tinggalkan pejabat menuju ke Pejabat Pos Air Keroh. Nak ambil liptik Madame Izara baru beli dari Shopee kikiki.
Masuk hway bawa slow je lah sebab takde keperluan nak rushing. Flight aku jam 3 petang. Jam 11.50 aku singgah RnR Seremban nak bfast. Tengok makanan tak kena selera maka aku pon pegi A&W. Singgah Petronas tengok duit dalam bank dan topup TnG sebab parking kat Putrajaya Sentral tu memang tak pakai cash dah.
Sampai Putrajaya Sentral aku tawaf dari tingkat satu ke tingkat tiga. Mau enam kali pusing akhirnya dapat parking jugalah. Masa aku tengah beli tiket KLIA Transit , aku terdengar bunyi train sampai. Hmmmm kecewa. Tunggu lah ko lagi 30 minit train seterusnya.
1.45 petang aku sampai KLIA2 jumpa Pn Siti yang transit dari Senai. Kebetulan sama flight ke Alor Setar. Dia dapat waran tiket dengan luggage 40kg. Jeles...
Sebab dah makan kan, kami pon masuk la departure hall. Tiket aku gate K4, tiket dia gate K18. Kami tanya adik yang pakai selempang ASK ME tu dia kata dah tukar gate K4. Aku plak sibuk nak cari plug sebab nak cas hp. Semua plug penuh so, kami minum kat kedai sambil aku cas hp. Flight kami patut berlepas jam 3.45 petang.
Tak lama tu aku pegi solat kejap. Alang2 awal lagi kan. Jam 3.05 staff AA mula panggil masuk gate K4 tu. Kami pon tunggu sambil aku tengok pilot dan pramugari pon menunggu. Kapal pon takde lagi nak oiiii. Tup2 pilot dan pramugari blah dan telinga aku menangkap perkataan 4.15 pm. Amboi panas jap.
Dah tu staff AA announce, kami kena pindah gate ke K18. K18 ni gate paling lagend, sebab paling hujung. Ok fine, aku dengan Pn Siti jalan slow2 sambil singgah toilet. Saja jalan slow sebab takde benda nak dikejar pon kan.
Sampai sana proses checking tiket dibuat sekali lagi. Pn Siti saja tanya kenapa. Staff kata ada masalah kapal. Aku plak rajin tanya ni nak fly jam berapa ni. Amek kau dia jawab 5.15 kak. Hmmmmmmm....
4.30 petang, pilot and da geng sampai gate K18. Dorg pon kena menunggu macam kami rakyat marhaen ni. Masa tu hp mula la bunyi. AA hantar sms dan emel maklumkan flight delay ke 5.15 petang. Bila dah 4.50 petang kami dapat la naik kapal. Staff bagi la sebotol air mineral cactus 500ml tiap sorg sebagai saguhati... Kena tunggu kapal isi minyak jap.
5.25 petang kapal tu dah undur, prosedur keselamatan pon dah habis terang dah. Sekali... Kapal tu patah balik ke bay K18. Mula2 kata ada technical error yang dorg cuba betulkan. Tak lama kemudian terdengar lah announcement ini "Due to technical error we need to disembark from the flight. For safety reason. Your safety is our concern. We are very sorry". Ok fine, jom turun.
Then we change gate to K16 pulakkk. Berebut tandas sekali lagi dengan orang ramai hahahaha. Nak masuk kapal sekali lagi kena check tiket hadoiiii. Kali ni aku doa perjalanan berjalan lancar je lah.
Sekali lagi tengok demo safety procedures. Jam 6.59 petang kapalterbang bergerak sekali lagi dan menuju ke runway. Beratur kapal AA nak terbang. So akhirnya jam 7.21 petang kapal AK6016 ni terbanglah membelah awan menuju ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar.
Kapal tu tengah tunggu turn nak berlepas.
Kapal belakang kami tengah tunggu turn nak berlepas.
Tu kapal tu baru berlepas. Yang depan kami tadi. Punya banyak masa lapang aku kan? Ni blog ni kawan aku yang suruh tulis ni sebab pengalaman tak baik hahaha. Biasa aku tak tulis kalau perjalanan melibatkan kerja. Aku pinjam majalah Travel 360 orang sebelah sebab aku bosan dah.
Jam 8.04 malam kami dah mendarat. Aku tak tau berapa laju pilot bawa sebab anggaran perjalanan patut 50 minit. Kami tunggu beg Pn Siti dan cari pemandu. Sian dia da tunggu dari petang. Aku suruh dia balik dulu sebab dah delay 3 jam 15 minit.
Aku lapar dan ajak dorg makan Nasi Lemak Royale. Cik tu bawa makan sebelah istana. Daku makan dengan gumbira sebab daku amat kelaparan.
Sampai hotel rehat dulu lah. Aku book by Agoda bilik je. Tapi hotel bagi juga sarapan esok pagi untuk aku. Yeay.
Teringat plak tahun lepas mesyuarat D11 aku tido hotel ni gak. Masa tu ada orang sayang. Sanggup datang dari Sabah ke Kedah sebab nak drive balik ke selatan. Jaman tu memang ke hulu ke hilir aku akan drive saja. Jaman now kenot ahh. Badan da tak kuat. Jaman now laki kesayangan bagi duit soh naik flight. Apa beza kasih sayang dan duit?

Esok kita sambung lagi drama. Semoga esok aku tak dimaki-maki dalam meeting. Amin...
26/09/18
Pagi ni kami sarapan di hotel dah tu aku check out siap2 dan angkut beg aku letak kat bilik Puan Siti. Aku terus balik petang ni sebab ada hal esok kat KL.
Sampai kat IPK Kedah kenalah membawang dengan kanda2 ku sebelum mula mesyuarat.
Best juga kali ni tak de sapa kena marah. Dato dah nak naik pangkat. Alhamdulillah moga diberikan rezeki. Terima kasih atas tunjuk ajar selama ni.
Lepas habis mesyuarat aku balik dan siap2 tunggu kawan aku Cath amek. Dia kata nak jalang2 dengan aku sempena meraikan kedatangan aku ke Alor Setar.
Cath ni buta jalan. Ajak aku makan Laksa Ikan Sekoq tapi dia pon tak tau kedai tu dah pindah.
Tapi sebab tempat yang dia nak bawa tu memang aku pon penah pegi tahun lepas. Lokasi kedai tu dah tak wujud. Aku percayalah memang kedai tu dah pindah ke lokasi baru.
Lepas makan laksa, Cath nak belikan aku Apom Balik plak. Berpusing2 lagi nak cari kedai. Dia paksa aku baca semua nama kedai yang ada kat tepi jalan tu. Tapi kami berjaya beli apom balik special ni. Macam2 flavour ada. Kami beli kacang, jagung, cheese, coklat. Cedappppp.
Lepak jap di epot menunggu kapal terbangku. Sian Cath tak rela melepaskan aku balik hahaha. Tq syg spend time with me sambil bergosip gasap.
Sampai KLIA2 aku terus ambil train ke Putrajaya Sentral nak ambil abang. Anna dah tunggu kat IOI Mall.
Kami makan kat Seoul Garden then aku paksa dia hantar aku pegi kat abang. Sebab aku tak tau mana aku park abang tu. Nasib baik aku ambil gambar tiang parking tu.
Malam ni aku tido umah Panda je. Anna ada tapaukan Panda nasi ayam madu. Esok nak uruskan benda yang dah enam bulan tertangguh.
Semoga semua baik adanya.
Kalau rajin esok balik Melaka. Kalau malas pagi Jumaat lepas Subuh lah kita balik.

wah padat
ReplyDelete