Friday, 14 September 2018

My vitamin sea

10/09/18
Aku tak tau nak buat apa kat rumah. Aku turun naik umah dan basuh baju. Tengok tv sebab astro buka full chanel. Dah petang dalam jam 2.45 petang aku dapat a very disturbing phone call. So tanpa berlengah lagi aku pon cari alasan untuk tinggalkan rumah. Aku call my beloved friend Hajah Zuzeita tanya dia ada mana. Dia cakap dia kerja dan ada kat Dungun. Aku tanya esok cuti pegi mana? Balik kampung ke dok umah? Bila Jie kata dia dok umah je. Aku terus cakap aku nak datang.

Dalam masa 30 minit aku terus hangut beg dan keluar dari rumah aku. Tengok waze dan google maps jarak perjalanan aku adalah 380km dan ambil masa lima jam lebih. Takde hal lah.

Lebih kurang kat Keratong aku dapat idea. Aku call Jie soh carikan pakej day trip lawatan ke pulau sebab aku dah lama x mandi laut.

Aku berhenti kat Surau Pulau Manis dah dekat dengan Gambang untuk solat Asar. Buat masa ni memang cuaca dan jalan sangat clear. Aku lagi suka guna jalan lama sebab tak ngantuk. Boleh main potong2 lori dan kereta. Kat hway tak mencabar dan jalannya lurus aje... Bosan ngat aih.

Jie plak anta msg pasal pakej day trip ke Pulau Kapas. ๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡

๐ŸŒดDAYTRIP to pulau kapas by kapas.vacay๐ŸŒด

PAKEJ VIRAL & MURAH 2018!
*From 9 am - 5.30 pm*

๐Ÿ‹ *Pakej A* ๐Ÿ‹
Only Rm49 per person including
~Boat transfer pergi balik
~One day used snorkeling equipment
~Toilet dan tempat solat

*UPGRADE to snorkeling taman laut + RM10 per person*

๐Ÿฌ *Pakej B*๐Ÿฌ
(Recommended and Hot Sale ๐Ÿ”ฅ )
Only Rm59 per person including
~Boat transfer pergi balik
~One day used snorkeling equipment
~Hiking (bukit singa) with tourguide
~Toilet dan tempat solat

*UPGRADE to snorkeling taman laut + RM10 per person*

๐Ÿก *Pakej C*๐Ÿก
Only Rm69 per person including
~Boat transfer pergi balik
~One day used snorkeling equipment
~Hiking (bukit singa) with tourguide
~One set lunch box
~Toilet dan tempat solat

*UPGRADE to snorkeling taman laut + RM10 per person*

*IMPORTANT NOTE*‼
*UPGRADE* maksudnya, drpd one day used snorkeling equipment tukar terus ker snorkeling taman laut, so snorkeling equipment boleh guna time pergi snorkeling taman laut sahaja ๐Ÿ˜Š

๐ŸŒดADD ON aktiviti๐ŸŒด
Snorkeling taman laut๐Ÿ‘‰๐Ÿผ rm25 per pax(2jam)
Hiking bukit singa๐Ÿ‘‰๐Ÿผ rm15 per pax
Canoe๐Ÿ‘‰๐Ÿผ rm20/hour
Snorkeling set ๐Ÿ‘‰๐Ÿผrm15 per pax(day used)

RECOMMENDED ADD ON
๐ŸIsland tour/hopping(pusing pulau dgn boat 45minit) ๐Ÿ‘‰๐Ÿผ rm25 per pax

P/S
~Budak2 3-11 tahun 60% drpd harga dewasa
~Deposit serendah RM10๐ŸŽŠ
~Group lebih 20 pax ada DISKAUN ๐ŸŽŠ
~Tag your photos @kapas.vacay๐Ÿ‘ and #kapasvacay

So aku reply amek je la yang pakej C tu. Tak payah masak esok. Korg google la nama KAPAS VACAY tu kalau berminat.

Masuk je hway LPT aku ada 111km nak ke exit Dungun. Dah la nak megrib, boleh plak hujan sepanjang jalan. Nasib baik baru tukar spek tapi ngeri weiiii. So aku bawa la kereta slow dan lebih berhati2.

Aku sampai Rantau Abang, Dungun lebih kurang 9 malam dan aku terus isi minyak kat Petronas. Kononnya nak cari mesin atm. Cash takde. Kan PM keenam kata Cash Is King. So bila takde duit dalam tangan aku dah tak rasa macam king hahahhaa (vangang).

Info :
380 km perjalanan
5 jam 15 minit pemanduan
111km hujan di LPT
30 liter penggunaan minyak
1 bungkus asam mangga
1 bungkus roti masimo
1 orang Maya yang comel tapi kelaparan sebab tak makan dari pagi

Sampai di Pulapol Dungun, aku cakap dengan post guard nak jumpa Puan Zuzeita dia ada kat masjid ada program. So anggota tu bagi masuk. Aku tunggu Jie kat tempat letak kereta kat surau. Sebab orang ramai, Jie tak angkat tepon. Tiba2 ada sorg laki datang kat keta aku. Soh aku masuk makan. Malu saya... Dia kata Puan Zuzeita ada kat dalam tu, tempat kosong pon ada lagi. Aku pon g sana dan melahap bihun goreng dan kuih Pak Haji Serban @ pulut sekaya. Sedap nak oiiii, mak memang kelaparan ni.

Malam tu kami borak2 jap sebelum tido sebab kami dah dua tahun lebih tak jumpa. Patut bulan Disember 2017 aku singgah jumpa Jie tapi tak jadi. Lama dah weiii tu pon jumpa kejap kat KL masa dapat lepak sama2 dengan Fahda, Nana, Anna.

11/09/18
Pagi ni kami bersiap ke pekan Marang nak ke jeti. Otw kami berhenti beli jagung rebus. Orang kampung jual 6 batang RM10.

Singgah bank dan sarapan di medan selera yang ada berhampiran pasar. Amboi sedapnya makan dan Jie siap tapau pulut kuning nak  bawa pegi pulau. Dah tu Jie nampak buah mengeke (aku tak tau mcm mana eja, Jie tak tau apa nama lain buah tu) dah tu beli juga.

Park kereta di kawasan jeti bayar RM4 dan kami pegi kaunter nak tanya pasal trip dan buat bayaran. Kami bayar RM138 untuk pakej C dan deposit RM50 untuk jaket dan google. Kalau nak pegi Taman Laut boleh je upgrade tambah RM10 tapi kami cuma nak mandi je bukan nak tengok coral.

Bot kami gerak jam 10 lebih dan perjalanan l/kurang 30 minit naik bot besar. Sampai di Pulau Kapas kami berenti di Kapas Coral Resort. Masa tu kami nampak dah ada orang berkumpul untuk briefing nak panjat Bukit Singa.

Kami letak barang dan berkumpul semula. Guide tanya "Kak, akak takde kasut ke kak?". Akak ko ni hanya pakai Ipanema je. Kak Jujie plak pakai sandal. Tapi Kak Jujie ada kasut. Last2 dia kata "Hati2 lah nanti ye kak". Baik Dikkkk!!!

Kami pon mulalah berjalan keliling Pulau Kapas menuju ke Bukit Singa. Aku dgn Jie jalan melenggang kangkung je.

Maklumlah, kami datang nak rehat bukan nak jadi finisher. Bukan pegi trail running kannnnn....

Nampak tak kesungguhan kami berjalan. Sedangkan dua2 bukan kuat sangat.

Kat belakang kami ada satu pasangan. Bila borak rupanya orang Melaka. To Wahida dan Hafiz, selamat berkenalan dan semoga trip korg akan datang bertiga pula. Insya Allah. Kami jalan la sama2 dgn ditemani guide laki Bangladesh nama Ikhlas (tapi jauh).

Dalam perjalanan, mana je tempat berenti, aku dgn Jie akan duduk dalam air.

Alang2 dah basah kan. Basahkan je lah badan tu.

Tu Pulau Gemia, high class sikit la. Harga resort nya semalam dalam RM300 ke atas.

Sampai di kaki bukit, guide bagi pilihan nak panjat ke nak stay bawah bukit. Bukit Singanya kat depan kami bukan kat bukit yang ada di Pulau tu. Aku dok berkira pro dan kontra nya kalau aku panjat bukit. Sangat curam, takde tali berpaut, macam mana cara nak turun dan aku pakai selipar tahap selipar jepun je!

Akhirnya aku panjat juga lah bukit tu. Jie tunggu kat bawah. Kat situ barulah nampak kenapa Bukit Singa tu dipanggil Bukit Singa. Memang nampak macam singa tengah duduk sambil memandang ke laut. Nampak tak singa kat belakang aku tu?

Panorama view.

Guide tolong ambil gambar. Pemandangan amatlah wow. Bersyukur jugalah aku naik atas bukit ni.

Nak turun.. Ok nak turun ialah masalah. Aku campak selipar aku pegi bawah bukit dah tu aku turun kaki ayam je. Ada je yg join campak kasut turun hahaha.

Aku tolong ambil gambar Jie di kaki bukit.

Balik kami jalan kaki semula dan ada bot menanti. Alhamdulillah pucuk dicita ulam mendatang. Malas kot nak jalan balik sebab dah jalan almost 2 hours.

Aku harus berada di haluan bot tu. Bot tu pon x boleh bawa laju sebab lebih muatan.

Sampai di Kapas Coral Resort, aku dengan Jie makan jagung rebus, berehat sambil tunggu lunch siap. Dah lunch kami jalan menuju other side of pulau, berhampiran jeti sebab Jie kata sana ada kawasan teduh.

Aku dengan jie mula la berenang2 sambil pakai jaket n google. Boleh gak tengok ikan kat tepi pantai. Sekali kami pegi bawah jeti, rasa macam kena panick attack plak. Segerombolan ikan bilis saiz besar ada kat situ. Seronok tengok. Aku naik jap kt pantai dan pas google aku kat satu famili dari Melaka. Anak2 dia teringin tengok ikan. Aku dok tepi pantai main korek2 pasir.

Lepas tu Jie pon naik kejap nak bernapas. Seronok Jie main air. Lepas tu kami masuk laut balik dan rehat makan jagung dan pulut kuning.

Masuk air balik dan akhirnya kami pegi tukar baju bersiap nak balik. Aku tak gamak nak solat kat surau sana sebab ada famili buat tempat salin baju. Dengan anak bogel2 dalam surau. Eh eh ingat ni surau kat umah ko?

Masa ni, tudung Jie dah basah kuyup sebab beg kami basah masa pegi panjat bukit. So aku bagi la tudung aku dan aku pakai towel dari Hosp Pantai. Nasib baik towel tu nipis. Kau tengok ada gaya tak shawl aku? Hahaha

Kami makan mi goreng, ice lemon tea dan teh ais kat restoran. Emmmmm nikmatnya... Jam 4.30 bot datang tapi kami malas nak naik bot tu. Kami naik bot 5.30. Pilotnya pula mcm budak baru dpt lesen. Kami yg dah duduk dalam bot tu rasa ngeri. Dia langgar jeti berapa kali. Aku dgn Jie masih kekal pakai jaket. Kalau jd pape, tak la aku tenggelam dalam Laut China Selatan.

Sampai jeti kami pulangkan balik jaket n google. G beli eskem makan tepi pantai. Dah tu aku tolong kutip namecard resort2 yang ada kat sana. Ada kawan nak buat family day.

Kami balik ke Dungun dan singgah makan ikan celup tepung (ICT). Tapi sesungguhnya perut ini telah penuh. So kami tapau je. Aku drive balik ke Dungun tapi slow je lah. Dah malam ditambah lagi dengan hujan. Aku tak bawa spek. Malam ni Jie tolong basuh baju aku.

12/09/18
Pagi ni Jie bersiap nak pegi keje. Aku pon kemas beg nak balik. 
Kami sarapan kat depan Pulapol sebelum aku teruskan perjalanan.

Aku singgah beli Keropok Lekor dan gerak ke KL sebab Hawa pesan belikan untuk dia. Oh aku tak cite aku telah menjadi pengiring rapat masa Hawa kawin.
Aku share juga lah gambar sebab kami dua lawa masa tu hahahaha. Perasan itu harus! Ni gambar masa nikah kat Pulapol KL.

Hawa bagi short notice seminggu kat aku soh jadi pengiring dia. Kelam kabut aku dengan Mieza pegi cari baju. Sampai ke Muar kami pegi. Hasilnya amat hebat. Aku kelihatan kurus di situ hahahaha.

Majlis bersanding kat Damansara. Humairah telah menemani ku sehingga habis majlis. Tq dear.

Aku baca kat group whatsapp famili aku, ibu dengan ayah ada kat RnR Kuantan tengah rehat. Dorg g melawat cucu kat KB. Dorg gerak hari Ahad. So aku pon singgah bergosip jap dengan ayah ibu sebab aku tak jumpa dorg lagi sejak balik dari Kashmir. Ibu cakap kenapa ko beli karpet? Sebab sebenarnya dia pesan alas meja or langsir. Malas aku nak jawab hahahaha. Aku terus pas kopok lekor yang aku beli utk kawan2 pada ayah ibu. So aku tak la susah payah nak simpan kat hotel kang. Bijak tak aku? Yeee bijak Maya.

Aku book hotel guna Agoda je. Kemain murah plak Furama Hotel. 1st time stay sini. Amboi besar biliknya. Aku rehat2 sambil tunggu Hawa datang malam tu lepas dia balik kelas. Then aku rehat dan tenangkan fikiran. Seronok ko berjalan sana sini kan.

13/09/18
Aku gerak balik Melaka l/kurang jam 11pagi. Masa dah nak masuk tol Sg Besi boleh plak orang msg ajak g lunch. Ehhh takkan aku nak patah balik. Orang tua2 kata tak elok patah balik kalau dah mulakan perjalanan. Aku terus balik umah Taman Desa Baru dan bungkusan dari Kashmir dah sampai. Yeay

Ibu happy dapat karpet. Dah tu suruh gulung balik simpan nak pakai raya.

Aku belikan shawl yang aku rasa sesuai nak dijadikan alas meja untuk coffee table di ruang tamu. Dan Ibu suruh simpan balik nak pakai masa raya.

Ayah cakap pakai la, kang kalau kita mati sebelum raya tak sempat la kita pakai.
Aihh konfliknya mereka ini...

Sebenarnya aku beli shawl tu sebab nak padankan dengan embroidary yang aku da frame kan. 2016 aku, Fahda dan Nana pegi Ho Chi Minh, kat sana aku beli natang ni. So konon lah nak bagi sepasang hiasan ruang tamu ibu.

Oh Wahida bagi aku video ni. Ni masa dorg snorkel kat Taman Laut.


xxxxxxx

Terima kasih sahabatku Hajah Zuzeita kerana sudi menerima aku menumpang tido hahahha tak payah bayar hotel. Kedekut tak? Siap ada perkhidmatan dobi dan wifi lagi. Rumah Jie line macam siput sedut! Macam dok Kashmir takde line hahaha

Alhamdulillah dapat mandi laut. Rindu sangat kat laut dan tiba2 ada orang tanya "Kenapa tak amek lesen skuba?" emmmm luka lama jangan disebut lagi. Daku selasa berada di gigi air.

I love my vitamin sea and I do need it as much as possible.

Tangan dan muka ku sunburn gila2. Kat Kashmir tu kami berada di aras yang tinggi maka matahari lebih dekat dengan kami. Aku plak tak pakai sunblock. Terbakar lah kulit. Its ok lah. Aku bukan suka sangat kulit putih.

Lots of loves
Maya Zura Yahya

No comments:

Post a Comment