Bulan Januari 2018 masa aku tengah melepak2 kat rumah Fahda sambil tengok Hindustan. Tiba2 dia ajak aku g Kashmir. So sebab kami baru dapat bonus RM500 kami pon terus survey tiket. Nak pegi Kashmir kami kena ke Delhi dan fly ke Srinagar. Kami beli tiket Malindo Air dan Indian Air dengan kos lebih kurang RM900. Lepas tu kami janji akan kumpul duit RM200/bulan dan bank in dalam acc Fahda. Trip kami pada 31/08/2018 bermalam di Delhi dan akan fly ke Srinagar pada 01/09/2018 dan balik semula ke Delhi dan Malaysia pada 07/09/2018.
Bulan April baru aku mula cari travel agent untuk ground package kat Facebook dan Instagram. After shortlisted about 6 agent. Kami decide nak guna Ladakh Kashmir Tour ~ Tanveer (hp no : +919990048712) yang tawarkan pakej RM1200 untuk trip yg dimulakan dari Delhi dan berakhir di Delhi.
26/05/18
Aku, Fahda dan Nana pegi buka puasa berjemaah di bulan Ramadhon. Masa tu baru Nana tau yang kami akan ke Kashmir so dia pon nak join. Malam tu juga kami belikan tiket untuk Nana dan bincang semula dengan Tanveer. Kami dapat harga RM1100/pax untuk ground package. Bulan Jun aku dapat tau kerajaan India naikkan harga Visa. Perghhh lari bajet nak oiii. Dari RM169 dah jadi RM462. Kenaikan melampaui batas untuk rakyat marhaen ni. Bulan Julai aku contact runner yang buat visa, Chandran (hp : +60129777747 dia uruskan segala jenis visa ye) sebab aku memang malas bab dokumentasi dan Fahda plak kata "macam susah je". Nana ialah insan yang "aku follow aje" hahaha. So kami bayar RM390/pax untuk e-visa yang akan valid selama 4 bulan dan untuk 2 kali kemasukan ke India. Kami ada juga beli a few clothes nak pakai kat sana.
30/08/18
Aku drive ke umah Nana kat Shah Alam sebab nak tumpang parking. Yang hebatnya kali ni Nana menjadi AJK dokumentasi. Habis semua urusan check in, visa, tiket semua dia da print siap2. Syabas betey.
31/08/18
Pn Joyce hantar aku dengan Nana ke KLIA. Kami pakai baju kuning yang sama. Kisahnya masa bulan Ramadhon, kami pegi shoping. Nana beli baju kuning tu. Esoknya aku dgn Fahda pegi jalan beli barang dan dari luar kedai, Fahda nampak baju kuning corak yang sama dengan Nana. So Fahda ambil baju tu nak amek gambar. Masuk lagi dalam kedai kat jenama yang lain, ada juga baju kuning tu dan saiz aku plak. So kami decide kami akan pakai baju tu masa nak ke Delhi hahaha. Flight kami jam 1605hrs dan ambil masa 5 jam.
Kami sampai Delhi dan cuba cari Tanveer sebab dia cakap akan tunggu kami di epot. Dah sampai kat luar tak jumpa pon orang yang pegang nama aku. Berpeluh nak oiii, dah la suhu sana memang berbahang panasnya. Rupanya Tanveer tunggu kat dalam epot. Lepas tu dia hantar kami ke Waves Hotel, Delhi naik minivan. Heiii org sini bawa kereta memang luar biasalah. Dah tu sikit2 nak tekan hon. Driver plak asek bawa lawan arus. Takde undang betul. Pening kepala aku. Malam tu kami dine in je kat hotel.
01/09/18
Pagi ni kami bersiap, bfast dan ke epot semula menaiki teksi. Kat sini nak masuk kawasan epot memang ada a few halangan dan pemeriksaan. Pagi ni kami dok pakai baju sama corak plak hahahaa dah macam boria bercuti.
Pemeriksaan sangat ketat. Army tu cakap "shoes". Fahda beria perasan orang tu kata "nice shoes". Rupanya suruh take off your shoes. Kasut tu bergaya sangat dan kena lalu mesin pengimbas. Aku dengan Nana selamat sebab kasut kami tersorok dalam seluar.
Flight lewat l/kurang 45 minit dan dalam flight dihidangkan dengan makanan vegeterian. Haram tak kena selera aku hahaha. Kami sampai epot Srinagar je memang dah nampak a few bunker dan askar di kawasan landasan. Kami ada baca a few blog yang tak bagi ambil gambar di epot, so kami tak amek la kan. Bila masuk dalam epot plak, kemain ramai manusia. Rupanya kami balik dengan orang musim haji. Masa aku tengah jalan tiba2 ada mamat pas borang kat aku "foreigners need to fill this form". Dah la dia tak pakai uniform ke kenalkan diri ke. Main bagi je. So aku amek la 3 keping borang. Fahda menjadi AJK tulis menulis. Manakala Nana menjadi tukang cari beg kami. Aku jadi tukang baca pasport and visa je hahaha.
Lepas isi borang tu kami serah kat kaunter dan pegi jumpa tour guide kami Mr Farooq. Dia bawa kami ke houseboat di Dal Lake. Nak pegi houseboat ni kena naik bot yang dorg panggil shikara. Kami stay kat Seahawk Houseboat dan boat tu sangatlah magnificent. Ternganga2 kami cakap wow sebab memang cantik sangat. Kami duduk bilik paling hujung dan paling luas la op kos. Boleh juga contact Sea Hawk Group of House Boats Tour & Travel Relates service (Mr Adil Guroo +09419078813, emel houseboatseahawk@gmail.com) untuk tanya pasal travel package ya.
Pemandangan ke boathouse.
Ruang tamu di houseboat.
Bilik kami.
Naik shikara nak ke seberang sungai.
Kami rehat sekejap dan petang tu kami melawat kebun2 bunga yang ada di sekitar Srinagar. Bayaran sekali masuk 24 rupee untuk setiap taman. Tapi skang musim panas, tak banyak la bunganya.
Macam iklan Adabi. Gunung belakang aku tu akan dilitupi salji masa musim sejuk.
Bersih sangat taman bunga dorg ni. Kalau kat Malaysia dah melambak sampah terselit2 celah pokok.
Sini memang banyak Indian Army, almost every 3-4 lamp post or tree there will be a bunch of army. Aku tanya pesal ramai nau? Farooq kata patutnya army hanya jaga sempadan India - Pakistan je. Tapi makin lama mereka makin ke tengah bandar. Ada l/kurang 1400 army yang ditempatkan di sini dan dorg hanya bertugas di siang hari je. Malam semua balik base. Dorg juga occupy bangunan2 yang ada antaranya 10 buat panggung wayang yang ada di Srinagar telah dijadikan army base. Orang Kashmir tak berapa welcoming the army pon. Tapi asalkan both side don't step on each other shoes then there will be no problem right?
Lepas melawat kebun kami ada melawat Jamal carpet. One of the most largest carpet company here in Kashmir. Kami berpeluang tengok cara pembuatan karpet. Oiiii lama benar prosesnya dan semua design tu ada kod2 rahsia yang hanya pembuat karpet boleh baca. Idok ler aku membeli di sini.
Farooq hantar kami ke Dal Lake dan naik Shikara untuk 1 hour boat ride for sunset viewing. Haram kena gigit nyamuk merata2 adalah. Sini byk bot peniaga akan follow korg. Sama ada korg mampu ke tak bertahan untuk tak beli.
Kami balik houseboat untuk dinner dan style makan sini memang ada butler akan tunggu ko makan. Fine dining katanya. Tapi makanan memang the best la kat sini. Kami tido dua malam di sini dan esok akan ke Sonamarg.
02/09/18
Kami bangun awal nak solat subuh. Dah tu tunggu Farooq lama giler. Rupanya ada program larian dan kebanyakan jalan ditutup.
Adil sempat tunjukkan aku dan Nana rumah dia kat belakang houseboat dan taman dia. Famili dia ada 3 houseboat, 1 rumah kekal dan ada sebidang tanah di Dal Lake ni.
Adil sempat tunjukkan aku dan Nana rumah dia kat belakang houseboat dan taman dia. Famili dia ada 3 houseboat, 1 rumah kekal dan ada sebidang tanah di Dal Lake ni.
Kami menuju ke Sonamarg yang jaraknya lebih kurang 90km tapi jalan berliku jugalah. Disepanjang jalan kami nampak pokok ganja tumbuh melata hahahhaa. Siap berenti petik lah.
Kami berhenti kejap di tepi sungai nak ambil gambar dan sebab geram tengok air tu jernih sangat. Kena bayar 15 rupee untuk masuk kawasan perkelahan ni. Sini orang berkelah memang hampar tikar sambil duduk and makan. Takde sapa pon mandi sungai. Cuba kat sungai kat Hulu Langat tu. Sungai Congkak yang sekangkang kera tu pon penuh manusia.
Kat batu pon nak ambil gambar..
Kat sepanjang jalan kami nampak beberapa kumpulan gipsi yang sedang menghala ke Ladakh sebab musim sejuk makin menghampiri. Dorg akan menempuhi perjalanan l/kurang 480km untuk ke sana. Daku tak cukup kuat ya.
Sonamarg ni ketinggiannya 9000 kaki dari paras laut. Kat sini ada sistem penggiliran pelanggan yang naik kuda. Ada ka patut laki yang hensem cuba menipu kami dengan kata "untuk satu point 1100 rupee. So untuk 4 point kena bayar 4400 rupee setiap seorang" siap kata "I am a muslim,we are brother and sister". So uols jangan la terperdaya dengan mata coklat jernih or hijau itew dan kata2 persaudaraan demi Islam. Pembohong aje. Farooq kata mesti dapatkan harga bawah 1500 rupee. Setelah bertolak tarik kami dapat 1500 rupee jugalah.
Bila nak naik ke pergunungan tu, adalah sekumpulan polis tahan kami dan guide. Tourist police ni tanya Fahda berapa kami bayar. So Fahd dengan suci hati jawab 1500 rupee. Then polis tarik kuda kami ke tepi dan aku nampak guide tu kena saman. Aku buat buta je sambil ambil gambar the whole process, lepas tu kami teruskan perjalanan ke gunung ganang.
Horse ride. The view is so wow lah! Kami naik gunung guna kuda konon nak tengok glasier dah tu rupanya halfway, kuda tak boleh naik. Aku dgn nana tak mampu nak teruskan perjalanan berjalan kaki dan hanya Fahd je naik ke atas.
Air sungai yang sangat sejuk.
Ni masa perjalanan menuruni gunung. Nak turun ialah masalah paling serius. Nana juga turut tergolek semasa menuruni gunung. Tapi pemandangan dan pengalaman memang amat berbaloi.
Kami pulak dah 8 jam tak makan dan tak minum. So kat bawah gunung tu kami pesan maggi dan air. Amat nikmat!
Balik ke base, aku nampak polis tadi kat dalam keta tepi jalan. Aku pon babai2 je la dia. Rupanya polis tu tunggu kami. Aku bayar 4500 rupee kat guide kuda tu sambil Nana and Fahda pegi tandas. Aku cerita kat Farooq pasal hal kena tahan polis tadi. So Farooq pegi cari guide dan syarikat dia. Al kisahnya memang ada harga siling yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu 1100 rupee/rides tapi sebab dorg naikan harga sesuka hati, polis tu saman dorg 2000 rupee. Rasakan, ko ambil untung dari kami 1200 rupee (400 rupee x 3 orang), ko kena 2000 rupee. Masa balik aku siap lambai2 kat polis tu. Puas hati walaupun aku bayar lebih hahaha.
Lepas tu kami balik semula ke Srinagar dengan keadaan penat dan busuk. Malam kami dinner di houseboat dan sapu minyak angin di seluruh badan.
03/09/18
Pagi ni kami kemas barang dan ready nak check out sebab malam ni kami akan tido di Pahalgam. Adalah orang datang jual shawl kat boat. Farooq da pesan jangan beli apa2 di houseboat tapi kalau pesan kat perempuan sama juga hukumnya macam ko pesan kat dinding. So kami pon mula la membeli2 shawl hahaha.
Perjalanan ke Pahalgam l/kurang 90 km juga tapi lebih. Ada lalu jalanraya dan ada berliku2 jalannya ya. Aku ni memang kalah kat jalan gini so mula la pening2 lalat. Kami berhenti a few times nak ambil gambar.
Ada ladang safron tepi hway. Kamj juga singgah kat kedai jual produk makanan. Tukang jual pon bagai dari syurga. Sini jarang jumpa orang tak hensem dan tak lawa. Kayak di syurga ya.
Dah tu kami juga melawat kebun epal. Kashmir ada tanam 6 jenis epal dan yang paling lazat ialah DELICIOUS dan harga sekotak ialah 500 rupee. Kalau jual by kilo l/kurang 150/kg bersamaan RM8.80/kg.
Dorg terperanjat bila kami kata epal yg seakan2 delicious yang dah masak ranum l/kurang harga 34 rupee sebiji kalau kat Malaysia.
Kami teruskan perjalanan dan check in di Himalaya Hotel. Ok hotel ni sangat la tak berkenan di jiwa raga mahupun qolbu. Katil king size tapi cadar dan bantal kepam sangat! Kami minta extra matress dan akan tido di lantai je malam ni. Lepas bersiap2 kami pergi ambil horse ride ke gunung ganang. Sini pon sama l/kurang 9000 kaki dari paras laut.
Horse ride ke Baisaran yang turut dipanggil Mini Switzerland ni kosnya 1100 rupee/person untuk lawatan 3 point menaiki kuda.
View pon wow juga dan sepanjang perjalanan korg boleh menikmati pemandangan pokok alpine sehingga menyebabkan kami kelaparan.
Gambar paling bergaya!
Kami makan maggi di 1st point. Ambil gambar dulu, buat2 gaya bergaya atas batu tiba2 ada kuda jatuh tergolek2 dalam sungai dan atas rumput. Ehhhh ngeri kot. Kalau kami jatuh dengan kuda sekali macam mana? Cuak wei!
Kami teruskan perjalanan ke atas gunung dan guide bagi kami stop kat air terjun. Tapi kami tak turun pon sebab kuda tinggi sangat, payah nak turun naik.
Perjalanan plak agak mencabar, curam dan mendaki di tebing2 kehidupan.
Kami berhenti di point yang kedua untuk ambil gambar. Rehat2 duduk atas rumput sambil cari tempat yang paling tak banyak tahi kuda or kambing hahaha. U win some and u loose some lah kakak.
Kami teruskan perjalanan untuk point ketiga dan haramlah kami nak turun dari kuda. Kami tengok kebun jagung dan minta guide amek gambar kami di atas kuda. Nampak sangat dah malasnya tu.
Bila balik hotel kami ajak Farooq ke pekan. Dia pon risau sebab suara aku makin lama makin hilang. Aku sakit tekak dari 27/8/18 tapi tak selsema cuma suara aku makin lama makin hilang. Dah la aku banyak cakap. Farooq bawa g farmasi dan melawat kawasan sekitar. Kami berhenti di tepi sungai kejap. Esok kami akan melawat kawasan lain di Pahalgam dan kat sini ada undang yang menyatakan kenderaan tourist yang dibenarkan hanyalah kenderaan dari Pahalgam je. So kami kena sewa kereta lain untuk perjalanan esok. Ni kami singgah tepi sungai main air sejukkkkk.
Malam ni kami tido kesejukan. Nasib baik la ada juga pakaian yang sesuai untuk tido.
04/09/18
Pagi ni kami naik kereta ke Aru Valley Bettab Valley dan Chandanwari. Kereta dan guide kosnya 1600 rupee. Perjalanan ke Aru l/kurang 14 km dari hotel. Jalannya berliku2 dan banyak kambing, kerbau, kuda dan lembu sedang berjalan dengan gembala masing2. Ada juga gipsi disini.
Sampai di Aru Valley kami dihentikan di kawasan kampung. Adalah a few people tawarkan naik kuda. But not today dear, we are doning our baju kurung songket for today dan hanya berniat melihat pemandangan dan berehat. Ni kami jumpa orang Sabah.
Kami menghala ke Chandanwari dan sy sudah mula pening dan tido. Kat sini adalah tempat terakhir kenderaan boleh sampai. Lepas ni Hindu's pilgrimage kena berjalan kaki meneruskan perjalanan ke atas Amarnath Cave untuk Amarnath Yatra (bukan bidang saya untuk huraikan). Yang pasti perjalanan mereka berjalan kaki bermula l/kurang dari hotel kami.
Belakang kami tu ada longgokan tahi. But who cares?
Kami minum di kedai sambil menikmati pemandangan sungai dan gunung. Fahda dan Nana beli shawl dan lepas tu kami jalan ke sungai. Sambil ambil gambar dan video bersama wanita di sana.
Lepas tu kami menuruni bukit menuju ke Bettab Valley dimana kami nampak orang yang datang berkelah siap angkut tong gas.
Bayaran masuk ialah 100 rupee/ person sebab aku sangat la malas aku cakap takmo turun sebab kena jalan masuk ke sana. Tiba2 tukang jaga pintu bagi kami masuk bawa kereta. Ko nampak? Betapa baiknya mereka itu.
Jumpa pasangan dari Malaysia dan minta dorg tolong ambilkan gambar.
Kami balik ke hotel, rehat kejap dan kemas beg untuk balik ke Srinagar. Kami singgah di kedai jual bat kriket. Masa pegi ritu, Farooq da tunjuk yang ni ialah perusahaan tempatan. Kayu dari pokok willow akan dipotong dan dibiarkan terdedah pada cuaca selama 1 tahun sebelum diproses. Kami beli bat yang kecik je dengan harga 1100 rupee untuk 3 kriket iaitu RM21 untuk setiap bat. Mulanya dia letak 1 batang 500 rupee. (bila aku check lazada, dorg jual sebatang bat saiz kecil ialah RM100)
Sampai di Srinagar dah masa orang balik kerja. Amboi punyalah sesak jalan. Kami check in di Grand Gul e nar. Boleh tahan la hotel ni. Saudara Farooq punya tapi masalahnya dia tak ada wifi.
Kami bersiap sekejap dan ikut pemilik hotel ke old bridge. Jambatan ni tak boleh dilalui oleh kenderaan dan kamj ambil a few photo then going back to our hotel for our dinner.
05/09/18
Hari ni kami menuju ke Gulmarg. Kat sini ada kereta kabel @ gondola yang menuju ke puncak gunung Kongdori di ketinggian 14,000 kaki dari aras laut. Kat sini, kita digalakkan ambil local guide yang kosnya 700 rupee/guide. Orang tempatan sini quit pushy kalau melibatkan jualan or tawaran. Kalau ada guide dia akan tolakkan la orang tempatan yang sibuk meniaga ni. Kita datang nak rilek bukan nak uruskan cara bagaimana saya nak jauhkan diri dari peniaga2 ini.
Dari parking kami kena jalan 1km menuju ke permulaan gondola. Memang nampak dekat tapi sebab kami berada di tanah tinggi, memang agak sukar lah nak bernafas.
Kami bayar 1900 rupee/person untuk naik gondola ni. Ada 2 fasa dimana fasa pertama diantara Gulmarg Resort ke Kongdori Station di ketinggian 8530 kaki. Kami terus tukar stesyen ke Fasa kedua iaitu di ketinggian 12,200 kaki.
Pemandangan dalam gondola di Fasa pertama.
Nak jalan ke Puncak Aparwath kena jalan kaki di ketinggian 13,780 kaki. Tak mampu kami maka kami hanya melepak menikmati pemandangan dan cuaca sejuk.
Nasib baik pakai jaket arini. Guide kami pula tak banyak membantu, dan asyik push kami ambil car ride or atv ride di Fasa pertama. Tak kuasa nak layan lah.
Wefie la sket sambil rasa sejuk.
India belah kiri. Pakistan belah kanan. Tu je nak cakap.
Kat bawah kami ambil gambar depan tempat naik gondola.
Turun semula ke bawah kami cakap nak naik kereta untuk hantar kami ke kereta Farooq. Sambil tunggu kereta dapat lah ambil gambar sekejap kat taman bunga. Guide kami plak asek paksa cepat je. Lagi lah buat aku hangin. Aku tak bagi tip kat dia walaupun dia minta. I only give tip if I am satisfied with your service ya.
Kami cakap kat Farooq kami nak lepak ambil gambar di taman bunga yang ada kat kawasan tu. Minta sorg lelaki dari syurga ni tolong ambilkan gambar.
Bila Maya acah2 berlakon filem Hindustan. Otw balik ke Srinagar, Farooq berhenti di kedai Lulu Creations for Art and Craft Gallery. Kat sini kami beli shawl, souvenir dan karpet. Memandangkan aku ialah orang yang malas nak angkat benda berat. Aku ajak Nana pos je karpet dan shawl kami. Tambah 1000 rupee bersamaan RM60. Kalau kami nak beli extra baggage Malindo kami kena bayar RM150 untuk 5kg. Lebih baik aku post.
Masa nak bayar aku punya Public Bank Debit Card boleh decline plak. Aku awal2 dah pindahkan duit belanja aku ke Public Bank supaya aku tak kacau duit gaji di Maybank. Nasib baik aku dah activate both card untuk kegunaan di luar negara. Uols boleh buat kat mesin atm je. Dan sila naikkan had pembelian ye. Kang decline macam aku hahaha.
Kami ke Masjid Jamia, iaitu masjid yang sangat besar yang mampu memuatkan 33,000 jemaah pada satu2 masa. Kami usaha nak solat tapi sukarnya Masya Allah. Tempat ambil wudhu tak ada. Kena pergi luar masjid.
Dah tu sini takde telekung. Improvised baby.
Bergambar kenangan dalam masjid. Kami terpaku tengok ada orang solat tak sampai 1 minit. Sini ada 2 golongan iaitu Sunni dan Syiah. Walaupun mereka tak bermusuh namun mereka juga tidak berkawan.
Kami ke Masjid Jamia, iaitu masjid yang sangat besar yang mampu memuatkan 33,000 jemaah pada satu2 masa. Kami usaha nak solat tapi sukarnya Masya Allah. Tempat ambil wudhu tak ada. Kena pergi luar masjid.
Dah tu sini takde telekung. Improvised baby.
Bergambar kenangan dalam masjid. Kami terpaku tengok ada orang solat tak sampai 1 minit. Sini ada 2 golongan iaitu Sunni dan Syiah. Walaupun mereka tak bermusuh namun mereka juga tidak berkawan.
Kami singgah di kawasan pasar lama di sekitar masjid. Aku dan Nana berjaya beli Punjabi Suit yang amat bergaya dengan harga 3000 rupee. Balik ke hotel kami berehat2 je makan malam.
06/09/18
Hari ni kami melawat Doodh Pathri iaitu salah satu kawasan pelancongan yang baru dibuka l/kurang 2 tahun kepada orang awam.
Sini ada padang rumput yang luas dan juga ada kawasan perkelahan di air sungai yang sangat cantik. Kami memang tak berniat nak naik kuda arini tapi bila ada orang datang dan berbual dengan Farooq dia cakap dah 3 hari takde pelanggan. Adoiii kesian la pulak.
Dia minta 100 rupee je (RM6) untuk melawat padang yang luas tu. So kami naik jugalah kuda tanpa di rancang. Masa tu dah nak hujan, guide lari laju sambil heret kuda. Kami pon bagi tip dan sedikit makanan kat dia and da gang. Fahda turun dari kuda dan jatuh tepat pada sekelompok tahi kuda. Sila jangan bayangkan!
Ramai pelajar sekolah melawat kat sini dan suka sangat ambil gambar dengan kami. Kawasan padang ni sangat luas dan banyak gembala bebiri. Farooq kata baka Australia. Gomen bagi setiap famili sekor bebiri dan akhirnya membiak. (jangan tanya aku sapa yang dapat mak bebiri. Aku tak tau)
Kami menuju ke tepi sungai untuk lunch. Farooq bawa nasi briyani kambing yang bininya masak. Makan tepi sungai. Masya Allah heavennya..
Dengan view yang superb. Makanan yang sedap. Walaupun hujan ada turun sekejapan tapi cuaca tetap ok. Alhamdulillah.
Kami juga melawat rumah gipsi yang ada kat sana. Bersih sangat bahagian dalam rumah walaupun mereka letakkan kambing dalam rumah pada musim sejuk.
Kami habiskan bekalan makanan kami dengan agih2kan pada orang2 gipsi dan mana2 orang yang kami nampak.
Masa balik ke Sringar kami request nak ke floating market. Amboi belum puas ko shoping kan. Ambil shikara dengan bayaran 600 rupee tanpa had masa. Farooq pula pegi baiki tingkap keta yang tak berfungsi tiba2.
Kat floating market ni, ko kena rajin berjalan atau menaiki bot dari satu kedai ke kedai yang lain. Silalah tawar untuk harga yang berpatutan. Anda mampu memilikinya!
Masa nak balik ke darat akan ada bot yang menghampiri dan kami gagal menahan godaan. Beli dan beli lagi wakakaka. Nana dan Fahda sedang beraksi tawar menawar. Aku tumpang beli bila dorg da siap tawar.
Kami balik hotel dan kemas barang. Esok dah nak balik.
07/09/18
Pagi ni Farooq ambil jam 9.20 pagi dan lepas selesai sarapan kami terus ke epot. Sini pemeriksaan masuk ke epot amat ketat. Kami kena berhenti, turunkan beg dan scan semua barang dulu. Pastu masuk semula beg dalam keta untuk ke bangunan epot.
Sapa yang ada tiket je boleh masuk bangunan dan depan pintu kena scan bag sekali lagi. Kami kena isi borang departure for foreigners pula. Sebenarnya Fahda je yang isi. Aku tak rasa pon yang borang arrival tu dorg proses key in masuk komputer.
Sampai kaunter Air India boleh plak dia tak bagi hand luggage. Dia kata sebab hand luggage ada liquid such as perfume or lotion. So kami pindahkan semua toiletteries dan alat mekap dalam beg aku dan masuk dalam perut kapal bersama bagasi lain. Nasib baik beg besar aku pon ringan. Just 16.9kg je. Kami ada 25kg per person. So 3 beg besar dan 1 beg kecik cuma 70 kg je. Masih ada ruang untuk membeli belah wahai sahabat.
Dah setel bab beg, aku da asingkan tip nak bagi tukang tolak troli. Sekali dia kata dia flat rate 150 rupee per person. Aku bagi 500 rupee and here in Kashmir you can say bye bye for small change. They won't return it to u.
Flight kami on time kali ni dan kami sampai ke Delhi Indera Gandi International Airport dan jumpa our taxi driver yang telah diuruskan oleh Tanveer. Kami tinggalkan beg di epot dengan bayaran 140 rupee/medium size bag. Driver ni agak tak mesra sikit dan semena kata tak sempat, jalan jam, hujan. Kami ada 5 jam untuk jalan2 sebelum nak check in Malindo Air. Kami minta dia bawa kami ke local market. Dia bawa kami pegi tourist spot. Haram barang mahal nak mampos, kami terus keluar.
So dia bawa kami ke Sarojini Nagar Market dimana local people comes here. Aku dan Nana ada misi nak beli kain sari sebab orang pesan. Kat sini harga memang murah dan kami cuma ada l/kurang 30 minit je nak pilih dan beli. Fahda turut terpengaruh beli kain sari hahahaa.
Impian Fahda nak ke Hard Rock Cafe tak berjaya sebab driver kata jauh dan keadaan jalan tak mengijinkan. Kami minta dia berhentikan kami di stesyen metro dan kami naik train je ke epot terminal 3 untuk perlepasan antarabangsa. Bayaran cuma 30 rupee seorang. Kat sini pon kawalan ketat. Beg kena scan dengan army.
Kami terus ambil beg dan bermulalah usaha nak masuk ke kawasan terminal. Masuk je kena beratur tunjuk tiket dan pasport. Kami cari tempat wrap bag sebab di Srinagar takde kemudahan tu.
Dah check in bag, boleh plak Fahda was randomly selected by custom department to be checked. Lepas tu kami kena beratur sekali lagi untuk scan beg dan diri sendiri. Kami jalan menuju ke gate 18 sambil berhenti2 di kedai dan mencari ketenangan dengan makan.
Sampai di gate 18 kami lepak dulu dan tukar baju. Berlengas seharian ni.
Masuk dalam kapal memang ramai plak orang tapi kami dah ambil seat belakang so kami conquer sebaris sorg. Most of the time kami tido je. Tu gambar da sampai KLIA sebenarnya.
08/09/18
Sampai Malaysia dah 6.40 pagi. Ambil bag and say goodbye kat Fahda. Aku dengan Nana balik Shah Alam.
Pn Joyce yang ambil dan aku request bfast nasi lemak. Tapi kami masih jetlag.
Makan pon rasa pening. Balik umah, mandi basuh baju dan tido. Aku tak boleh tido lama. Kejap je da bangun. Nana pulak tak bangun2. Kami makan tapau bfast pagi tadi yang tak abis, dah tu sambung tido. Nana bagi aku Panadol Muscle dan bila bangun aku da tak rasa sakit badan.
Malam tu Nana masak bihun goreng dan kami shoping di Shopee sebelum sambung tido. Ni pemandangan malam di rumah Nana.
10/09/18
Aku bangun dan kemas beg. Tunggu Nana bangun barulah aku balik rumah sebab Nana kena tolong aku angkat beg ke kereta.
xxxxxxxxxxxxx
Berakhirlah kembara kami di bumi Allah SWT. Alhamdulillah rasa amat bersyukur dapat jejakkan kaki di Kashmir. Sesungguhnya ia satu pengalaman yang luar biasa.
Kalau nak pegi sana, dicadangkan pada April - Mei sebab sana musim bunga. Kami pegi musim panas pon kami dah rasa happy. Masih sejuk juga. Terima kasih kepada Fahda dan Nana yang sudi bercuti bersama dan minta maaf kalau ada tersalah silap sepanjang perjalanan ni.
Kepada insan yang berkongsi kasih sayang dengan aku, aku ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menyumbang.
Kepada insan yang berkongsi kasih sayang dengan aku, aku ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi menyumbang.
Jobs fill your pocket, adventures fill your soul.
Semoga anda semua diberkati.
Insya Allah.
Lots of loves.
❤
Insya Allah.
Lots of loves.
❤
No comments:
Post a Comment