Wednesday, 2 January 2019

Kembalikan ketenangan jiwaku

Bulan November dan Disember betul-betul mencabar kemampuan diri aku. Walaupun aku tak buat aktiviti yang melibatkan tenaga fizikal tapi perjalanan dan daya usaha melibatkan minda sudah mencukupi untuk menghabiskan tenaga aku. 

3/11/18 
Pagi aku bawa Ibu pegi Klinik dah tu Ibu nak singgah nursery sebab dia tau aku nak outstation. Petang ni aku dah gerak ke Cheras dan melepak kat rumah Fahda sebab nak rehat dulu. Aku bawa Fahda pegi cari hadiah untuk PT KL yang baru dinaikkan pangkat dan jadi KPD sungai Buloh. 

4/11/18

Aku hadir sebagai seminar untuk student medic HUKM. Dapatlah RM100 sebagai tikus makmal 😬. Lepaslah buat belanja beli mekap hohoho. 


Petang aku terus ke Concorde Hotel, Shah Alam pula untuk bengkel myPortfolio. Bilik aku menghadap Masjid Shah Alam. 

5-9/11/18 

Aku berbengkel dengan keadaan buta mata dan buta hati sebab tak faham lagi. Untuk dua hari pertama aku dengan Pn Adibah dan Pn Suriati jadi macam orang bodo ternganga2 tak paham apa yang kami buat. Dah buat salah. Salah buat baru. Dah tu salah lagi. Ehhhh bencinya lah.


Kegigihan kami janganlah disangkal. Aku ni bangsa tak boleh tido kalau dengar sebarang bunyi. Masjid pagi2 lagi dah ngaji. Bengkel pula sampai malam. Memang kekurangan waktu rehat aku kat sini. 

Masa ni aku dah mula sakit tekak sebab sepanjang di Concorde aku minum Drinking Water yang disediakan. Maklumlah orang manja kena minum mineral water aje..


Petang Jumaat Nana teman aku jalan2 jap dah tu pegi Farmasi. Pharmacist kata kena pegi klinik sebab tekak aku dah berdarah, kahak pon darah aje dan batuk teruk. Dia cuma boleh bagi ubat batuk dan lozenges je. 


Lepas tu Nana pegi kerja dan aku singgah solat di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah atau lebih dikenali sebagai Masjid Shah Alam. 


Aku balik ke arah IPD Cheras sebab Fahda tak balik. Malam ada ganeral rollcall dengan KPD Cheras. So secara tak langsung aku juga terpaksa hadir sebagai ahli hantu.  Lepas habis rollcall aku melepak kat umah Fahda untuk Sabtu dan Ahad.


11/11/18
Aku dengan Fahda jalan2 kat Kenanga dan Times Square. Aku suruh Fahda yang drive. Lepas makan nak pegi kereta tiba2 Fahda buat muka cemas tanya mana kunci kereta. Budak ni boleh tinggalkan kunci kereta dalam kereta dan kereta tu tak kunci hahaha. Aku cakap kalau betul keta aku hilang, soh laki ko gantikan BMW. Petang tu aku check in Seri Pacific Hotel. Fahda kata hotel ni hotel Maya sebab tiap kali datang KL memang aku selalu tido sini 😅.

12/11/18

Pagi ni aku hadir mesyuarat bulanan di Bukit Aman. Petang ada taklimat dengan bos baru kami. Boleh plak Timbalan Pengarah suruh kami semua stay untuk majlis perjumpaan dengan YAB TPM esok. So aku mencari tempat bermalam lagi. Petang tu aku check in Furama Hotel Bukit Bintang. 


Susunan makanan, minuman dan ubatan. 

13/11/18

Kami semua datang awal ke Bukit Aman dan tengok lah mereka prepare. Memandangkan kami dari kontinjen tiadalah peranan kami untuk membantu persiapan 😁. 


Lebih kurang jam 2 petang YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat hadir untuk mendengar taklimat dari D11 Bukit Aman. Masa tu YAB TPM ada menyatakan hasrat untuk penambahbaikan kepada D11. So kami happy lah kan. Petang tu aku balik Melaka selepas 11 hari bermusafir. 


14/11/18 

Aku saja balik awal dari pejabat, konon nak me time. Masa tengah makan eskem kat Just Berry, ibu call kata dia kat kaunter ICU. Aku pon pelik kenapa dia kat ICU, melawat orang ke apa. Rupanya dia kat kaunter Kecemasan Hospital Melaka. Dia sakit dada dari pagi, bila pegi ke Klinik Komuniti Peringgit, doktor arahkan dia ke Hospital Melaka. Siap naik ambulan sebab ada bacaaan tak normal pada ECG. Aku terus pegi kecemasan dan temankan ibu. Dari jam 4 petang aku kat kecemasan sampai ibu kena warded di wad pemerhatian. Malam ni pula wad penuh. Kenalah kami tunggu sampai ada katil kosong untuk Ibu. Aku tunggu dalam kereta sampai mimpi2 ada orang pecah masuk kereta hahahaha. Doktor kata Ibu ada sign of heart attack. 


Dah jam 3.30 pagi 15hb baru Ibu dapat masuk wad. Tu pon wad bedah mulut. Aku ada balik umah masa menunggu Ibu untuk kemas beg dia. Boleh plak dia kata ubat gigi yang aku bawa tu dah expire. Sedangkan aku amek ubat gigi tu dalam bilik air dia. Hadoi kena lah patah balik umah amek ubat gigi dan hantar pegi wad. Lepas tu aku balik tido.

Bangun tido aku pegi kerja macam biasa. Ko rasa tahap dedikasi aku tahap apa? Ok aku bohong je. Aku masuk pejabat lewat sebab bangun lewat hahaha. 


Abang ada datang sekejap sebab dia kerja. Alhamdulillah along dan famili balik. 


Jumaat ibu dapat discharge, aku ada masa nak uruskan hal yang sepatutnya. Bukan senang proses discharge kat Hospital Melaka ni. Ibu pula pindah wad kat blok lama. Aku kena pegi bangunan baru nak uruskan bayaran kat Unit Hasil (bayaran percuma ya) dan ambil ubat kat farmasi. Azab nak oiii nak cari parking. Along dengan ibu siap tetido2 menunggu aku. Dah tu aku balik ke blok lama amek dorg. Along n famili stay sampai 19hb Isnin.


Aku pula terus berperang di pejabat dengan statistik dan tugas harian. As usual lah. Tiada yang luar biasa. 


17/11/18
Pagi lagi aku gerak ke PULAPOL KL nak hadir majlis Tamat Latihan Kadet Inspektor dan Kadet Sarjan. 


Ada anak buah sorg yang jemput aku hadir. Tahniah Insp Muneshpathy atas kejayaan menjalani dan menamatkan latihan sebagai Pegawai Kanan Polis. 

Sempatlah aku jumpa Jurulatih aku En Ekrul Rizal @ Rosyam Noor dan juga perempuan kesayangan aku Siti Hawa. Lepas selesai majlis petang tu juga aku balik Melaka.

23/11/18
Aku dan Pn Mimi hadir Seminar Menangani & Mencegah Keganasan Terhadap Wanita anjuran Negeri Melaka Women organization (NMWO). Aku bagi talk lah apalagi. Segala topik dan pertanyaan datang. Daku jawab semampunyalah ya. 


Booth pameran D11. Aku angkut student praktikal dari UM untuk memeriahkan booth kami.

24/11/18
Awal pagi jam 7 aku dah jalan kaki ke IPK. Ada sambutan Hari Keluarga PDRM kontinjen Melaka. Aku masuk la satu acara isi air dalam botol guna span. Tak menang pon. 


Abis sukaneka aku balik pejabat buat kerja apa yang patut sampai Ong suruh aku balik. Aku jalan kaki je balik umah sebab tadi kan datang jalan kaki juga 😬. 

25-30/11/18

Semua pegawai kontinjen dan anak buah dipanggil ke CIC Bukit Aman untuk bengkel Pembesaran Perjawatan D11. Aku bawa anak buah aku Ong ikut sama bantu aku. Sebab dia ni buta jalan maka aku pon tido hotel yang sama dengan dia. Kami menginap di Pudu Sentral Hotel. Aku tido sini 3h 2m je sebab nak teman dia. 


Hari pertama dah mencabar. Selepas diamati dan difikirkan semasak-masaknya, hari Selasa iaitu hari kedua bengkel, aku suruh Ong balik Melaka. Aku akan berjuang seorang diri untuk di sini. Pagi tadi aku dah check out dan aku pindah ke Furama Hotel.


Tapi pagi Jumaat aku sempat singgah Tugu Negara. Seumur hidup tak pernah pergi melawat. 😅 Minta tolong pelawat kat sana ambilkan gambar sambil terharu bila dia tanya "Awak cikgu ke? ". Jarang sekali ditanya begitu hahahaha. Petang aku terus balik ke pejabat sebab nak uruskan claim perjalanan bulan November. Akaun kerajaan nak tutup okeh. Kena buat segera.


2/12/18

Nana datang Melaka dan aku teman dia tido di Mudzafar Hotel MITC. Dapatlah jalan2 makan dengan Nana. 

3/12/18

Aku saja semak keputusan permohonan belajar. Aku dapat sambung sarjana sepenuh masa di UKM dan kena daftar pada 10/12/18. Serabutlah wei. 


Petang ni aku bawa Nana makan Tau Kua kat sebelah Petronas Air Keroh. Sapa nak rasa meh la datang. 

4/12/18

Nasib baik aku ada tengok semboyan, petang ni aku kena ambil minit mesyuarat. Sekarang ni yang bukan2 je kejenya. Sepuluh tahun kerja hanya sekali je aku penah jadi pencatit minit, sekali dapat KP baru, asal ada jawatan penolong setiausaha je bagi kat aku. Stress sangat. Kerja hakiki pon terabai kalau asyik buat kerja lain.

Petang ni aku gerak ke KL lagi untuk sambungan bengkel pembesaran perjawatan D11 tu. Kali ni aku tido kat Furama Hotel juga. Tapi rasa macam nak gaduh dengan front desk. Last week aku bayar deposit RM200 je untuk 4h 3m. Kali ni dia nak RM250. Ehhhh memang aku marah lah. 



5-7/12/18

Aku berbengkel kat CIC Bukit Aman. Rabu aku curi masa lari kejap ke Pusrawi Hospital nak buat medical check up. 

7/12/18

Kali ni semua peserta dah balik. Aku masih ternganga2 kat CIC sebab aku memang takmo balik Melaka. Isnin aku minta cuti sebab nak uruskan pendaftaran kat UKM. Aku pon sibuk google tempat menarik untuk aku rehat sekejapan. Serabut sangatlah kepala aku ni. 

Aku jumpa tempat nama Bamboo Village Kuala Lumpur dari SirapLimau.com. Sebenarnya bukan kat Kuala Lumpur pon. Tempat ni kat Hulu Langat. Aku pon call la owner En Redzuan 019-227 5620 dan dia tanya "berani ke duduk hutan sorang2?". Aku cakap apa je yang ada dalam hutan tu? Dia gelak je dah tu suruh aku ikut Maps. Bila dia tau aku nak datang sorg, dia bagi aku harga RM100/malam. Sepatutnya cottage yang dia nak bagi aku duduk tu harga RM120/malam. Sebabkan 8/12/18 ada perhimpunan bantahan ICERD maka ada sekumpulan pelajar yang batalkan tempahan untuk stay di sana. Rejeki akulah kan? 


Aku pon drivelah ke sana tapi si bijak ni guna Waze. Wei dia bawa aku masuk hutan belantara dan jalan tanah merah wei. Aku sampai gelak2 dalam kereta kemana hala dia bawa aku ni. 


Bila sampai aku jumpa brader yang jaga chalet dan aku pon heboh nak mandi dalam kolam kecik. Sedangkan aku tak bawa baju apa pon ni. 


Chalet yang aku dapat ialah Eagle Nest. Ada dua tilam single dan nak naik bilik kena panjat tangga. Bilik air di tingkat bawah. Masa tu aku dah fikir dah, macam mana kalau malam2 aku nak buang air? Aku takut katak hahaha. 


Petang tu aku berendam dalam kolam dengan pakai seluar slack aku pergi kerja pagi tadi. Dah tu Fahda kata dia nak join tido. So aku ada temanlah. Kalau tak aku sorg je tetamu yang ada di chalet tu hahahaha. Fahda datang senang je sebab aku suruh dia guna google maps.

8/12/18

Kami keluar sarapan, mati2 aku gelak bila aku tengok laluan keluar senang nak mampos. Tak macam laluan aku datang pon. Kami makan kat kedai makan Roti Canai Meletop. Segala kuih muih kampung kami telan. Lepas tu kami balik ke chalet. Tak lama lepas tu Fahda dapat panggilan suruh balik ke IPD. Aku pon melepak2 dan bersiap nak check out. Bila nak turun mandi, boleh plak aku tergelincir jatuh tangga. Sakit nak oiiii terus aku tak berani nak melepak kat chalet jauh2 dari bandar malam ni. Aku takut sakit melarat. Maklumlah aku bukan kuat sangat hahahha. 

Lepas check out aku pegi cuci baju then Fahda suruh datang IPD. Ye hidup kami memang bosan. Sama ada kami berjalan or kami ada di pejabat atau di rumah sahaja. Yang banyaknya di rumah ajelah...


10/12/18

Pagi aku pegi UKM dan uruskan apa yang patut. Penyelia aku tak cadang aku masuk sem ni sebab dah habis tahun. So aku pegi Akademik dan nak buat penangguhan daftar.  Lepas siap aku balik Melaka pergi pejabat pemaju ambil cheque. Boleh lah aku mulakan projek umah hijau tu. Baru dapat kunci pada 20/10/18 tapi umah kena pecah masuk. Habis wiring kena copet. 

11-12/12/18

Aku kerja ye 👮 tapi petang 11hb aku reach my breaking point. Aku rasa semua benda yang aku buat selama ni sia-sia sangat. Aku tak kuat sangat wei. Rasa give up. Nasib baik ada Puan Mimi yang menenangkan jiwa aku. 

13-14/12/18

Aku patah balik umah Fahda sebab 13hb aku ada appointment kat HUKM. Lama nau sakitnya Maya oiii. 

Masa aku tengah melepak2 kat umah Fahda, dapat pula berita anak buah aku eksiden kena langgar lepas habis tugas. 14hb Ong cakap mak dia warded sebab ada pembedahan. Bos cuti tak tenang. 


15/12/18

Pagi buta aku balik Melaka sebab aku secara suci hati tukar jadual tugas CCC  dengan sorg peg. Kalau aku ingatlah yang 13-14 aku cuti,  takde lah aku kerja 15hb tu. Takpelah kita tolong orang. Orang tolong kita. 

Aku balik jap umah ibu ayah sebab nak anta barang dapo dan tv baru. Tv lama tu dah bergaris2 LCD skrin nya. Takut meletop (typical women punya pikiran). Ayah dengan Ibu pula nak pegi KL. 


Petang aku angkut Margaret tengok Miss Asia Pageant 2018 kat Encore Melaka. Pengacara cakap Mandarin dari awal sampai akhir. Gelak je la sambil tengok sebab tak paham hahaha. 


17/12/18

Aku pergi melawat anak buah aku yang eksiden dengan Pn Mimi. Dia masuk CCU putra Hospital Melaka sebab ada abnormality pada bacaan jantung. Yang dah patah tu tetap patah. Ibu plak ada appointment kat IJN tapi Ana dan Abang yang bawa dia. 

18/12/18

Aku dengan Pn Mimi melawat Emak kepada anak buah aku yang dah beberapa kali ulang alik hospital sebab luka di kaki dan masalah diabetes. Petang aku ke rumah Fahda lagi. Penghuni tetap Prima Villa Green Terrain Condominium nampak gayanya ni hahaha. Otw nak ke Cheras aku check baki kat bank. Tengok claim perjalanan aku semua dah masuk. 

Aku pon terus call Ibu cakap kat dia aku nak pegi umrah. Rasanya aku dah dijemput. Aku doa dari Oktober aku nak pegi umrah tahun depan. Kalau boleh secepat mungkin. Tak lama tu, ayah call kata kita pegi 17-30/1/19. Alhamdulillah semua dipermudahkan.  


Malam ni aku dgn Fahda ke pasar malam dan aku kena puasa jam 12 malam.  Esok ada endoscopy session so aku kena puasa. 


19/12/18

Aku sampai HUKM jam 8 pagi tapi orang dah ramai. Aku mula2 dapat duduk tapi tengok ramai orang tua, aku pon bangun lah. Orang ramai sebab untuk endoscopy memang Hospital suruh bawa peneman. Pesakit semua akan diberi bius or ubat tido. Bahaya kalau bersendirian. Tapi as usual lah I'm alone. 

Aku berdiri dekat sejam setengah wei. Memang ramai orang, puasa pulak tu. Jam 11.10 pagi baru dapat jumpa doktor dan buat prosedur. Hasil endoscopy is clear dan aku dirujuk ke ENT pula. Aku dapat appointment baru pada 7/1/19. Yeay anak perantau ini hanya merantau atas sebab tugas dan sakit. Total aku habiskan 5 jam di HUKM. Alhamdulillah ada bos yang memahami dan bagi aku off je tak payah minta cuti.


Fahda suruh aku balik umah dia dan lunch sebab dia dah masak. Tak lama tu kami keluar ke Tabung Haji dan ke Sunway Velocity Mall sebab dia ada kerja. Dia suruh aku yang drive. Dia lupa agaknya aku ni masih dibawah pengaruh ubat tido hahaha. Rabak mata wei.


20/12/18

Aku dah kepenatan dan aku tido semalam lagi di Cheras. Pagi buta aku balik Melaka. Kerja seperti biasa. Pagi ni kami buat bacaan Yasin dan doa selamat untuk mendoakan kesembuhan pada anak buah aku yang eksiden tu. Aku pon harap anak buah yang lain bersama keluarga mereka sihat walafiat.

21/12/18



Aku dengan Pn Mimi pegi melawat isteri anak buah aku yang ada masalah kesihatan dan emak kepada Ong yang baru keluar dari Hospital. Takde masa nak melawat sebelum ni. So kena luangkan dan cari masa apa yang ada. Pn Mimi tu lah saksi berapa banyak ubat dan pain killer aku telan sepanjang masa ni. Sampai yang lupa makan ubat pon ada. 

Petang ni aku balik umah parent aku. Aku nak rehatlah. 29/12/18 sampai 6/1/19 aku cuti. 


Ibu plak kena warded di IJN pada 1/1/19 sampai 3/1/19 untuk angiogram. Nasib baiklah aku dah cuti awal. 7/1/19 aku ada appointment kat ENT HUKM plak. 


Semoga Allah SWT memberkati kehidupan aku sekeluarga. Sesungguhnya aku mencuba. 


Biar jasa jadi kenangan. 

Bukan penghormatan manusia yang aku cari. 

Maya Zura Yahya

x

No comments:

Post a Comment