Bulan Disember 2018 aku dengan Fahda decide nak jalan-jalan tapi tak decide sama ada nak jalan ke Sabah (we are overly attached with The Land Below The Wind hahaha) atau jalan semenanjung saja. So Fahda sebagai pencari destinasi dan juga bendahari kumpulan telah berusaha mencari destinasi dan akhirnya kami decide nak travel by car to the north je. Mana rasa nak stop di situlah kami stop.
Kami letak dalam tabung RM500/seorang so ada bajet RM1000 lah. Tapi memang tak ada plan apa yang kami nak buat dan apa yang kami cari.
28/12/18
Aku gerak ke KL petang Jumaat dan singgah pejabat Ana. Konon amek sleeping bag sebab Fahda kata nak camping la kononnya. Dah tu aku pegi umah Fahda amek dia yang tengah bercuti sebab aku ajak makan makanan India. Kami pergi area Bangsar dan bos aku cadang supaya makan kat Mahbub Restaurant. Dah tu aku cakap aku nak pegi Gopeng kot nak water rafting. Bos terus bagi no kawan yang boleh dihubungi. Baik kan bos aku? 😬
Cabaran cari jalan dan parking ke Mahbub bukan sikit2 wei. Sukar namati. Tapi makanan dia memang sedap ahhhh. Ceronok kami makan.
Aku pon whatsapp Ben 016-9667333 pemilik Resort Hijau@Gopeng nak tanya pasal rafting. Dia bagi aku harga RM130/person dan kalau nak makan kat chalet jadi RM150/person. Kena sampai kat Hijau jam 9.30 pagi.
29/12/18
Jam 6.20 pagi aku dengan Fahda dah gerak ke Gopeng. Rabak mata wei. Malam tadi terjaga awal jam 3.00 pagi takut terbabas tido hahaha.
Kami berhenti di RnR Tg Malim nak isi minyak dan aku nak tukar baju. Semalam bawa naik sebuah beg aje. Aku skang dah kena mark kat Prima Villa Green Terrain Condominium tu sebab asek overnight aje kat umah Fahda. So terpaksa park kat luar kawasan kondo demi mengelakkan konflik dengan Guard dan JMB.
Kami sampai Gopeng jam 8.50 dan makan Nasi Lemak Hijau, katanya house specialty. Jujurnya memang sedap lah nasi lemak hijau pandan ni.
Jam 10.45 pagi baru dorg panggil untuk bagi briefing. Lelaki itu cakap omputey dan aku agak pekak. So aku cakap kat Fahda ko je la dengar da tu ajar aku kang. Water Rafting kat Gopeng ni difficulties levelnya II. kalau kat Kuala Kubu Baru level III and IV. So as beginners aku dengan Fahda redho la level II ni.
Kami naik 1 boat dengan 2 wanita yang bawa 3 anak perempuan. So ini ialah bot wanita. Aku dengan Fahda dok depan bot. Boleh tahan la jeram2 yang kami lalu tu. Impian Fahda nak terbalikkan bot tu tak boleh ditunaikan lah sebab ada kanak-kanak dalam bot kami.
Maya and Fahda in action.
Tapi ada satu point tu, Fahda tercampak keluar dari bot. Aku terus automatic pegi capai paddle dia dan nak bawa masuk bot sementara Fahda menggapai bot tu. Tiba-tiba guide jerit "Selamatkan kawan kak, selamatkan kawan. Tarik kawan masuk bot". Masa tu baru aku sedar aku takde instinct nak selamatkan Fahda langsung. Terus aku pegang jaket dia sambil gelak2 dan cakap "Ok aku memang tak rasa nak selamatkan ko". Dia pon gelak2 baru aku tarik dia masuk dalam bot dah tu mencarut-carut. Maya ialah kawan yang boleh diharap ke? Hahahaha
Lepas tu kami berhenti kat kawasan air tenang sebab nak mandi2. Fahda heret aku masuk dalam air sebab balas dendam aku tak selamatkan dia tadi wakaka.
Kawasan air tenang.
Antara insan yang berjaya dan gembira.
Perjalanan dalam bot ambil masa 2 jam lebih dan sampai kat hujung perjalanan kami balik ke Hijau dengan menaiki lori.
Kawasan air tenang.
Antara insan yang berjaya dan gembira.
Perjalanan dalam bot ambil masa 2 jam lebih dan sampai kat hujung perjalanan kami balik ke Hijau dengan menaiki lori.
Dilin our guide belanja kami makan eskem. Gedik nak juga eskem roti.
Sampai Hijau kami terus mandi dan lunch. Tumpang solat dulu sebelum kami decide nak ke mana. Kat sini kami bayar RM350 untuk rafting, bfast and lunch.
Lepas makan kami singgah di Pasar Gopeng dan jumpa pasangan Cina tua yang menjual durian. Sekilo RM10 tapi sebab uncle nak balik dia paksa kami beli semua dia bagi sekilo RM5. kami cuma ambil 6 biji je. Makan 2kg dan tapau 3kg. Yang makan tu uncle kira RM10/kg so jumlah kami bayar RM50 je lah. Kami beli ais nak letak dalam bekas polisterine nak bagi Durian kami sejukkkk..
Kami teruskan perjalanan ke Taiping dan saja jalan nak cari tapak perkemahan. Siap call sana sini rupanya tapak dah tutup.
Kami singgah kaki Bukit Larut dan tengok ada jual 200 tiket je sehari kalau nak naik jeep ke puncak sana. Kami berazam nak naik esok. Semangat juang tinggi.
Kami singgah kaki Bukit Larut dan tengok ada jual 200 tiket je sehari kalau nak naik jeep ke puncak sana. Kami berazam nak naik esok. Semangat juang tinggi.
Kami duduk kat Tune Hotel Taiping dah tu tengok bonet aku dah basah sebab ais cair. Aku letak badan terus lelap wei. Penat giler. Aku buka mata je aku nampak Fahda tengah solat dah tu aku tido balik. Fahda la susah payah buka fb dan cari group food delivery Taiping sebab aku memang dah out. Bila makanan sampai Fahda turun bawa key card. Aku dok dalam kegelapan dalam bilik hahaha.
Kami makan mi goreng dan koey teow kerang. Nasib baik aku bawa cawan besar. So kami makan la dalam cawan tu. Sudu garfu pon aku bawa siap. Fahda pesan adik runner tu belikan air mineral hahaha. Lepas makan baru aku mandi dan solat dan tido kembali sebab esok nak bangun awal nak beratur beli tiket naik Bukit Larut. Hotel kami RM112/malam.
30/12/18
Pagi ni awal kami terus check out. Jam 7.15 pagi kami dah sampai ke kaunter penjualan tiket ke Bukit Larut.
Masa tu dah ada yang beratur wei. Jam 8.00 pagi kaunter buka. Aku dengan muka jahat cakap la kat Fahda "Jom kita beli tiket extra dah tu kang kita jual mahal kat orang lain". Tapi rupanya.. Sampai turn dua org depan kami terus tiket abis. Celaka betul lah.
Fahda mencarut2 dan tanya pesal plak tiket abis sedangkan provide 200 tiket/hari. Depan kami baru ada l/kurang 20 lebih orang je. Sorg boleh beli 5 tiket je. Kalau kali 5 baru seratus lebih je kan. Adik kaunter tu cakap kat atas ada 40 orang berkhemah, so nak turun kang dorg nakk jeep gak. Perghhh mencarut wei.
3 orang manusia depan aku ni ialah manusia terakhir yang beli tiket.
3 orang manusia depan aku ni ialah manusia terakhir yang beli tiket.
Kami pegi cari makanan sebab terus rasa lapar. Makan kat Nasi Lemak Kambus. Dah tu lapar lagi. Pegi cari kedai makan lain.
Makan wantan mee dan roti canai plak.
Makan wantan mee dan roti canai plak.
Kami teruskan perjalanan lalu hway tiba-tiba kami decide nak ke Kuala Kurau makan Mi Udang plak. So kami keluar exit Bukit Merah dan menuju ke Mi Udang Parit 30. Tu no hp call lah kalau nak tanya soalan.
Pemandangan di Jeti Kedai Mee Udang Parit 30. Lawo kan? Edit sebenarnya hahaha..
Pemandangan di Jeti Kedai Mee Udang Parit 30. Lawo kan? Edit sebenarnya hahaha..
Perghhhh sepinggan RM15 je tapi rasa memang puas hati lah wei. Sampai tak abis mi aku dengan Fahda makan. Kan kami makan kat dua kedai kat Taiping tadi hahaha.
Lepas tu kami hala ke Ban Pecah, Tanjung Piandang nak acah-acah ambil gambar macam instafamous. Tapi masalahnya padi dah tuai hahaha so dapat lah gambar pemandangan ni je.
Padi dah habis tinggal bangau je.
Ban Pecah, Tanjung Piandang
Lepas tu kami decide nak lalu jalan lama je menuju ke Penang. Kami singgah Petronas Nibong Tebal sebab panggilan rumah kecil dan beli makanan sikit.
Padi dah habis tinggal bangau je.
Ban Pecah, Tanjung Piandang
Ban Pecah, Tanjung Piandang
Instafamous di Ban Pecah, Tanjung Piandang
Sampai Penang terus tuju ke Restoran Nasi Kandar Hameediyah Penang. Kami da book meja dah tu waiter kata kena order beratur kat bawah. Fahda suka rela dalam paksa pegi beratur. Aku kemengantukan sebab driver kan extra fokus masa memandu 😅.
Bila makanan sampai, kami makan lah tapi tak abis sangat ayam. Sebab ayam tu super besar. Kami siap cari Mr DIY sebab nak beli kelengkapan masak untuk camping
Lepas tu kami menuju ke Batu Feringghi sebab Fahda da Google pasal tapak perkhemahan. Cari punya cari tak jumpa. Kami dah sampai hujung Teluk Bahang dah tu. Last2 aku cakap jom solat dulu kang kita cari balik. Lepas solat aku try Google plak. Kami tuju ke Taman Negara Pulau Pinang. Aku suruh Fahda turun tanya brader rupanya tapak khemah tu kat Monkey Beach. Kena naik bot ke sana. Fahda dapat deal RM20/person untuk naik bot tapi kami nak urut badan malam ni. Sakit giler badan lepas rafting. Akhirnya kami decide kami tido kat hotel je la. Sebab kalau pegi pulau tak dapat buat apa pun.
Otw nak pegi balik ke Batu Feringghi tiba2 rasa nak berenti. Kami jumpa la 1 campsite sebelah Hard Rock Hotel. Tapi masa kami sampai dah nak megrib dan gelap. Tengok sekeliling takda sapa pon yang camping so kami teruskan ajelah perjalanan kami.
Jalan pulak sesak yamat. Time tu la lampu minyak menyala. Sebab malas nak harung jam, kami benti pegi urut badan dulu. 90 minit urut badan dan kaki cuma RM90. Lega sangat badan.
Masa balik kami singgah Petronas isi minyak sampai dah 33 liter. Full tank 35 liter abg City ni. Kami terus pergi New Hope Inn. RM128/malam.
Sebelum masuk bilik kami makan durian dalam bonet. Bonet makin lama makin basah hahaha.
Sebelum masuk bilik kami makan durian dalam bonet. Bonet makin lama makin basah hahaha.
31/12/18
Aku rebus telo guna cerek untuk bfast kami. Sorg makan 3 biji telo. Aku bawa kicap dari umah. Kenyang lah sekejap. Jam 12 kami check out dan menghala ke Georgetown nak cari jeruk.
Otw ke sana kami singgah Padang Kota Lama sebab Ana suruh try makan Mee Pata. Tapi kan, kami tak jumpa pon, kami makan pasembor je la. RM8 je sebab takmo la makan banyak sangat. Kenyang lagi makan telo tadi.
Kami pegi Chowrasta Market, terus naik komplek Chowrasta tu sebab ada parking bertingkat. Kami park kat tingkat 3, bila pintu lif tu terbuka kat tingkat 2, aku nampak kedai buku terpakai. Adoiii rosak plan. Kami dua ni ulat buku memang terpancing la wei.
Kami pegi beli jeruk kat Kedai Jeruk Buah Pala Aishah. Mak Fahda suka jeruk situ je. So kami pon beli situ. Ana pesan nak jeruk sengkuang Pak Ali dah tu Along pesan Biskut Tambun. Sekali kat jeruk Pak Ali dia punya beratur perghhh syaiton lah. Tak sanggup aku. Tepi Pak Ali ada pulak Ais Tingkap. Jual cendol kot. Beratur nak oiiii. Tak ingin kami beratur lagi. Enough is enough lah.
Sebelum balik kami habiskan masa di kedai buku dulu. Dapatlah aku 2 novel dan 1 biografi. Semoga azam aku nak banyak membaca tahun ni tercapai.
Sebelum balik kami habiskan masa di kedai buku dulu. Dapatlah aku 2 novel dan 1 biografi. Semoga azam aku nak banyak membaca tahun ni tercapai.
Kami decide nak tido Ipoh malam ni sebab kami nak mandi dalam bathtub. Kami ada beli bath bomb sebelum ni. Kalau tak ada tub tak seronok lah nak guna. Otw ke Ipoh kami lalu jalan lama juga.
Kali ni kami singgah Petronas Nibong Tebal tu sebab Fahda suka tandas dia. Kami bentang tikar dah tu habiskan durian kami. Berbaloi RM50 dapat makan 3 hari hahaha.
Kali ni kami singgah Petronas Nibong Tebal tu sebab Fahda suka tandas dia. Kami bentang tikar dah tu habiskan durian kami. Berbaloi RM50 dapat makan 3 hari hahaha.
Kami singgah Bagan Serai dan beli makanan kat Pasar Malam. Seronok sangat lahai. Macam2 makanan kami beli. Nak makan kat Ipoh kang. Sepanjang jalan hujan plak. Makin lama makin lebat, so Fahda suruh aku masuk hway balik bagi cepat sampai.
Fahda book Impiana Hotel Ipoh guna hotel site. Kalau guna agoda ke trivago semua mahal. Hotel lama tapi selesa dan yang penting ada tub hahaha. Bayaran RM152/malam.
Malam tu kami keluar nak basuh baju. Bekalan pakaian dah habis tapi masalahnya bila guna dryer baju tak kering pon. Buang masa je. Sementara menunggu tu kami pergi makan kat Restoran Pelita kat seberang jalan. Fahda order tosei, aku order nan cheese. Nasib baik baru mula makan, jumpa lah bulu. Ehhh gelilah so kami pulangkan balik lah nan tu. Masa nak bayar dia cuma kira harga tosei aje. Kembang-kembang tekak hahaha. Kalau rambut tak kesah sangat tapi bulu wei. Bulu apatu? Kami balik hotel dan Fahda soh buka langsir sebab nak tunggu bunga api.
Malam tu kami keluar nak basuh baju. Bekalan pakaian dah habis tapi masalahnya bila guna dryer baju tak kering pon. Buang masa je. Sementara menunggu tu kami pergi makan kat Restoran Pelita kat seberang jalan. Fahda order tosei, aku order nan cheese. Nasib baik baru mula makan, jumpa lah bulu. Ehhh gelilah so kami pulangkan balik lah nan tu. Masa nak bayar dia cuma kira harga tosei aje. Kembang-kembang tekak hahaha. Kalau rambut tak kesah sangat tapi bulu wei. Bulu apatu? Kami balik hotel dan Fahda soh buka langsir sebab nak tunggu bunga api.
01/01/19
Kami dapat tengok a few fireworks kat sekitar Ipoh. Seronok jugalah. Fahda la rasa macam dah tua sebab dulu dia jenis celeb. Aku memang haram tak pedulik. Memang jenis dok umah je dari dulu.
Pagi esok kami masak telo rebus, roti bakar guna iron dan baked bean juga guna iron. Sila jangan tag Impiana Hotel ye. Lepas tu baru lah berendam guna bath bomb tu.
Check out kami terus lalu hway balik KL. Sebelum tu kena lah lunch dulu. Kami lunch di restoran Saffani di Pulai. sedap giler ayam bakar dia wei. Datang ahh cuba rasa.
Singgah Tapah nak beli buah jambu batu dan aku isi minyak. Minyak tak abis pon dari Penang tu. Tapi aku malas nak isi kat KL. Aku hantar Fahda balik Cheras dah tu terus pegi IJN nak teman ibu.
Singgah Tapah nak beli buah jambu batu dan aku isi minyak. Minyak tak abis pon dari Penang tu. Tapi aku malas nak isi kat KL. Aku hantar Fahda balik Cheras dah tu terus pegi IJN nak teman ibu.
Kali ni memang aku dengan Fahda tak plan mana kami nak pergi. Rasa nak benti kami benti. Rasa nak singgah kami singgah. No restrictions and no reservation. Kami cuma habiskan RM560/person untuk pengembaraan 4 hari 3 malam. Makan, minum, minyak, tol, rafting. Memang puas hatilah.
Bukan semua orang serasi. Kami pon masih ada kekurangan. Kejap dia marah. Kejap aku marah. Tapi at least we try.
Kali ni sebab travel di semenanjung dan bawa abg so aku lah kena jadi pilot. Kalau kat Borneo memang aku suruh dia jadi pilot. Aku hampir melanggar kereta lain semasa di Kuching dan kat Kudat aku bawa keta macam hampas. Hahaha masing2 ada kelebihan masing2 kannnn. At least kali ni aku ada AES tracker dan juga pencari destinasi.
👯 Life is a journey not a destination 👯
No comments:
Post a Comment