Monday, 1 January 2018

01/01/2018 : Melawat Melaka

Aku bangun pagi dengan niat nak keluar tapi tak tau nak pegi mana. Sekali turun ke dapur rupanya perangkap tikus aku dah mengena setelah 2 malam aku menunggu. So as promised, Amin datang rumah buangkan. Sebab geli lah nak angkat2 ni. Aku terus cepat2 masak sbb da janji kalau dia angkat aku masak hahaha. (bukan masak tikus tu)

Jam 10 lebih Amin dan isteri datang. Dia buang tikus. Aku hidang lah makanan yang aku masak macam chef terkemuka tanah air. Sekejapan je kalau style aku masak ni. Campak all the way.

Nasi beras percuma, ayam masak kicap dan hati masak dgn carrot & kacang panjang. Kicap dah habis kena beli lepas ni. 

Bila dah siap makan, Amin dan isteri balik. Aku pon kemas semua bawa balik umah ibu. Lepas tau dorg nak jalan tengok cucu aku pon keluar tak tau pegi mana. So aku decide nak melawat Melaka Bird Park, kat Ayer Keroh je tak jauh pon. Sampai sana memang sunyi lah haaa.  Semua orang sibuk uruskan anak nak sekolah esok. Orang Johor plak memang dah sekolah. Ini senarai harga tiket :
Pemegang MyKad
Dewasa RM17.80
Kanak2 RM11.85
Warga Emas RM11.80
Bukan warganegara tiket 40+

Beli makanan burung dapat 3 bekas tu RM10. Adik tu pesan hati2 dengan burung biru, dia tak boleh tengok bekas makanan terbuka.  Untuk makluman aku sorg je pelawat jam 1245 hrs tu. Takde orang langsung. 

Sini ada burung merak 3 ekor, berekor2 ekor ayam mutiara dan merata2 ayam kampung.

Dia tak kembangkan ekor dia pulak

Aku bagi makan kat haiwan2 ni tiba2 bahu aku ada benda hinggap. What do you know. The damn blue bird is attacking me because I am holding the bird food. Dia boleh pijak2 aku dari bahu sampai ke lengan sebab nak rampas bekas makanan tu. Tahap penyamun main serang dari belakang hahahhaa. 

Gold & Blue macau namanya. 

Heiii dia punya cengkam kat lengan tu kemain kuat. Calar lengan aku haaa. Op kos bekas tu tumpah la ke lantai dan aku pon blah pegi panjat pelantar memandangkan aku malas nak layan burung2 yang rakus ni. 

Muka bangga riak takabur lepas berjaya. Pang kang. 

Untuk makluman lif rosak ye. Maka kena la panjat pelantar tu, tapi pilih la yang paling rendah. Masa panjat tu boleh plak hujan. Nasib baik ada bumbung sket. Berteduh lah aku bersama dua ekor merak yang pandang aku semacam aje. Hujan kot, jangan la berkira sgt. 

Panorama view dari atas pelantar semasa hujan lebat ditemani dua merak.

Ni masa hujan berenti sekejap

Selfie with Electus Parrot (i guest) 

Air terjun buatan untuk memeriahkan suasana burung2 

Lepas hujan reda aku pon jalan2 atas pelantar tu sambil diserang burung merah (Chattering Lory) plak. Dia pon nak juga makanan tapi sbb dia kecik aku bo layan dia hahahhaa. Aku turun balik jalan2 tengok burung lain dah tu hujan balik.

Cari tempat berteduh menumpang dengan ayam. Wakaf kat sini ada 4.

Pilih la yg merpati tak suka sebab banyak kot taik dia hehhehe.

Cantik tak kolam dia? 

Habis melawat aku dok melepak depan pintu masuk dan borak dengan guard. Dia pesan banyak benda kat aku dari segi kehidupan dunia dan akhirat. Insya Allah kita amalkan.  Tq pakcik.

Lepas tu aku teringin lah nak pegi Taman Rama-Rama. Sekali dah sampai depan pintu rupanya tiket RM22. Untuk makluman aku tak bawa duit byk pon. Dalam wallet tadi ada RM58 je kot. Kad atm bawa tapi x jumpa mesin. Aku jalan bawa KP,  lesen dan ATM kad je. Wallet semua aku tinggal. So tak jadilah pegi Taman Rama-Rama hehhehe.

Aku pergi pula Muzium Orang Asli dekat sebelah Taman Buaya. Amboi siap aku park abg dalam kawasan muzium. Kat sana ada 2 petugas PERZIM yang ramah tamah sama macam aku. Aku rasa orang Melaka ni memang ramah la hahhaha. So kat sini aku melawat kejap. Baru aku tau kat Melaka ada 14 perkampungan Orang Asli yang tertumpu kat Alor Gajah dan Jasin. Besar juga muzium nya. Dari luar nampak kecik aje.  Bayaran RM2 dewasa dan RM1 untuk kanak2 / pelajar. Aku tak bayar sebab ramah tamah tadi kan 😁


Sumpit

Kepala seladang

Dah siap melawat dan dapat penerangan dari En Nazri aku pon turun. En Pedrus ajak aku makan biskut raya katanya. Raya tahun baru hehhehe. Kan da kata mesra kan.

Lepas balik dari muzium konon nak pegi Aeon. Dah sampai sana pon nampak pula iklan jualan Popular kat MITC. Alahai patah balik Air Keroh pegi sana plak.

Saja amek gambar dinding MITC ni. Cantik plak. 

Kalau tak mabuk kat kedai buku macam tak sah. Beli juga lah 3 buku dan 3 komik dari Zint (follow since my younger years).

Bawa balik rumah simpan kat perpustakaan mini aku. Buku yang beli sebelum ni pon tak abis baca lagi. Rasanya aku kena pegi bercuti kat tempat yang tenang, tak buat apa2 aktiviti dan stay for a few days. Not just like the last trip yang aku berpindah setiap hari. 

Okey itu saja kisah hari ini. Melawat Melaka bererti melawat Malaysia.
Zoo Melaka dan Taman Buaya baru pegi. Kalau ada sapa2 tertanya2 kenapa aku tak pegi dua tempat tu.

Sekian, terima kasih.

Alone, but not lonely.

Don't let others define your happiness.

No comments:

Post a Comment