Friday, 15 December 2017

12-14/12/17 : Cameron Highland & Lumut, Perak

12/12/17
Jam 7.10 pagi aku gerak dari rumah aku ke rumah ibu nak ambil Ibu, Ayah, Imran dan Faiz. Semalam aku dah pesan kat Imran esok gerak jam 7 pagi, kena bangun awal. Sampai rumah je, budak2 da siap. Atok dan nenek memang belum la siapnya. Aku suruh Faiz ambil barang Atok dan Nenek nak letak dalam kereta sementara Imran simpan barang dorg dalam kereta. Tiba2 Faiz datang bawa 2 bilah parang panjang dan pendek. Aku tanya nak buat apa?. Faiz cakap nenek yang bagi. So aku pegi la dapur tanya ibu kenapa bagi aku parang? Rupanya Faiz pegi dapur minta parang atok. Dia patut cakap barang atok. Aduiiii gelak gila2 pagi tu.

Yeay aku ada tukang gambar untuk 3 hari

We are ready for our holiday. Punya excited yang belakang tu. Kat Melaka pon dah pakai sweater hahahha.

Kami singgah Surau Kastam jap sebab ibu nak anta lauk pada kawan2. Dia kan ponteng ngaji 😁. Lepas tu kami mulakan perjalanan ke Cameron Highland sebab Faiz nak pegi sana. Aku lalu lebuhraya je, sampai Tapah aku keluar lalu jalan lama. Aku benti kat Gopeng nak makan durian lagi sekali hahhaha.

Makan apa pun kena baca doa makan ok.

Lepas makan durian, aku hala ke Simpang Pulai nak naik guna jalan sana. Tak mampu aku nak lalu Tapah. Kang aku yang mabuk sendiri hahhaha. Tengah jalan aku tengok minyak dah low sangat tu. Tak lama lepas tu terus E hahaha cuak wei. Sapa nak tolak keta naik bukit? Nasib baik dah nak sampai Kg Raja. Tak lama jumpa BHP dan dapatlah bebudak tu dan nenek makan eskem.

Jangan harap dapat makan eskem dalam keta maksu.

Aku bawa dorg singgah Masjid Long Tan, Lojing, Gua Musang. Dapat lah Imran dan Faiz pegi Kelantan hahhaha. Bebudak kata sejuk nek!. Nak ambil wudhuk pon air sejuk katanya. Lepas solat terus pegi Brinchang nak cari makan. Lapar wei dah jam 3 petang. Masa tu aku da call Play Residence at Golden Hill sebab aku book apartment by Agoda je. Rupanya pasar malam CH dah pindah ke Golden Hill so mudah sikit lah kami jalan2 nanti. Person in charge Roy dari Keningau datang untuk kami check in dan kata sebenarnya dah tersalah bagi rumah yang aku book pada orang lain. Aku book aparment 1 bilik je. Dah tu dia bagi aku apartment 2 bilik tanpa apa2 pertambahan bayaran. Aku risau orang yang dapat apartment aku tu je. Tapi Roy kata ok, so aku ok lah. Rumah baru dan memang cantik, bersih, selesa. Recomended ye. Call this contact no for booking : 0123774088.

Gambar lain tak boleh ambil sebab semua katil dah ada orang landing 😁. Sedangkan sofa pon dah didiami manusia. Apatah lagi katil kan?


Lepas check in aku, ibu, Imran dan Faiz pegi jalan2 kat Brinchang. Ayah nak rehat kat rumah je. Kami singgah Cactus Point sebab ibu nak beli baja pokok kaktus dan bebudak sangat la excited dengan keadaan sejuk dan pokok2 kat sana. 

Lepas tu kami pegi EQ Strawberry Farm sebab bebudak teringin nak petik stoberi sendiri. Malangnya dah petang, kedai dah tutup. Bagi lah dorg melawat kebun tengok stoberi dan jalan pula menuju Rose Valley. Masalahnya tutup juga.

Balik semula ke Brinchang dan singgah Water Crest Valley pon tutup juga hahahhaa.

Last2 aku cakap jom balik kita jalan kat pasar malam je lah. Kami hantar barang yang dah dibeli ke rumah dah tu turun semula pusing2 pasar malam. Imran dan Faiz beli key chain untuk diri sendiri dan purse kucing untuk Kak Myra. Aku beli makanan je. Ni gambar dari rumah kami.

13/12/17
Aku bangun pagi dan ajak Imran panjat bukit sebab Mama dia dah pesan kena training dengan Maksu. Ayah dia bising dia makan non-stop dari semalam. So kami berdua berjalan mendaki bukit Golden Hill dan dapat la a few nice photo.

Muka penyesalan ikut aku jalan. Sian  Imran kepenatan.

Tukang gambar yang berkaliber

Sweater bekas lelaki kesayangan yang sentiasa ada dalam kereta. Nak pulangkan balik ke? 

Balik je rumah aku suruh semua siap2 mandi dan kemas beg mana yang patut dan kami cari sarapan Dataran Tanah Rata dan kemudian kami melawat Taman Agroteknologi Cameron Highland. Harga tiket dewasa - RM5, Kanak2 - RM2, Warga Emas - RM3. Masuk dalam je nenek dah tinggalkan cucu2 dia. Taksub nak beli baja pokok. Aku bawa bebudak melawat kebun stoberi, bunga2an, tomato, kobis, epal, teh, kolam, arnab dll.

Tunjuk tiket nenek belanja


Imran kata macam bunga Mama tanam kan? So ambil.lah gambar kenangan kat sini.

Wefie lubang hidung dia

Tukang gambar suka hati dia je ambil gambar.


Ketapi membawa bunga.

Kobis

Baiknya Imran suap nenek. 


Aku masih menggalakkan Imran berjalan extra miles dengan aku. So kami panjat sampai puncak kebun teh. Turun takmo lalu tangga, lalu celah2 pokok teh. Sekali Faiz boleh tergelincir dan jatuh bergolek2 ke bawah bukit dan jalan. Maksu ko ternganga je la sambil tanya "Faiz ok?". Dia jawab ok so aku tak la rasa bersalah sangat hahahhaa.

Sikit je kan?

Lepas tu kami balik rumah dan kemas barang selebihnya pulak dan prepare ke Brinchang. Umang aihhhhh jalan sesak. Ambil masa sejam nak ke sana nasib baik semalam aku da jalan2 tak la bebudak bising nak singgah2. Aku cuba juga benti 2 kebun nak petik stoberi malangnya satu kebun baru sembur baja dan satu lagi dah habis stoberi. Hampa bebudak tu.

Singgah ambil gambar jap.

Kami singgah Rose Valley dan aku bawa bebudak melawat kebun ros dan atok nenek ngabiskan duit beli sayur.




Kemain suka bebudak tu bila burung merak ni kembangkan ekor dia depan dorg. Memang sangat cantik ciptaan Allah SWT. 

Lepas tu kami konon nak singgah Lavender Garden. Imran tengok harga tiket terus kata mahalnya! Tiket dewasa RM10, Kanak2 RM7. Kami nak masuk 4 orang dah nak kena bayar RM34. So Imran kata takmo masuk. Good boy.

Amek gambar kat dinding Lavender Garden je kikiki

Atok yang kelaparan bersama nenek yang baru dapat idea nak tanam bunga. Kami pegi kebun sebelah ada banyak bunga daisy. Free je aku amek gambar hahahha.

At Cameron Valley Tea Farm. Bebudak suka manjat. Aku pesan jangan jatuh lagi.

Tukang gambar cemerlang selepas di coaching.

Aku tengah dok mikir nak pegi mana lepas ni so sambil mikir tu pegi cari makanan sebab dah sangat lapar. Mula2 aku cadang nak pegi Hulu Langat mandi sungai last2 aku cakap dengan Ibu kita pegi Lumut je la. Kang Ibu boleh beli ikan bilis. Ibu cakap mana2 lah dik. Kami jalan je da tu jumpa Kellie's Castle. Masa tu dah jam 5.15 petang, kaunter tiket tutup jam 5.30. Cepat2 aku heret bebudak tu naik. Nenek tak larat da. Atok apatah lagi. Rupanya nenek pon tak penah tengok istana tu hahahha tapi dia bercerita lah sejarah kat bebudak sebab kami kan memang pandai sejarah.


Imran rajin membaca walaupun sekejap je.

Kadang gambar elok dia ambil.

Kadang jadi macam ni lah. Dia ambil gambar tangga. Maksu redho Imran. Maksu Redho.

Family photo

Lepas tu kami teruskan perjalanan ke Lumut dan baru hegeh2 nak cari hotel. Bila dah check in dan mandi2 aku ajak Imran dan Faiz jalan2 pekan Lumut. Aku nak cari buku untuk dorg menulis pasal percutian kali ni. Ajak dorg makan dan balik. Imran dan Faiz minta beli jersi so aku bagi beli sebab RM10 je. Dorg banyak duit Mama dan Atok bagi duit belanja.

Sampai bilik dorg pon mula lah menulis. Percutian perlu dimanfaatkan ye Abang Im dan Faiz.

14/12/17
Aku bangun awal dan ajak Imran jalan menyusuri pantai. Jauh kami jalan sebab nak cari kedai nasi lemak buka.

Sampai ke hujung 1850 meter takde pon kedai. 

Muka Imran da macam tempoyak dah. Aku ajak patah balik dan jumpa kedai yang dah buka kat jeti sana. So total Imran jalan arini 3.7 km hehhehe. Aku suruh dia buat 10 sit up, 5 push up dan beberapa saat planking. Cuti dengan Maksu ni bukan sekadar cuti ye abang hahahha.

Tukang gambar cemerlang.

Kami makan nasi lemak bungkus dan bersiap check out. Masa ni baru Imran sedar ole2 dia beli semalam tak ada. Mula la Imran meroyan kat Faiz sebab dia suruh Faiz yang simpan. Nasib baik nenek memang ada beli extra purse. So semua adik2 dia dapat purse.

Singgah beli hasil laut dan ayah nak melawat rumah kawannya yang nak kenduri 16/12 ni di Sitiawan. So singgah la kejap dan kami menghala balik.

Tukang gambar ni kan... Dia ambil la gambar bontot keta maksu. Gambar lain lagi jelas bontot keta dari gambar Atok. Kena hantar kursus ni.

Google maps maklum ada road closure dan cadang untuk avoid which I agree lah kan. Tapi rupanya maps bawa juga pegi jambatan yang runtuh tu. Sakit jiwa makkkk. Dah satu hal buang masa patah balik tapi masa lalu jalan lain tu, aku jumpa orang jual durian kat tepi jalan Pasir Salak. Harus aku bagi signal berenti singgah.

Yang kuning sangat sedap! Sekilo RM15 juga.

Lepas dah jumpa hway boleh pula jammed semahu2nya. Ada eksiden plak dan jangka tiba rumah abang jam 1830 hrs. Aku dan Ibu memang plan balik Melaka malam tu juga. Dah tak larat nak travel lagi.

Asyraf Muqri menunjukkan cara bawa beg Ultraman

Sampai rumah abang kami rehat jap dan makan malam. Balik Melaka boleh pulak minyak habis. Nasib baik dah dekat RnR Air Keroh dapatlah isi minyak aku ni.

15/12/17
Hari ni aku hantar kereta pergi servis sebab dah terlebih milage. Total aku travel 10 hari 10 malam dah lebih 3000 km. Drive sendirian memang paling win lah kali ni. Nasib baik aku baru tukar disk brake sebab aku rasa keta tu dah tak selamat. Alhamdulillah semua baik adanya.

No comments:

Post a Comment