Awal bulan Ogos, Fahd tanya apa plan next trip kami. 06/08/2020 aku datang KL nak bincang dan kesudahannya kami pilih Pulau Redang. Tu pon hazab nak cari tarikh sebab Pulau Redang fully booked. Fahd pilih Redang Pelangi Resort. RM365/pax untuk penginapan 3h 2m, 4 kali makan (breakfast, lunch, hi tea, dinner), bot transfer Jeti Merang - Pulau Redang, 3 snorkeling trip, insuran. Untuk snorkeling gear sewa rm20, untuk parking rm10/day, untuk tiket Taman Laut rm5/pax. Ni dah habis cari lah ni, yang berbaloi dengan harganya.
31/08/2020 of
Aku gerak ke KL pagi sebab nak elak kenderaan bebanyak kat hway plus tu. Maklumlah cuti panjang. Pegi melepak kacau akak aku dulu. Da tu pegi Velocity teman Fahd soping and aku nak cari Ipanema. Malam tu kami kemas2 beg. Da tu baru aku sedar tak cukup seluar aku bawa 😒. Malam tu tumpang Fahd basuh baju dapat la extra sepasang.
01/09/2020
Pagi ni kami pegi pejabat Fahd dulu. Jam 10 la anggaran kami gerak ke Kuala Terengganu. Beli nasi lemak tepi jalan dah tu makan dalam keta. Cuaca baik sepanjang jalan sehingga mendorong Fahd tido berdengkur.
Singgah Petronas Genting Sempah sebab aku nak beli kek cheese leleh Azlina Ina tu.
Kami sampai KT kami terus ke Pasar Kedai Payang sebab pasar tutup jam 6 petang. Niat masuk pasar tak nak beli apa2. Tapi terbeli byk plak. Aku cuma belikan barang2 yang orang pesan. Fahd tak boleh diselamatkan dah. Dia mudah terpengaruh.
Lepas tu kami pegi amek gambar kat Jambatan Angkat Kuala Terengganu dan pegi hotel. Malangnya hotel tu cancel booking kami sebab daftar lewat cehhh. Terus buka Agoda. Nasib baik hotel lain ada lagi, so terus check in dan kami pergi cari makan kat Pantai Batu Buruk. Tadi siang tak makan lagi.
Sampah banyak ehh. Pebenda lah.
Ikan celup tepung. Ikan kembung tu fresh. Sedap.
Bulan mengambang. Kalau berat jangan beria nak berdiri. Kang putus tali boyan. Buat malu je hahaha. Lepas makan balik hotel. Tido.
02/09/2020
Kami check out lebih kurang jam 7.30 pagi dan terus ke Jeti Merang. Sempat jugalah tapau Nasi Dagang buat sarapan nanti. Untuk Redang Pelangi bukan naik kat Jeti Merang ye, dia ada jeti sendiri kat belah2 situ gak.
Sempat makan sebungkus nasi je. Share berdua dengan kucing sebab bot dah nak gerak.
Pemandangan di jeti. Sampai jeti kena check in MySejahtera dan staff akan sanitize bag. Ada tempat parking juga. Kami naik bot l/kurang sejam terus ke jeti Redang Pelangi.
Bila sampai Redang, kami terus check in bilik, check in MySejahtera dan ada taklimat perjalanan hidup kami untuk 3h 2m ni. Resort bagi semua orang t-shirt percuma sempena ulangtahun ke 30 dorang. Hepi kami dapat hadiah hahahaha. Sambil tunggu bag di sanitize, kami golek2 dalam bilik. Bilik kami Alhamdulillah luas dan selesa. Ada 3 single bed, bilik betul2 dapat paling depan, so boleh la tengok laut kalau buka tingkap. Tapi kami tak buka selalu pon sebab tu laluan utama orang nak ke tingkat atas. Tu belakang kami tu bangunan bilik Blok C.

Makan memang heaven la kat sini. Biasanya hidang secara buffet tapi sebab covid ni, semua makanan akan dihidangkan dan sapa nak tambah boleh minta je. Aku n Fahd memang takde komplen bab makan. Memang sedap semuanya hohoho. Meja makan memang dah ditetapkan ye. Kami kena share dengan satu group 6 orang ni. Sebab kami ni tak mesra masyarakat, staf usahakan untuk bagi tempat duduk lain. So kami decide yang kami akan datang makan lewat supaya kami dapat makan di meja yang orangnya dah siap makan. Tq sangat2 kepada staff yang amat membantu.
Jam 2.00 petang kami prepare untuk trip snorkel yang pertama di Tanjung Gua Kawah. Bot besar oiii lebih 60 orang boleh masuk. Coral boleh tahan, ikan boleh jugalah. Sejam kat situ. Staff siap bawa masuk gua. Masa aku naik bot, siap kerongsang aku hilang dalam laut. Haaa tak pasal kena buat muka seposen minta kerongsang Fahd hahahhaa.
Menuju Gua Kawah.
Gua Kawah.
Lepas tu kami balik ke resort minum petang. Dapat makan kopok keping yang sedap sampai Fahd takmo benti makan. Then kami pegi jalan2 sepanjang long beach nak tengok pemandangan.
Gigih ko lompat. Dekat 8 kali jugalah lompat. Barulah cemerlang.
Bayang tripod masuk dalam gambar pulak. Tapi membuktikan kami amek gambar sendiri bukan minta orang lain.
Not your typical photo. Spek jatuh hohoho.
Malam lepas dinner kami pegi minum2 kat gerai area long beach tu. Kemain mahei buah kelapa sebiji RM10. Kat resort lagi murah. Sebenarnya kami jalan2 tu nak cari live band ke, karaoke ke. Kami kan suka hiburan. Tapi sebab PKPP so takde lah. Live band kat resort lain tu banyak nyanyi lagu Cina. Tak paham aku lagu Cina. Kami lepak dan baring kat tepi pantai je. Pasir tak basah pon dah tu bersih sangat kawasannya. Syok oooo...
Lepak kat resort.
03/09/2020
Aku bangun pagi terus mandi dah tu buka tingkap nampak matahari dah terbit. Terus kelam kabut kejut Fahd ajak pegi pantai.
View dari depan resort.
Kali ni bawa prop iaitu Jalur Gemilang. View memang lawa. Jeti ni resort punya.
Jam 9.30 standby untuk 2nd snorkeling trip di Teluk Dalam. Sini ada Penyu Agar. Fahd sikit punya bergaya pakai turban. Sekali terjun dari bot, tercabut turban dia hahahhaha. Lepas tu aku plak terjun. Tiber roti yang aku bawa terapung jauh hahahhaha. Roti terlepas dari genggaman. Kami dua main air kejap je dok dalam bot yang lama.
Balik resort rehat, lunch n petang ada satu lagi trip. Oh kami dah dapat meja makan baru masa ni, sebab ada yang dah check out kan pagi tadi. Petang ni memang da malas sebenarnya. Aku cakap kat Fahd tak payah pegi pon takpe. As expected, aku sakit perut kat dalam bot. Fahd mabuk2 nak muntah n sakit kepala.
Depan resort je.
Balik bilik, kami siap2 kejap then jalan lagi sampai ke hujung long beach tu. Nasib baik la kami dok belah Redang Pelangi sebab pantai belah Laguna Redang ni banyak batu kecil dan coral. Sakit kalau terpijak. Kalau tak nak sakit, jangan pijak. Sekian.
Tengah gigih amek gambar tiber ada sekumpulan lelaki pakai vest datang. Rupanya wakil Jabatan Agama Islam Terengganu. Bagi tazkirah pasal perkara2 larangan dan kalau ada perlanggaran syariah.
Ni area depan resort kami juga.
Malam ni kami amek gambar kat kawasan resort je. Kebetulan bulan penuh. Memang cantik pemandangannya.
View bulan mengambang.
Meriah malam ni.
04/09/2020
Bangun pagi terus kemas beg. Bot balik jam 8.30 pagi. Lepas sarapan kami beli souvenir sikit dah tu naik bot balik.
Last bergambar sebelum balik. L/kurang 9.45 pagi sampai jeti. Terus pegi tapau Nasi Dagang dan Fahd beli kopok lekor nak bawa balik. Aku memang tak payah beli sebab minggu lepas aku baru balik dari Terengganu dan Kelantan.
Kami teruskan perjalanan ke Kuantan sebab nak melawat mak Nana yang baru lepas operate tangan. Fahd bantai tido. Bila dia bangun je dia lapar. Terus makan Nasi Dagang. Bila sampai umah Nana aku bagi harta Nana yang aku tolong belikan kat Pasar Payang ritu. Nana masak Nasi Tomato tapi lauk dah siap, nasi lom masak huhuhu. Nasib baik sedap.
Bye Nana and makcik. Kami balik dulu. Fahd nak tapau lauk Patin Tempoyak kat bandar Kuantan sana. Terus kami balik KL. Hujan lebat plak kat Bentong. Fuhhh mencabar nak drive. Sampai Tol Gombak aku soh Fahd buka waze. Sekali... Jammed teruk KL ni. Hazabedah betul lah. Jumaat + hujan = perfect combination.
2 jam perjalanan dari Tol Gombak ke rumah Fahd yang kat Cheras tu je. Merata waze bawa kami. Sampai satu tahap, aku dah takde mood nak dengar radio ke pasang econ. Kami buka tingkap keta je harung jem tu. Dah tu yang menambah hangin, keta lain boleh lawan arus semata2 nak potong queue. Korang paham tak perasaan ko dah beratur cam pembaris dah tu orang potong cam gampang? Fahd pegi maki semua keta tu. Dalam keadaan tingkap keta kami terbuka hahahahhaha. Terasa ke tidak keta2 yang hanat tu? Kalau korang nak tau, masa dalam pulapol dulu, aku sub-con je bagi arahan berhenti bila mara ke hadapan tu kalau aku jadi skuad leader kat Fahd. Sebab suara aku tenggelam hahhahaha. So mestilah orang sebelah dengar kan apa Fahd maki tu dalam keta tu.
Lepas tu dah bertambah bosan, Fahd ajak karaoke dalam keta. Terkejut2 orang yang bawa motor lalu sebelah keta kami sebab dengar suara orang nyanyi kuat2 hahahhaha. Tingkap kan tak tutup. Sampai umah, as usual kami akan basuh baju. Panik gak bila dengar radio kata KL takde air. Alhamdulillah umah Fahd ada air. Lepas makan, jemur kain baru kami tido.
05/09/2020
Aku da siap lipat baju n kemas beg. Tiber teringin nak belikan ibu udang galah kat pasar tani Melawati. Ajak Fahd pegi sana tapi kesudahannya udang galah takde tapi Fahd yang sibuk beli barang. Kami pegi sarapan, singgah pejabat amek barang dah tu pegi Lulu Hypermarket nak beli baklawa. Suka benar.
Dah petang baru ada mood nak balik. Banyak keta atas jalan. Tapi sampai jugalah walaupun nak dua jam juga.
Sebenarnya tahun ni patut aku, Fahd dan Nana pegi luar negara. Dah janji dua tahun sekali. Tapi tak kesampaian. Nasib baik bulan Januari kami dah pegi Pulau Belitung, Indonesia. Kira berjaya jugalah ke luar negara.
So sesiapa yang nak pegi Pulau Redang aku cadangkan stay lah di Redang Pelangi Resort ni. Jarang aku nak recommend resort tapi sebab memang hospitaliti nya memang bagus. Lagipun kawasan pantainya bersih dan tak berbatu. Apa-apa hal pun, ikut kemampuan poket anda. Tak semestinya tempat yang mahal elok servisnya. Tak semestinya berbaju t-shirt tak boleh bergaya.
Sekian.
💖 Lots of love 💖
Maya Zura Yahya
No comments:
Post a Comment