Bulan Julai, aku dan Panda da mula cari2 destinasi percutian kami. Sepatutnya ikut perancangan hidup kami, tiap dua tahun kami akan pergi travel tempat yang wow. Disebabkan kekangan kewangan, kami pilih la yang bajet kecik je. Dah list Xinjiang pon tapi kecoh plak pasal etnik Uyghur tu and they are not welcoming visitor. Kira cancel la. So Panda suggest ke Pulau Belitung, Indonesia. Tempat penggambaran filem Laskar Pelangi tu. Honestly aku tak pernah tengok filem tu, tapi lagu Laskar Pelangi, OST yang Nidji nyanyi is one of my favourite song dulu. Kira aku bantai ok je lah.
Panda beli tiket AirAsia dan flight cuma ada selang sehari je. Terpaksa la pergi 5 hari 4 malam. Kami select date masa cuti semester aku. Kang tak pasal clash dengan exam plak sebab aku amek 7 paper sem ni hahaha. Kami uruskan permohonan keluar negara, Panda pakai hrmis aku manual kena anta kat Bukit sana. Panda plak kena buat pasport baru sebab masa kami Krabi dulu pasport dia terendam dalam air. Masa dia nak pegi Phuket baru-baru ni pasport dia tak boleh baca. So cut it short, Panda rugi RM200 sebab ada masalah dengan sistem imigresen. Lagi seminggu nak pergi, air-cond keta aku rosak, pergi bengkel, kena tukar barang. Melayang RM478. So how nak bercuti? Hahahaha.. Nasib baik aku ada bos yang baik dan bf yang baik jugalah.
12 Januari 2020
Aku datang umah Panda, pergi tukar duit kat MidValley, cari kasut nak bawa jalan dan malam tu baru kemas beg. Kebetulan aku bawa baju yang sama dengan Panda, kira kami akan jadi boria lah esok. Panda kata esok kita gerak jam 8.00 dari rumah. Kami nak park kat Putrajaya Sentral, then ambil tren ke KLIA2.
13 Januari 2020
Aku da siap awal dah. Panda pulak bangun, dah tu dia pegi angkat jemuran lah bagai. Aku cakap cepat la haa kang lewat sampai, nak cari parking lagi. Kami keluar rumah l/kurang jam 8.30 pagi. Ye nak dijadikan cerita (op kos ada cerita sebab drama kan) jalan jammed depan rumah nak masuk hala ke Kajang. buka waze haa makcik waze tu anta pergi Bangi la, Sungai Merab la. Ada eksiden kat tengah jalan. Huuu hati ni dah ribut dah hahaha. Kami sampai Putrajaya Sentral l/kurang 10.30 pagi, nasib baik terus jumpa parking hoiii. Panda dah search siap2 MyCar (murah sikit dari Grab) sebab memang tak sempat kejar tren jam 10.24. Next train jam 10.52. Sampai KLIA2 kang dah 11 lebih. Tak sempat drop bag kang hahaha. Elok je aku heret beg nak seberang jalan pergi tempat pick-up, MyCar tu dah sampai. Fuhhh terus masuk keta, Panda kata cepat boleh dik? Akak dah terlewat ni. Tapi adik tu kekal tenang hahaha. Kami sampai KLIA2 jam l/kurang 10.57 pagi then bekejar pergi print bag tag. Panda print, aku kunun beratur kat drop bag tapi aku salah lane hahaha. Kami tak dapat pun drop bag sebab dah kurang dari sejam sebelum flight berlepas. Panda pujuk staf AA untuk terima bag kat kaunter dan selesai lah satu masalah kami.
Lepas tu kami kena pergi ambil wifi device di Travel Recommends (nama kedai) yang Panda dah sewa. Berlari lagi nak ke kaunter wifi sebab dia kat luar hahaha. Dah ketibas tak payah cakap laaa. Alhamdulillah setel ambil wifi kami terus masuk Hall la. Tak dan dah amek gambar depan International Departure signage tu nak OOTD bagai. Gate pula kat Q7. Aku tanya Panda ni gate yang hazab tu ke? Panda cakap ni dekat sikit la. Dekat2 pun, masya Allah bila ko dah lambat, ko tak payah berangan la nak tengok kiri kanan. Sampai gate Q7, orang dah mula beratur pun. Kami masuk, duduk kejap dah tu aku kata nak g tandas. Panda cakap cepat sikit aku pun nak pegi. Sekali aku balik boarding, orang dah beratur masuk kapal hahaha. Panda batalkan hajat dia lah.
Adik AA tolong ambil kan gambar kami. So dapat la kami ber'OOTD di airport dengan muka berminyak, ketibas, baju basah peluh. Hmmmmm...
Flight ambil masa sejam setengah tapi kita ada time different 1 hour. Sampai je H.AS.Hanandjoeddin Airport, Panda try on wifi tu. Hahahaha haram jadah tol, situ takde line. Nak marah tapi aku tengah gelak sambil taip ni hahaha. Abang taxi airport tu offer2 kami nak ke bandar, last2 kena la setuju sebab wifi tu tak boleh guna hahaha. Kalau tak boleh naik grab. Jarak airport ke bandar l/kurang 30 menit dan sepanjang perjalanan, kami tengok rumah2 semua kemas dan bersih di kawasan laman. Wow sangat dengan kebersihan tu. Panda book guesthouse OYO 1853 D'makmoer di Tanjung Pandan untuk 3h 2m. Nanti kami pindah ke Hotel area nak ke Tanjung Kelayang.
Kami book family room sebab murah sangat wei tapi bilik tu rosak. Kami dapat upgrade ke family suite, bilik luas, 1 katil queen, 1 katil single dan ada balkoni mengadap laut. Laut belah Tg Pandan tak la cantik sangat tapi view tu mantap laa. Kami ambil tempoh bertenang kejap sementara Panda resolved the wifi problem. Guesthouse punya wifi power. Chanel dorang banyak, tapi cerita Hindustan pon alih suara jadi Bahasa Indonesia. Bila dah makin lapar, dah tak boleh pikir waras dah. Mula meroyan nak makan hahaha. Kami sewa skuter dengan harga Rp70,000/hari. Sewa dua hari jadi Rp140,000. Panda jadi rider GoJek dan kami pergi cari makanan kat kedai Mie Atep Belitung.
Lepas makan, kami pergi tengok Danau Kaolin, masa perjalanan tu nampak gerai durian, dah tu dua orang ni jerit kegembiraan nak makan doyan lepas ni. Danau Kaolin tu jauh juga lah tapi Panda terus jalan ke depan lagi nak tengok pemandangan.
Kami stop tepi jalan bila nampak ada orang mendulang kat dalam sungai. Aku ingat dia mendulang emas. So amek gambar dulu sebelum pegi Danau Kaolin.
Danau Kaolin ni lombong terbiar yang dulu dorang melombong bahan mineral. Sekarang dah tutup, cuma ambil pasir je. Tak boleh pergi dekat2 pun sebab ada pagar. Tapi pagar tak mampu halang kami.
Jadi bengong tu mudah.
On the way balik kami singgah makan doyan kat gerai kami lalu tadi. Abang tu boleh cakap "Kuat betul jerit tadi ye". Lupa motor tak kalis bunyi, menjerit sebab excited nanti balik nak singgah makan doyan. Kami makan durian Belitung, ambil yang selonggok 4 biji Rp50,000. Puas hati makan walaupun durian Belitung ni bukan jenis isi tebal.
Lepas makan kami singgah Pantai Tanjung Pendam, orang2 kat gerai doyan suggest kami pergi sini. Nak masuk kawasan pantai kena bayar tiker Rp3,000/pax. Ramai orang melepak dan bawa famili kat tepi pantai. Cantik juga nak amek gambar. Kami beli jajan dah tu balik makan kat kafe guesthouse. Malam kami lepak bilik je.
Sunset view from guesthouse.
14 Januari 2020
Fuhh tido sedap, rehat sedap, terus siap2 nak pergi Tanjung Kelayang sebab nak snorkel. OOTD dulu sebelum pegi dah tu naik motor l/kurang 30km ke sana. Lapar nak oiii. kita kan da biasa time zone Malaysia. Kami keluar jam 8 pagi tapi time dorang baru 7 pagi hahaha.
Sampai dah kat Tg Kelayang tu baru jumpa kedai makanan Minang. Sedap kami makan sebab dia baru masak panas panas.
Sampai Tg Kelayang tu kami pilih la boat handler yang boleh bawa kami. Memang belum mula meniaga sebab masih awal. Yang kami ni memang nak pergi awal sebab takut terik matahari. Dah deal dengan sorang makcik ni Rp500,000 untuk sebuah bot. Akan pergi ke ke 5 pulau kalau aku tak silap. Baru je gerak ke spot pertama Pulau Batu Garuda, tiba tiba bot berenti tengah laut tu. Tup tup tekong hilang terjun dalam laut. Hahaha dengan laut berombak tinggi. Bergelora. Tersadai di tengah lautan.

Panda da mula amek minyak angin dah. Aku masa tu maintain lagi sebab dalam kepala pikir, masih dekat lagi dengan pantai kalau nak karam ni hahaha. Selepas 45 menit, tekong berjaya melepaskan tali yang tersimpul kat kipas bot. Jalan sekejap dah tu berenti lagi hahahaha. Aku dah bosan terus baring nak tido. Panda dah meroyan dah buat video nak tunjuk betapa tingginya ombak masa tu. Lepas tu aku pun mula rasa mabuk. Total kami tersadai tengah laut l/kurang 2 jam. Mood sudah rosak, dah tu kami decide nak batalkan je trip ni. Lagipun kalau nak snorkeling, antara tempat terbaik kat dunia ada di Malaysia.
Kat darat kami bincang balik dengan makcik tu untuk harga. Ikut aku memang nak bayar Rp50,000 atau tak bayar langsung. Bazir masa i aje dua jam tu tau. So lepas perbincangan dijalankan, kami setuju nak bayar Rp200,000 kat tekong. Dah tu kami gerak balik ke pekan. Tiba2 dalam perjalanan terpikir, takkan nak sia siakan hari kan? So kami google dan cari lokasi baru nak lepak. Waze bawa kami ke Tanjung Tinggi, salah satu tempat penggambaran Laskar Pelangi.
Batu belakang tu memang ada dalam filem. Tapi belah sini banyak rumpai laut.
Pantai ni memang cantik, tak tipu. Mandi celup celup badan jap dah tu makan kat kedai tepi pantai.
Tukar outer layer.
Otw balik singgah kedai doyan. Gerai ni betul2 murah. Sebiji doyan Rp10,000, seikat manggis Rp5,000 dan sebiji cempedak Rp5,000. Semua sedap. Kami siap tapau manggis dan cempedak.
Balik guesthouse, rehat jap dah tu keluar minum petang kat Waroeng Kopi Ake. Must try kopi Kong Djie ni. Panda je la minum kopi, I minum teh susu. Lepas tu kami pusing2 area bandar target nak pergi mana esok.
Lepas tu kami main berenti je kat Kedai Gangan Wani sebab dah lapar balik. Kak Wani tu tanya nak Gangan pedas ke biasa. Eh eh terus cakap nak pedas. Gangan ikan ni macam masak pindang kuning tu, letak nenas sikit, guna ikan merah. Sedap betul, one set Rp60,000 siap ada nasi, ulam2 dan air. Kami order satu set je dah tu tambah nasi.
Lepas makan kami karok kat Ayu Ting Ting karaoke. Nampak sangat kan takde kerja? Jangan risau, lagu Malaysia banyak jer.
Lepas karok pergi cari makanan lagi, mula singgah kat kafe hipster. Ramai datang makan, lepak situ. Tapi kannn.. aku nak makan ayam panggang, Paksa Panda bawa aku pergi kedai kedai Ayam Lunak Panglima. Sebab lalu lalang bau ayam dia menusuk hidung. Tapi tak salah pilihan kami ni. Aku order Ayam Bakar, Panda order Iga Bakar (daging lembu). Perghh sedap yamat dengan lembutnya daging daging masuk ke dalam mulut, dengan pedasnya hohoho.
15 Januari 2020
Kami keluar awal cari sarapan kat Kedai Mak Jannah (sebenarnya sebelah Waroeng Kopi Ake tu je). Makan Soto Belitung, Mie Goreng Belitung dan kepiting goreng (ketam). Overall memang sedap.
Then kami pergi Museum dan Kebun Binatang. Sebenarnya kami ingat kami pergi muzium tapi sebenarnya kat belakang muzium ada mini zoo. Mini tak mini pun ada buaya, monyet, burung, ikan dll. Rupanya ada sekor tu memang buaya yang digunakan dalam filem Laskar Pelangi.
Staf angkat buaya tu pergi set penggambaran setiap hari. Tapi kesian, binatang macam tak terurus sangat dan sangkar tak berapa sesuai. Kat sini ada jual batu satam. Rupanya jaman dulukala ada metorit jatuh kat Belitung dan hasil hentaman tu muncul batu jenis baru yang dipanggil batu Satam. Yang kami nampak orang mendulang dalam sungai hari pertama tu sebenarnya tengah mendulang batu Satam.
Batu ni ada cas magnetik, bila letak kat tangan boleh rasa daya tolakan dia. Cuma Panda je tak rasa maybe sebab dia banyak dosa. Kalau letak kat hujung kuku nanti batu Satam ni akan bergerak sendiri.
Lepas lawatan tu kami menuju ke Rumah Adat Belitung. Nak jadikan cerita masa tu dah 9 pagi. Kami nak pulangkan motor tu jam 10 pagi dah tu nak ambil kereta sewa pula. Boleh pulak tayar motor tu bocor haaa. Haru betul, nasib baik motor tu berenti betul2 depan kedai tayar. Tampal la dulu tiub motor Rp45,000. Sambil tunggu kami makan eskem.
Dah siap kami terus pergi Rumah Adat. sebenarnya adat dan pakaian orang Belitung ni hampir sama dengan Orang Melayu. Dia dibawah Kerajaan Riau - Lingga dulu. Cara percakapan Orang Belitung pun hampir sama dengan Bahasa Melayu, tak sama sangat dengan Bahasa Indonesia. Kami check out dan ambil kereta Toyota Agya dengan bayaran Rp500,000 untuk 2 hari termasuk cas ke airport. Aku drive terus ke Swiss Belresort di Tg Bingka.
Nasib baik dapat check in awal. Kami siap2 tukar baju then keluar patah balik ke Tg Pandan sebab sana je ada pam minyak. Nak beli minyak kat kedai yang jual botol2 tu mahal.
Kami singgah makan kat Timpo Duluk (makan lebih penting dari minyak kereta) dan masih makan gangan jugak sebab nak tau perbezaan rasa. Kat sini kira sedap juga tapi tak se'wow Kak Wani lah.
Makanan dalam dulang.
Interior yang terlalu wow. Lepas makan kami dah nak menghala ke Belitung Timur nak melawat wisata di sana. Isi minyak dulu dah tu Panda tersedar spek dia tertinggal kat Timpo Duluk. Heii tak drama tak boleh ke? Patah balik amek spek dulu laa sebab spek dia mahal. Kami teruskan perjalanan sejauh l/kurang 100 km ke Belitung Timur. Panda tido most of the way, kesian dia penat jadi rider dua hari ni. Jalan kat Belitung ni cantik wei, macam tak pecaya jalan dia elok, takde lubang. Amaze sangat tau dengan kemudahan jalanraya dorang.
Sampai je kat Replika SD Muhammadiyah atau Sekolah Laskar Pelangi ni, hujan lah pulak. Tiket masuk Rp5,000/pax dan dia bagi payung.
Payung dah jadi props.
Gigih la kami ambil gambar dalam hujan tu. Kami dua orang je pun pelawat yang ada. Lepas tu kami pergi ke Muzium Kata Andrea Hirata, penulis Laskar Pelangi.
Muzium tu memang cantik dan warna warni. Nak masuk tak payah bayar tiket tapi setiap orang wajib beli senaskah buku Laskar Pelangi yang berharga Rp50,000.
Hujan lebat sangat masa tu, sampai kami duduk dulu minum kopi (Panda je minum). Masa tu ada sekumpulan lelaki juga, tapi malas lah nak beramah mesra ni.
Kami search lagi wisata yang lain di Belitung Timur dan kami menuju ke Pantai Nyiur Melambai. What do you know, takde sebatang pokok nyiur pon kat situ. Sebab rasa tertipu, kami takmo berenti hahaha. Next destination kami pergi Pantai Serdang, sini ada bot nelayan tradisional. Bila aku nampak pantai, dah tu aku nampak bot, aku terus berenti walaupun dah jalan pasir je dan kawasan nelayan.
Kepala garuda.
Pantai ni memang cantik sangat, dah tu bot memang awesome. Kaler striking sangat memang lawa bergambar. Panda tanya sorang kakak ni mana nak makan seafood, rupanya jalan depan sikit je dah ada pantai untuk tourist spot hahaha. Tu lah excited sangat tadi kan.
Kami singgah kat Kedai Sinar Laut, order gangan gak hahaha dan kangkung belacan, cumi goreng tepung (sotong). Kat depan kedai ada abang jual martabak. Martabak Indonesia ialah apam balik di Malaysia ye.
Kami beli martabak cheese, coklat, kacang, ketan itam (pulut hitam). Sekeping Rp2,000. Lepas makan kami pergi ambil gambar jap kat pantai.
Beting pasir.
Jumpa balik mamat2 dari Muzium Kata. Dia ajak bergambar, kita tak tolak. Rupanya dia cikgu dari Pulau Bangka Belitung.
Balik pula lain cabarannya. Aku soh Panda drive dia kata dia tak larat. Aku plak tak bawa spek. Malam ni wei macam mana ni? Siap pakej hujan lagi. So balik ni Panda tak tidur la, sebab dia pun kena alert kat jalan. Aku dah macam manusia buta bawa keta. Bila lalu kat celah hutan, dengan jalan kecik sepanjang 19 km, memang seram la oiii. Mulut dua2 orang ni terkunci. Takut nak tegur apa2 hehehe. Bila dah masuk jalan besar, dah ok sikit dah. Tapi aku pelik kenapa ada satu bahagian tu semua rumah takde lampu, dah tu orang berdiri2 tepi jalan. So aku assume blackout lah!
Bila dah sampai bandar, fuhhh lega yamat. Kami singgah isi minyak sikit lagi dah tu beli makana kat kedai runcit. Nak teruskan 19km lagi nak balik hotel. One more things, lecturer aku boleh msg aku maklum dia ada bagi tugasan extra dan kena hantar hari Jumaat. Ya Rabbi cuti semester ni. Cabaran tol. So aku dah bagitau kawan2 yang lain, nanti je lah aku buat. Mana nak cari komputer nak taip?
16 Januari 2020
Aku bangun awal, tiber dah bad mood. Terus pergi reception nak cari Business Center sebab biasa kan hotel sediakan komputer. Nah ko, hotel ni hotel baru, apa pon tak dak. So dorg dengan baik hati bagi aku pinjam sebuah pc kat reception. Buat la sikit assignment. Dah tu Lobi tu dinding kaca, panas, berpeluh2 aku, dah tu mula loya. Siap aku pergi luar nak muntah. Aku dah pelik ni, pe haram jadah buat hal pagi ni. Naik bilik, check2 rupanya period hahaha. Dah tu aku terus tido jap. Bangun je kami terus siap2 nak keluar. Panda la kena drive sebab aku dah PMS teruk hehehe. Ye aku makan ubat tahan period Sonulut tu untuk lepaskan aku pergi snorkeling je. Lepas snorkel tak jadi aku stop makan. Bijak tak bawa ke mana Maya.
Pagi ni kami terus bawa baju hantar ke dobi di Tg Pandan. Kalau anta 24 jam Rp10,000/kg, ekspress 3 jam Rp30,000/kg dan 5 jam Rp20,000/kg. Sebab kami nak jalan jauh, kami amek yang 5 jam. Target hari ni nak ke Infinity Pool di Gunung Kubing. Otw kami singgah warung Mie Ayam & Bakso Ijo, Wong Magelang. Makan Bakso Pangsit. Sedap yamat.
Perjalanan ke Gunung Kubing ni l/kurang 70 km juga dan saujana mata memandang. Kami sesat a few times sebab wifi dah tak detect kat tengah2 pulau.
Sesat yang pertama tak jumpa simpang. Tapi bila dah jumpa simpang yang betul nampak ada sawah yang sangat cantik. Singgah jap. Belakang tu la Gunung Kubing nya.
Sesat yang kedua terus tersadai kat tengah ladang kelapa sawit dan takde jalan nak maju dah.
Sesat yang ketiga kami dah menuju jalan yang betul. Ada pulak pembinaan pintu gerbang. Bukaan jalan sempit, tapi kami gigih gak nak teruskan. Lepas tu masuk hutan pula. Ada persimpanga tulis Jalan Nek Santen (ko tak takut ke baca nama jalan gitu?) dan Air Terjun Gunung Kubing. Masa tu dah yakin sangat lah akan sampai. Sekali, dalam hujan gerimis tu kami sampai ke jalan yang dah runtuh, dah tu jambatan pun runtuh. Nak tak nak kami kena patah balik. Ada sebab kenapa Allah tak bagi teruskan. Just imagine 2 orang perempuan dengan takde kelengkapan mendaki, sibuk nak panjat gunung sebab nak pergi mandi air terjun. Tak logik kan? Kalau sesat gimana?
Durian selonggok Rp50,000.
Kami pun patah balik ke Tg Pandan dan singgah sebentar nak makan doyan. Orang kat gerai tu tanyalah kami nak pergi mana. Kami cakap la tadi nak pergi Gunung Kubing dah tu dorang cakap tempat tu berhantu. Hahaha nasib baik tak pergi oiii.
Otw balik kami ambil baju kat dobi dan beli ole-ole. Panda bagi sorang Rp100,000 untuk belanja. Aku memang takde niat nak beli apa2 sangat. Beli Gula Abung Belitung je.
Dah tu pergi cuci kereta. Budi bahasa kena jaga. Kita travel ni kita bawa nama negara kita. Jangan sampai orang lebel orang Malaysia pengotor dan pemalas.
Sampai hotel baring2 jap dah tu kami turun kat bawah tengok sunset.
Panda nak mandi pool dan aku bawa buku cerita. Sekejap je sebab hujan dan dah nak gelap. Panda dah demam dah petang tu, Masa nak naik lif, ada pasangan lelaki keluar dah tu Panda cakap tu Gay tu.
Malam tu kami makan kat restoran hotel je. Sebab ada kupon voucher 15% hehehe. Kami pun dah macam Lesbian pulak makan lomantik lomantik kat hotel. Cisssss.
17 Januari 2020
Pagi kami kemas beg dan check out. Cari makanan kat jalan hala ke airport. Singgah sarap kat kedai Nasi Uduk, tapi Nasi Uduknya dah habis. Makan je lah apa yang ada. Terus ke airport dan pulangkan kereta.
Flight kami jam 1 petang. Lepak je kat dalam boarding sambil baca buku dan Panda tidur sambil berdengkur-dengkur, Malu aku hehehe tapi dia demam.
Sampai KLIA2 jam 2.45 petang, terus pulangkan wifi dah tu naik KLIA Transit ke Putrajaya Sentral. Parking RM28 je untuk 5 hari, kereta pun selamat. Nak free pun boleh, park la kat tempat tak berbumbung kat luar tu. Aku terus drive ke Jalan Duta, nak ambil laptop kat akak aku. Bagi dia ole ole dah tu kami singgah Tomyam Nik Sada. Dah sampai rumah memang tak keluar dah laa. Malam tu juga gigih buat assignment dan jadi orang kedua dan orang terakhir yang hantar. Asalkan buat la kan.
18 Januari 2020
Aku bangun tidur terus kemas beg dan balik Melaka sebab 20hb aku dah mula buat temubual kat dalam Penjara Sungai Udang. Aku tak prepare apa apa lagi haa.
Total perbelanjaan untuk berdua : RM1998.80
Tiket kapal terbang pergi balik: RM340
Beli luggage dan makan dalam kapal terbang : RM86.50
Sewa Wifi : RM91 (deposit RM200)
Hotel Swiss Belresort : RM325.80
OYO 1853 D'makmoer guesthouse : RM71.50
Tukar duit : RM1000 (untuk makan, tranport, perbelanjaan di Belitung)
Parking kereta : RM28
MyCar (Putrajaya Sentral - KLIA2) : RM40
KLIA Transit (KLIA2 - Putrajaya Sentral) : RM16 (guna ewallet less 15%)
Tol dan minyak pergi balik airport toksah kira la
Selesai lah perjalanan kami. Lima hari RM1000/pax kira ok lah sebab kami takde stress nak ikut jadual nak kemana-mana. Just follow keadaan semasa. Memang banyak drama tapi nak buat macam mana. Nak jadi tourist boleh, nak jadi traveller boleh. Kita yang tentukan. Jangan ikut sangat itinerary orang sebab kita suaikan dengan masa kita. Tak kesah lah orang tu dapat melawat 20 tempat dalam masa 5 hari dengan kos cuma RM500 ke. Yang penting seronok, jangan push diri nak follow orang. kita cari pengalaman ikut cara kita bukan ikut orang.
Kalau salah kita betulkan, Maju terus!!