Wednesday, 20 September 2017

Jakarta : 03-09/09/2017

Amboi sebulan sekali pergi Indonesia ye hehhehe. Tapi kali ni pergi atas dasar tugas. Bulan Ogos masa tengah kursus Aftercare Best Practises  & First Aid Training for child exploitation victim from Internet Child Exploitation Unit (ICE) kat Damansara aku terima WhatsApp dari pegawai aku minta butiran diri untuk hadir seminar di Jakarta. Wahhh melompat2 akak haaa.

Drama sebelum ke airport sangat la hebat
1. Aku pegi ronda negeri Melaka mulai jam 8.00 malam 02/09/17 sampai 1.30 pagi 03/09/17. Izinkan aku ingatkan bahawa itu ialah hari raya kedua Aidiladha
2. Aku hilang kad kuasa yang memaksa aku ulang alik Bukit dua hari berturut2 dan aku tido kat hentian sebelah di Linggi selama 1 jam sebab kepenatan. Malam plak tu tidonya, nasib baik malam raya ramai la teman kat hway.
3. Takde pemandu nak anta aku g airport pagi 3hb tu. Flight jam 10.15 so kena gerak dari melaka jam 6.30 paling busuk pon sebab international flight. Dari malam bertolak2 takde pemandu.
4. Sampai airport aku tengok Pn Tan and Pn Hajar bawa 1 beg kecik. Haaa trs sentap akak. Terus akak selongkar beg jd 3 je.  1 beg besar, 1 beg kecik, 1 sandang dan 1 beg tangan.  Beg tangan sumbat dalam beg tarik la jawabnya.

Teddy with my 2 bags. KUL - CGK. Untung budak ni asek ikut aku jalan merata. 

OOTD today

Ngecek2 keselamatan

Menanti kapal.  Baca buku dulu. Tapi zaman ni payah benar nak habiskan satu novel.

Flight kami jam 1015 hrs dan sampai Jakarta jam 1200 hrs. Hotel dah sediakan transport untuk ke Hotel Sireh Jakarta. Sampai hotel kami tido dulu then l/kurang jam 3 kami keluar meronda. Mula2 gagah nak jalan kaki last2 naik bajai (kereta roda tiga macam tuk tuk tu). Misi mencari simkad bermula sebab dok sana seminggu takkan nak roaming je. Kaya banget ko. Ok aku da lupa kami pegi mana tapi kami dapat la beli simkad simPATI dengan harga 175 ribu rupiah yang ada 10gig internet data.

Bergaya dulu sementara nak tunggu transport ke hotel

Gambar ni amek kat bilik aku je. Baru je amek haaa masa nak tulis blog. Ini ialah no kawasan Sulawesi ye. 

Lepas tu lepak makan bakso tepi jalan. Aku upload kat fb wahhh mcm2 org komen sbb risau pasal kebersihan dan jenis haiwan yang digunakan untuk buat meatball nya hihihi. Kena minum juga dengan teh sosro. Lepas tu kami jalan balik ke hotel dan singgah IndoMart beli kudap2 nak melantak dalam bilik.

Ye kami kelaparan.  Last makan dalam flight tadi. 

Bakso dan teh sosro dingin

Perjalanan pulang ke hotel. Pn Tan suka ambil gambar. Aku dan Pn Hajar suka bergambar. Sesuai sangattttt. 


04/09/17

Pagi jam 0800 - 1700 memang ada kelas so takmo cerita pasal kelas lah. Aku hadir kursus select law enforcement training to combat computer facilitated crimes against children anjuran FBI. Kursus dihadiri wakil2 dari Malaysia, Indonesia, Cambodia, Philippine and Thailand. Yeah the 1st few days memang awkward lah. Petang lepas habis kelas aku, Pn Tan and Pn Hajar pegi naik bajai pegi Tamrin Plaza. Kat sana ada banyak kedai jual baju2 dan kami makan malam kat sana. Sedap woooo mi goreng kat kedai dapur bonda. Lepas tu aku meroyan nak g tengok Tugu Monas atau nama panjangnya Tugu Monumen Nasional. Pemandu bajai tu gigih la bawa kami pusing2 konon nak g pemandangan yang paling dekat dengan Monas.  Tapi masa kami sampai dah tutup ye. So minta izin pak polisi bagi kami masuk dalam kawasan pagar sebab nak ambil gambar je.

Maya with Tugu Monas. Aku suka dengar lagu Indonesia lama. Ada satu lagu tajuk Berdiri Bulu Romaku nyanyian Duo Maya. Ada lirik pasal cintanya seteguh tugu Monas. Sebab tu aku nak pegi juga tengok tugu ni.  Mana tau cinta aku pon teguh juga lepas ni hahahhaha

Permisi Pak

Balik hotel aku terus pegi sauna plak. Nak g gym tapi lupa bawa kasut. Boleh la keluar peluh juga dok sauna tu.

05/09/17

Lepas kelas terus penganjur bawa kami pergi makan kat the other side of Jakarta. Umang aihhh dia punya kesesakan lalulintas memang luar biasa. Sejam lebih nak pegi lokasi aje. Kami makan kat kedai dim sum then lepas makan ada la sesi karok.  As an asean, we do loves karaoke rite? So i sumbangkan lah sebuah lagu sebagai wakil kepada peserta wanita sebab kami ada 5 orang je.

Tempat kami makan ada dalam bangunan ni. Dai Tin Fung Restaurant 

06/09/17

Petang dah janji dengan Pn Tan nak jalan2 Jakarta. Tapi masa nak ambil wuduk aku perasan kaki aku bengkak. Memang da berapa hari ni aku ada perasan peha and betis aku bengkak tapi anggap tak de apa2. Rupanya dua2 belah kaki aku bengkak so aku tak jadi la keluar.  Malam tu sejam setengah aku berendam dalam air panas kat bathtub. Lepas tu aku g IndoMart beli Indo Mee hahahha. Lepas makan aku lepak kat lounges dengar orang nyanyi. Da request lagu tiba2 dia ajak nyanyi sama.. Ehhhh budak ni.. Jangan lah ajak. Akak bukan tau malu. Nyanyi juga lah. Tapi xde orang nak bagi tip kat aku hmmmmm...

Menikmati muzik dan ketenangan jiwa disamping kaki yang sakit. 

Pianist and singer. 

07/09/17

Aku rasa arini aku x buat apa2.

Aku pon tak tau ni gambar hari keberapa. 

08/09/17

Pagi ni kelas half day je and penutup kursus.

Bergambar sebelum pegi kelas kat depan hotel. 

Bergambar dengan peserta kursus dan tenaga pengajar. 

Terima sijil penyertaan dari FBI legal attache Indonesia 

Penyerahan memento From RMP kepada FBI legal Attache, Indonesia 

Lepas balik hotel tukar baju terus zasssss pegi Tanah Abang. Kami naik grab car je. Just 15 ribu. Masa untuk menghabiskan duit bermula. Mabuk tengok kain lace kat sana. Abis juga la duit berjuta rupiah. Balik ke hotel kami jalan kaki je sebab baru 8 minit. Tapi kena ingat masa tu panas dan aku plak bawa berbondong2 beg plastik hasil tangkapan tadi.

Peserta kursus aka geng baru

Maya yang da kepenatan dan kehabisan wang

Sampai hotel jam l/kurang 4 lebih,  Pn Hajar and Gid from Philippine ajak berpoya2 kat kolam renang. Aku tak tolak la sebab aku da bawa baju renang. Malam patut aku ada keluar dgn orang yang baru kenal tapi macam sebab tak jadi atas alasan tertentu aku ikut Gid pergi Sarinah. Gid nak beli souvenir untuk diri sendiri.  Masa tu aku da kena serangan sakit kepala yang teruk. Nak muntah semua ada. Balik je terus tido tapi sebelum pejam mata teringat "alamak aku x beli souvenir utk org laki.  Semua brg perempuan". Untuk mengelakkan konflik dalaman... Aku tido je dulu jam 9.00 malam. Lebih kurang jam 1.30 pagi aku terbangun dan kemas beg. Sok nak balik dah. Aku tido balik jam 2.30 pagi dengan harapan bangun da tak sakit kepala.

Sesi melompat seperti dolphins 

Rambut Gid langsung tak basah. Kami bertiga tak pandai berenang pon. 

09/09/17

Jangkaan meleset, aku masih sakit kepala. Nasib bawa actifas, telan sebiji dulu. Soekarno-Hatta International Airport ni ada 4 terminal. Nak balik Malaysia guna terminal 2. Kat airport aku menggunakan kesempatan untuk beli ole2 terakhir sambil menghabiskan semua wang rupiah ku. Sebelum naik flight makan lagi sebiji Actifast. Kami fly jam 1215 hrs dan dijangka tiba 1515 hrs waktu Malaysi.  Ada perbezaan 1 jam ye.

With Thai delegate. Kaunter sebelah menyebelah je

Me with Pn Tan

I dah jadi D7 ke? 

Sampai KLIA aku suka2 je hala g lorong baggage claim yang salah. Dah la sakit kepala, buat orang sesat aje hahhaa. Pemandu aku dah sampai so balik la kita ke Melaka. Dalam kereta makan lagi sebiji Actifast. Haram tak jalan pon telan ubat. Sakit kepala rasa macam nak pecah kepala haaa.

Sampai rumah dah jam 6 lebih. Lepas solat magrib gigih la balik rumah ayah bonda. Dorg nak travel melawat anak cucu plak esok. So aku anta la ole2 untuk diagihkan pada adik beradik aku yang lain.

Pak Haji Yahya macam kepala kantor. Smart la ayah pakai. Saiz pon okey ngam. 

10/09/17

Aku tido sepanjang hari sebab belum recover dari severe headache.

Seronok ke berjalan tempat orang? Seronok sebab kira lawatan yang ditaja. Tapi aku lagi suka melawat tempat yang tak sibuk dan menenangkan fikiran. Masa ni memang baru habis sukan SEA dan ada satu artikel mengatakan Malaysia curang pada sukan SEA. So sebagai membuktikan aku tak mencurangi Malaysia... Aku berbaju kurung songket pada hari terakhir kursus kikiki...

Maya dari Malaysia. 



No comments:

Post a Comment