Tuesday, 11 July 2017

Lutut out of service

Kali ni nak cerita pasal masalah lutut aku yang kembali berulang setelah 5 tahun buat ACL Reconstruction. Mula rasa sakitnya pada 24/06/17 masa nak g pasar li barang keperluan raya. Sarung jeans je rasa ketat kat kaki kanan. Sah bengkak kaki aku ni.

Raya kedua g beraya kat kampung ayah di Banting, Selangor. Masa tu toksah kata la memang da sakit. So berbaju kurung dan berkasut puma la kita beraya ye sbb aku kena jd pemandu pada ibu dan ayah 😉

Need to wear my puma shoes to drive

Seminggu ni sakit nau nau sampai tido pon balut bandage or pakai knee guard. Sesungguhnya dah tak tahan rasa ni. Cuma pikir kat pejabat takde orang. Aku gagah2 juga la uruskan hal kerja.

Yang paling x syok, time solat masa nak sujud dan duduk antara dua sujud. Fuhhhhh layan punya sakit. Sudahnya jatuh juga masa kat rumah hari Selasa 04/07/17 sebab lutut memang da out sangat. Malam tidur letak bantal bawah lutut kanan sebab kaki x boleh lurus dah. Hari Rabu 05/07/17 aku berlenggang kangkung g pejabat pakai sandal je. Orang pun tegur pesal pakai sandal. Senyum2 je dulu hehehe. Lps da uruskan pejabat and pesan apa2 yang patut aku pon g keta. Call dulu insuran sbb nak tau hospital mana yang cover. Last2 aku g Hospital Pantai je jumpa Doktor Zaidi. So kena la proses nak masuk wad memandangkan ni kecederaan berulang adalah prosedur yang pihak insuran nak tau. Aku plak pegi semula ke pejabat dan balik rumah kemas2 beg. Aku bawa Teddy ikut teman kat wad kali ni. Sikit2 bawa Teddy je skang.

Teddy

Jam 4 petang aku pergi semula ke Hospital dan uruskan dokumen. Masuk wad je terus la pasang iv line. Amek darah dan masuk ubat tahan sakit. Aku kena pastikan ubat yang diberi bukan jenis NonSteroidal Anti Inflammatory Drugs (NSAIDs) sebab aku alergi ubat2 jenis tu. Kang tak pasal aku kena alergi reaction haaa. Lagi seksa dari sakit lutut. Aku teruskan aje puasa hari tu sebab da lebih separuh hari. Baru dapat 3 hari puasa sunat.

High risk of fall sebab bagi tramal (which i assume is tramadol) tapi akak gagah je kesana sini

Bilik aku share berempat, umang aihhh jiran2 aku punya ramai pelawat. Ada sorg ni sampai jam 11 malam lom balik lg. Dah la cakap kuat2. Ada ke yg pekak sebenarnya? Sebab malas nak stress2, aku minta misi cabut iv line aku, dah tu aku lepak kat depan kaunter misi sambil charge hp.

Malam dapat tidur dengan lebih tenang walaupun lutut masih tak boleh lurus betul. Esok pagi jam 5.00 jam hp da bunyi kejut sahur. Tapi aku x puasa la arini 😉. Jam 6.30 pagi bangun sekali lagi untuk mandi dan solat subuh. Pagi ni Kak Sue datang sarapan sama2 kat cafe sebab anak dia pon ada di wad tingkat 4.

Kak Sue with Kak Mira yang demam. Cian diaaaa

Lepas balik wad aku g fisioterapi plak. Physioterapist kata lutut ada bengkak dan 5° bengkok sebab tak boleh lurus habis. Buat a few latihan dan geng pejabat plak datang. Syamieza, Kak Jee dan Kak Acha datang bawa kepala meow.

Masa sesi fisioterapi

Kami turun pegi cafe dan tak lama lepas tu Kak Malini plak datang bawa bunga dan belon. Aish saja je dorg ni. Hospital call soh aku balik wad sebab nak buat MRI pulak. So aku ajak dorg anta aku naik wad dan bawa semua adiah2 ni g wad. Saja nak tunjuk kat jiran aku pon ada orang lawat kahkahkah buruk perangai.

Turun g kafe jumpa rombongan Narkotik datang melawat anak Kak Sue Narko

Kak Malini datang hantar bunga

With all my gift sebelum MRI

Proses MRI nya boleh tahan lama sampai aku tetido2. Adik tu siap ckp "kak jangan gerak2 kak". Masa tu aku ntah aku mimpi g jalan2 mana ntah hahahhaha. Lepas siap MRI balik semula ke wad dan rehat for lunch. Lepas lunch pegi 2nd session fisio. Petang tu Kak Kaur dan suami datang melawat. Tak sempat pula ambil gambar tapi tq for the fruits ya Kak.

Balik dari fisio, Dr Zaidi jumpa aku dan jelaskan yang ada fluid da berkurangan dalam lutut kanan dan perlu di gantikan. Dia cadang 2 cara pertama inject gel dan kedua buat PRP. Afnna datang bawa kek. Dia memang saja jeee...

Thanks Afnna datang melawat dan menceriakan aku sebelum aku kena inject kikikiki

Kek coklat yang super manisssss

Mari kita belajar sedikit tentang PRP.

The use of platelet rich plasma (PRP), a portion of the patient's own blood having a platelet concentration above baseline, to promote healing of injured tendons, ligaments, muscles, and joints, can be applied to various musculoskeletal problems.


Prosesnya ialah ambil 30ml darah untuk proses PRP. Mula2 misi ambil kat lengan kiri sebab iv line kat pergelangan tangan kanan dah bengkak. Cuma dapat 25ml je dari lengan makanya cucuk pula 5ml kat belakang tapak tangan kiri. Wah wah lobang sana sini aku. Alang2 misi terus buat iv line kat tangan kiri. Wakil medical company tu ambil 30 ml darah dan buat pengemparan selama 15 minit untuk mengasingkan plasma, platelet dan hemoglobin. Doktor Zaidi asingkan plasma dan ada baki sedikit plasma tadi dicampurkan semula dengan platelet. Doc Zaidi suruh aku lipat kaki aku then inject lutut aku. OMG super la ngilu weiii then inject pula campuran darah tadi dalam lutut aku. The process is so messy.. darah meleleh2 kat kaki aku hahhahaha. Masa ni misi dan intern misi punya ramai keliling aku sebab proses ni jarang orang buat. Doc tanya nak balik petang ni ke esok. Semestinya lah aku nak balik petang ni. Tak gamak la dok wad lama2.


Hero dan heroin aku datang lawat da petang2 ni

Bodyguard from India

Sebabkan aku dah dapat discharge petang tu, Pn Mimi dan Pn Suhaila stay sampai proses selesai dan tolong bawakan barang2 aku. G ambil kunci rumah dalam kereta yang kat parking bertingkat tu. Sampai umah aku cuma dapat hidang kuih tat dan kuih tat je kat dorg sebab memang aku takde makanan lain. 

Terima kasih semua yang hadir lawat aku dan mendoakan kesihatan aku sepanjang masa. Doc bagi cuti sakit 2 minggu sampai 21hb Julai 2017. Sekarang memang pindah balik rumah parent di Desa Baru dan dalam proses pemulihan. Aku boleh bawa kereta tapi paling laju pon 60km/jam sahaja sebab nak brek lagi payah dari tekan minyak. Semoga rehat yang panjang ini dapat memberikan kesembuhan dan kekuatan semula padaku. 



No comments:

Post a Comment