Wednesday, 15 February 2017

Imbak Canyon Conservation Area : 06-08/02/2017

Pertengahan Januari 2017 aku da mula rasa gatal2 tak senang duduk. Maklumlah da 3 bulan x travel. Mula la pikiran tu hilang fokus merata2. So research bermula untuk destinasi percutian terkini. Asek pegi laut je apa kata kali ni kita ke hutan. So aku mula menggoogle tempat2 percutian menarik kat tanah semenanjung. Nampak gaya white water rafting kat Gopeng, Perak memanggil2 nama i. Tengok2 penginapan n pakej pon semua hebat belaka. Untuk back up plan aku pon ada tengok pulau2 di laut China Selatan tapi awal Februari biasanya monsun timur laut lom abis. Laut bergelora (which is a No No for me) and air keruh. Takpe kita fokus pada hutan di Perak. And setelah gigih dok berwhatsapp n emel bagai... semua tempat menolak solo traveller. Kamon lah. Aku nak cari kawan kat mana???? Call Panda Bear, dia tak boleh join plak atas masalah tertentu. So.. please move your focus to the East Malaysia, Maya.

On 15.01.2017 aku contact my fb fren En Pius tanya pasal Imbak Canyon Conservation Area. Korg mesti tak penah dengar kan??? Meh nak cite sket. Imbak Canyon ni ialah salah satu Hutan Simpan Kelas 1 (Perlindungan) yang diwartakan oleh kerajaan Sabah. Imbak Canyon mempunyai kedalaman 750 meter dan lebar 3km (maklumat dari pamplet ICCA). Ada 2 lagi hutan simpan yang sangat femes di mata masyarakat iaitu Lembah Danum dan Maliau Basin. Kalau kenal aku, memang aku takkan travel g tempat yg orang pegi dan kalau aku pergi secara berjemaah tu memang kira sangat rare lah. Sebenarnya ketiga2 hutan ni berdekatan dan semuanya adalah lembah. Lembah Danum ialah lembah. Maliau Basin juga ialah besen atau lembah. Imbak Canyon dalam bahasa Malaysia ialah Lembah Imbak. Bijak kan just for diversity of names.

Aku berhubung dengan Miss Francisca di 012-8264256 (hp) or 087745102 (pej) or emel (malas nak taip) dan tanya pasal Imbak. Imbak Canyon Studies Center ada penginapan yang cantik ok bukan dok dlm khemah. So aku dpt quotation untuk penginapan, makan dan minum. Memang tak mahal kalau nak menginap kat sana uols. Just pilih korg nak tempat tinggal yg macam mana. Nak ribu2 pon boley.

Lepas setel penginapan ialah cabaran kedua. Mencari transportation untuk ke Imbak. Imbak is located at the Heart of Sabah which is 300 kilometre from Kota Kinabalu at Tongod, Telupid. Masa tu aku rasa mcm nak give up pon ada sebab jauh nau nau. Tapi jangan mengalah sebelum berusaha kan? Imbak ni cuma bole sampai naik 4x4 je ok.

Aku bole pilih nak turun KK or Sandakan. Aku tengok dari KK perjalanan 5 jam. Dari Sandakan 4 jam. Tapi kalau turun KK aku boleh merepek2 kat KK tu. So aku menggunakan perkhidmatan kakak ku Ana untuk belikan tiket flight (I takde credit card). Ana belikan tiket Malindo Air guna traveloka. Tiket pegi balik just RM221 je. Sebab aku adik dia, dia soh bayar RM200 je. Lagi untung hahahahhahahaha

Aku contact a few travel agent and ada yang tak tau kewujudan Imbak ni. So aku cari lagi sampai aku jumpa si Mienol kat mudah.my (014-9583921) yang menyediakan perkhidmatan ke merata2 Sabah. Harga boley bincang ye. Tapi as i am travelling solo, i have to cover all the cost by my self lah. Untuk makluman juga, hala ke Imbak ni ada kena lalu sebuah jambatan besi yang di bina oleh sebuah syarikat balak Maxland. Kena bayar toll gate sebanyak RM106 untuk lalu jambatan ni *^@&#/&#&##^ (Siap GST tuuu)

05/02/2017
Ibu anta aku g Melaka Sentral nak naik bas g KLIA. As usual aku terpengaruh dengan adik kaunter tiket. G beli tiket ke KLIA jam 9.30 pagi sedangkan flight aku 2.45 petang. Aku sampai KLIA jam 11.20 da tu tak tau nak buat apa. Nasib baik kat bawah KLIA tu ada kedai mamak. Makan tengahari terus lah sambil killing time. Tak lama lepas aku makan datang sekumpulan jejaka dok sebelah aku. Semua dok cakap Sabah. So sebagai traveller kena la amek tau pasal lokasi nak dituju. Aku pon tegur and borak2 dgn brader2 tu. Aku cakap aku nak g Tongod terus dorg tanya pesal ko nak pegi sana? Aku ckp travel je saja suka2 cuti. So mcm2 la pesanan dorg kat aku, jangan jalan kat denai yang ditanda, jangan tenung org, jangan and jangan. It was fun talking to them actually 😃. Tq atas nasihat bro

Naik bas kat Melaka Sentral

Burung besi

Flight aku delay jap pasal hujan kot. Aku sampai KK jam 5 petang and terus g promenade hotel. Aku janji dgn Mienol jam 7.00 pagi gerak. Malam aku g mkn2 n tengok wayang citer xXx (tak realistik langsung citer ni) kat Imago.

06/02/2017
Op kos aku lewat siap jam 7.20 baru gerak dari hotel. Pagi ni hujan gerimis mengiringi kepergianku. Aku mulanya memang da risau sakit badan naik 4x4 ni. Maklumlah badan tak berapa nak sihat. Tapi sebabkan kereta Mienol ni selesa sangat! Aku berjaya tidur, bangun, makan, tidur, bangun, makan. Proses ni aku ulang sampai Ranau. Sebenarnya aku memang tak bole jalan bengkang bengkok ni kang pening dan muntah. Sebab nak naik Ranau kena lalu jalan gitu... aku pon tido la.

Kami singgah IPD Ranau nak bagi ole2 kat kawan jap dan isi minyak (dimaklumkan Ranau ialah stesyen minyak terakhir yang kami jumpa).

Akak Pulis

So lepas tu aku sambung balik xtvt tido, bangun, makan sampai la Mienol berenti amek air tepi jalan depan Pejabat Hutan Hutan Simpan Bukit Taviu. Aku pon g basuh2 muka, tangan n minum air.

My ride

Air sejuk dari bukit

Kami benti kat pekan Telupid nak lunch. Kat kedai mkn ni ada patin masak kari. Hahhahaa kena  try la kan. Alaaa gambar ikan da delete. Cuba bayangkan je okey. Kami teruskan perjalanan ke Tongod pula. Untuk makluman jalan yang kami lalu cantik aje bertar.

Sekali lagi aku tersedar dari tidur kat simpang nak masuk Kg Tongod. Ada signbord ke Imbak Canyon Conservation Area. Kat sini la baru org tau kewujudan Imbak Canyon hihihi.

Bergambar depan signboard Imbak. Ada 55km lagi nak sampai k. Kalau lalu hway apalah sangat 55km tu kan. Tapi road ahead is gravel and dirt only. Untuk lori kelapa sawit dan balak. Kat sini Mienol buang angin tayar so tak bumpy sangat nanti. So selesa la sikit katanya

Jambatan kayu wowowoowow

Ular tedung lintas jalan. Besar giler weii

Gravel road

Dirt road

Mienol kata jalan buruk mcm ni tak dpt tido. Tapi apakan daya. Aku tido juga hahahha. Aku rasa Mienol tu bukan manusia. Dia tak makan, tak ngantuk and tak rehat (sorry bos hahhaha)

Jambatan Imbak yang berhantu. Aku harap sangat ICCA dapat waive kan toll gate sebanyak RM106 untuk setiap kenderaan yang lalu jambatan ni. Ni la salah satu sebab orang tak minat nak g. Kalau guna plus highway da sampai Perlis kot aku. So aku dapat pas untuk gunakan jambatan ni sebulan. Rajin aku g lagi. Tapi valid untuk kenderaan yang sama je la ye hehehe. Dari gate ni ke Imbak jaraknya cuma 19km je. Tapi tempoh masa yang diperlukan untuk 19km ni 50 minit. Jalan mmg asas sangat ye. Asal boleh lalu. Sepanjang jalan ada banyak rama2 warna kuning terbang kat pokok2 bunga tepi jalan. Cantik sangat.

Lepas jumpa rama2 jumpa plak tahi gajah. Wah excited aku. Sebab misi aku nak tengok Pigmy Elephant (i pakai baju Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah ye. Nak bg naik semangat). Bila sampai kat ICCA kami terus g reception. Selepas 7 jam setengah perjalanan, kami disambut dengan senyuman manis Francisca. Lepas tu aku jumpa En Pius and berkenalan jap. Maklum lah kenal kat fb je. So ada a few suggestion untuk xtvt di Imbak. Ada night ride and trekking. Aku ckp bg aku rest dulu nanti aku pikirin.

Ada macam2 jenis penginapan ada kat sini. Boleh pilih ikut bajet dan keselesaan. Ada VVIP house, VIP house, Resthouse or hostel. Aku and mienol dok resthouse. Mienol ingat nak berkhemah sebab last time dia dtg Imbak, kompleks Imbak Canyon Studies Centre ni belum wujud. Sebelum ni orang yang datang Imbak stay di Stesyen Penyelidikan Tampoi. Sana ada asrama yang ada bumbung takde dinding hehhee. Memang sorry lah aku nak datang kalau dok macam tu. Akak takut katak okey.

Resthouse

VVIP House

Dewan makan

Hostel (very weird window design)

Lab

Bilik i di resthouse. Ada semua kemudahan asas aircond, water heater. Cerek dan tv takde k

Pemandangan belakang bilik I

Mari menuju ke pejabat sebab sana je ada wifi dan kami nak tengok kawasan sekitar kompleks ICSC

Jumpa suspension bridge. Ada banyak kat sini. Lepas jalan dunia rasa goyang2

Jam 7.00 malam kami g dinner kat dewan makan. Adik anuar pembantu chef masak macam2 lauk. Terpaksa i makan nasi (kononnya). Masa makan datang sorg ranger nama Irwan dan terangkan a few xtvt yang boleh dibuat. Ok malam ni kita g night ride. Tengok pemandangan malam and binatang yang kita bole jumpa. Please let me jumpa gajah huhuhu

Menu makan malam

Mencari haiwan malam. Ride ambil masa 2 jam. 

Francisca di belakang. Mienol di tepi. Belakang aku student dari UMS. Syukur pakai jaket. Sejuk nak oiiii. Kami gagal jumpa gajah hehehe tapi ada binatang2 lain ada red giant flying squirrel, pelanduk and nama binatang tak ingat tapi dia dok atas pokok. Kami juga diterangkan route yang akan kami lalu untuk trekking esok. Si Irwan tak tau dalam kepala aku and Mienol da pikir cara paling cengkelat takmo jalan jauh hahhahaha.

Syahdu tengok pokok sebesar alam so lets call it a night. Untuk makluman, generator akan off jam 12 malam. Ko akan tidur dalam kegelapan yang dasyat dan kesejukan hutan (macam la ngeri sangat kan?). Ok lepas gen set off memang aku ada terbangun sebab panas sekejap. Tapi aku da prepare torchlight letak sebelah bantal siap so aku pon mudah g tandas. 

07/02/2017
Jam 5.40 pagi aku bangun solat subuh. Dunia masih gelap gelita. Buka pintu jap dok kat koridor amek mood sejuk. Masuk bilik je ada seekor kupu2 besar da terbang masuk dalam bilik. Da satu hal aku nak soh dia keluar. Jam 7.00 pagi aku pon g sungai belakang bilik iaitu Sungai Kangkawat. Hmmmmm jernih sangat air nya. Pagi ni rendam2 kaki dulu la ye sebab pagi air sangat sejuk. 

Konon berseni ambil gambar sandal

Air sungai yang jernih. Kalau nampak kat hujung sana ialah suspension bridge yang aku amek gambar semalam. Lepas celup2 kaki dalam air aku g dewan makan. Sekali lagi adik nuar masak macam2. Aku pon menikmati bfast kat kawasan dewan yang luas tu.

Menu sarapan pagi

Makan kat lantai je pon best sebab nak dok ngadap sungai

Nampak sungai kat belakang tu?

Bilik tv yang belum berfungsi

Pemandangan tempat aku bfast dari bilik tv

Kawasan rehat sekitar dewan makan

Jam 9.00 pagi aku n Mienol naik g pejabat sebab nak g trekking dengan si irwan. Kami da rancang nak backtrail. Biasanya trekking akan bermula dari kem menuju ke Big Belian Tree dan pegi ke Imbak Falls. Sebabkan kami da nampak jalan balik dari Imbak Falls ke pejabat makanya kami dah tau akan ada lah seksaan berjalan di bawah panas mentari.

Yang paling syoknya, ada staff nak g Big Belian Camp nak potong rumput kat sana. So dorg bawa trak. Nah kau, tumpang saja lah. Lagi mudah kerjaan ku.

Menumpang tuah hahaha muka ceria sungguh. Mienol tanya ko tidak bawa beg kah? Dia ingat aku rajin agaknya. Aku jalan bawa hp n botol mineral 500ml je hehhehe

Tanda arah

Dari malam tadi aku da aim nak amek gambar kat pokok besar ni

Kangkawat Suspension Bridge boleh menampung 20 orang berbagai saiz. Kalau gemok semua 15 orang je la kot

Nak gtau belakang i ialah Imbak Falls

30 meter lebar dan 5 meter tinggi. Air terjun semulajadi ye. Tangga tu ciptaan Tuhan bukan manusia

Wide view from Mienol. Pertemuan Sg Kangkawat dan Sg Imbak

Sungai Kangkawat

Air Sungai Imbak memang kaler teh 

Batu hasil hakisan air sungai dahulu kala. Subhanallah memang cantik

Kami berjalan melalui Kangkawat Suspension Bridge dan jumpa kem perkhemahan (kalau nak) dan kemudian jumpa Big Belian Camp. Dari Big Belian Camp kami akan jalan 650 meter ke Big Belian Tree. Meh i tunjukkan jalan meh.

Big Belian Camp


Daun pokok kapur merah tapi bau buah mangga

Just unique

Kumpul madu kelulut

Pegang pokok ara yang berjuntai2. Baru tau ada yang lembut ada yang keras.

Pokok duit2

Antara anak sungai yang kami lalu
Main kocak2 air sungai yang sejuk dan jernih

Pokok Tongkat Ali. Pokok Kacip Fatimah sampai ke sudah Irwan terlepas nak tunjuk

Laluan kami lalu sama je dengan laluan binatang. Rasanya dorg pon sambil jalan tengok pemandangan sungai ni sebab cantik

Aku berpeluh2 sambil tengok pemandangan sungai

Mienol point of view

Pokok ara membelit pokok. Parasit jugalah ya

Taraaaaa Big Belian Tree. Pokok paling besar di sini. 5 orang dewasa baru dapat peluk dia

Tengok ira kulit belian yang beralur2. Ada 2 jenis satu lagi ira lurus. Dari Big Belian Tree ni kami akan jalan 1.6km balik ke kem. Macam2 benda la kami jumpa maybe susunan gambar aku da tunggang terbalik sikit.

Mienol point of view

Maya point of view. Cantik sangat lumut ni. 1st time aku jumpa. Irwan kata dia kumpul banyak air.

Antara jenis lumut yang kami jumpa

Ahaaa aku kat banir pokok yang super besar. Banir nya aja yang besar. Diameter nya memang pokok belian tadi yang menang. Irwan ajar kalau satu hari nanti aku sesat dalam hutan. Cari banir pokok yang paling nipis dan pukul kuat2 pakai kayu. Dia akan jadi amplifier untuk bagi makluman kat mana lokasi kita sebab boleh dengar dari jarak yang jauh. Asalkan SAR team tu bukan orang pekak lah.

Proses pembentulan spora merata2

Cendawan

Aku panggil cendawan plastik sebab liat macam plastik

Pokok balak yang tumbang tak bole diproses untuk digunakan. Hanya boleh dipotong untuk beri laluan dan bahagian yang dipotong di letak di tepi. Sabah Forestry garang okey

Okey i lupa biji pokok apa

Yeahaaa nampak pintu kat belakang tu? Tu la pintu balik ke kem. Amek gambar kenangan dengan ranger Irwan. Tq sebab mesra dan penerangan yang jelas walaupun aku tak ingat semua. Ini ialah salah satu dari suspension bridge yang ada disini.

Kami terus jalan ke pejabat. Perghhh masuk hutan pon tak mencabar macam g pejabat lah. Bukit dia punya tinggi weiiii.. Tadi datang naik keta Mienol so kena lah ambil balik kereta. Kami lepak kat pejabat jap dan aku kumpul serba sedikit maklumat pasal Imbak Canyon. Sebenarnya dorg ni baru 2 bulan pindah kompleks ICSC ni. Sebelum ni menang duduk di Pusat Kajian Tampoi tu. Pihak Petronas ada bekalkan dana untuk memelihara Imbak Canyon.

Pemandangan dari pejabat ke bawah bukit. Perasaan panjat bukit ni memang tidak boleh dilupakan. Lepas tu kami g lunch dan petang aku rehat jap sementara aku nak tunggu jam 4 aku nak mandi sungai.

Tinjauan tapak pemandian

Air yang jernih

Mienol, adik Anuar dan Wiwin mandi sama2

Dinner by adik Anuar

Pemandangan malam dewan makan dari tempat aku duduk bfast pagi tadi

Build tough and comfortable to travel around. So malam ni khas untuk rehat dan tidur saja. Tapi malangnya aku mula tidur jam 10.45. Dan sesi aku terjaga sejam sekali bermula dari 11.45, 12.45, 1.45, 2.45, 3.45, 4.45 last sekali 5.45 untuk solat Subuh. 

08/02/2017
Macam semalam juga aku lepak kat koridor dan macam semalam juga kupu2 tu masuk bilik aku. Aku biarkan dia terbang2 jap. Aku g jalan kat area depan resthouse dan sekitar. Pagi2 memang sunyi takde orang bangun dan keluar lagi. Maklumlah sejuk dan gen set pon belum on. Aku balik bilik, bagi kupu2 tu keluar dan aku sambung tidur kejap. Jam 7 pagi aku g bfast.

Semalam da request anuar masak bagi pedas sikit. Maklumlah orang Melaka.. Tak biasa tak pedas ni heheehe

Adik anuar tukang masak and bagi aku kenyang 3 hari 2 malam di sini. Memang bawa megi tu tapau bawa balik KK je la. Tak lapar pon...

With all that make my dreams and journey come true. Ranger Irwan, En Pius, me, Miss Francisca, Pilot Mienol. Tq for the hospitality and kind heart.

Jambatan Imbak yang perlu dibayar hari tu

Marilah pulang Maya. Ko tak dapat pon jumpa pigmy elephant. Next time maybe?
Mula perjalanan dirt road aku da tido. Kena balik awal ke KK sebab panda bear nak datang malam ni. Aku pon tak tau flight dia jam berapa. Yang aku tau aku kena jemput dia haahhaha.

Gunung Kinabalu yang magnificient. Kami tak stop langsung balik ke KK ni. Aku pon tak lapar so tak kesah lah. Mienol plak mmg bukan manusia. So dia tak lapar, ngantuk or penat. Biarkan dia drive. 

Kami sampai KK jam 3.30 petang. Perjalan balik ambil masa 6 jam lebih je. Petang ni aku rest kat hotel je sementara nak menanti Panda Bear yang gtau flight dia sampai jam 9 malam. 

Tahun 2002 aku pernah ikut Along pergi bercuti kat Taman Negara Mulu. Masa tu aku rasa buang masa nya ke sana. Setakat jalan2 pegi gua tengok taik kelawar tu apalah sangat. Sedangkan air sungai depan mata aku sangat jernih. Aku janji masa tu aku takkan pergi lagi percutian eco tourism. As i'm getting older i learn to love the nature more. I learn to enjoy the scenary and i love it very much. Apa saje yang boleh aku dapat kalau pergi bandar2 or taman tema? Itu semua ciptaan manusia yang memang menghiburkan tapi adakah ia boleh memberikan ketenangan dan keindahan sebagaimana yang Allah telah ciptakan?

I can choose to visit Danum Valley instead of Imbak Canyon or i also can visit Pulau Tioman instead of Pulau Aur. But life is not doing or choosing what most people does but doing what u want to do with your life. Makes your own path and memories. Be free, be brave!

Life is a journey, not a destination


9 comments:

  1. Hebat la kkak boleh solo travel ..kadang solo travel ni bukan apa, masa x ngam dengan kwan bah

    .hheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punca travel solo ni sebab timing tak ngam la tu. Last2 jalan solo je tak tunggu orang dah.

      Delete
  2. Tq atas perkongsian 😊☺️

    ReplyDelete
  3. tq juga sudi baca pengalaman sy

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum.. terbaik kak 👍🏽. jika tidak keberatan, boleh kongsi tak akak jumlah penuh perbelanjaan sepanjang berada di Imbak Canyon ni. terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam dik. Akak lupa the exact price la. Tapi penginapan dan makan minum masa tu dalam RM500 je untuk 3 hari 2 malam. Untuk night ride RM100, untuk tracking RM10/jam. Yang mahal tu transportation dari KK ke Imbak sebab akak charter satu kereta tu untuk akak sorg. RM1200 kalau tak silap. Kalau sharing murah la sikit. Untuk tol gate tu tak pasti lah kalau dah tak kena bayar ke. RM106 ye.

      Tapi ni harga 2017 masa ICCA baru pindah ke tempat baru dan perbelanjaan untuk seorang. Cuba adik emel https://imbakcanyon-borneo.com.my/contact/ untuk dapatkan latest price. Tq ye baca

      Delete
    2. baik kak, saya akan rujuk pada web yang akak maklumkan. teringin betul nak ke sana.. terima kasih banyak kak atas maklumat

      Delete
  5. Mulu 1 of my favourite place. Kena try pegi pinnacles, Mulu. Best!!

    ReplyDelete