Hi, kali ni nak cerita pasal unplanned journey, unplanned destination dan unplanned trip yang aku baru selesaikan. Dari bulan November aku dok memikir nak jalan bercuti ke mana. Setiap hari buka mobile app MAS, AirAsia dan Malindo nak tengok harga tiket. Kejap search ke Langkawi, kejap ke Tawau, kejap ke Kota Kinabalu. Ehhhh setiap hari ok sampai muak aku tengok harga tiket kapal terbang tu.
5/12/17
Aku mula gerak dari rumah aku menuju ke Cheras, amek Panda dulu untuk lunch. Kami makan di Velocity Mall je sebab dekat je dengan IPD Cheras.
Sempat juga beli kologen FirmUp dah tu siap amek gambar depan guardian. Dah takde kerja gamaknya.
Cristmas decoration at Velocity Mall
Kami makan kat Chilli's sebab Panda nak cuba makanannya. Rasanya chef nak kawin. Abis segala makanan kami masin.
Lepas anta Panda balik pejabat, aku pegi Rawang bypass sebab semangat nak tengok jambatan paling tinggi di Malaysia.
Pandangan dari atas jambatan Rawang Bypass. Ngeri hahahhaa
58.2meter dari tanah. Jatuh sure mati kikiki. Signboard ketinggian tu tak nampak kat mana. Rupanya bila aku lalu masa balik malam tu baru aku tau signboard tu ada pada dua2 belah jalan. Tapi perasan tak kat gambar atas ada orang dok kat payung? Dia la cover signboard tu hahaha
Aku drive terus sampai jalan tu habis. Dah tu mula rasa nak makan durian, hala pula ke Batang Kali. Nampak kedai durian tepi jalan, makan lah sebiji tapi x sedap sebab mangkal.
Durian
Aku jalan lagi jumpa sungai, so benti pula kat tepi sungai ambil gambar sebab nampak jernih sungai tu.
Sungai Selangor
Dalam air sungai tu. Hijau airnya. Kang hanyut plak aku. Tapi ada je orang yang mandi bawa famili. Ada kawasan yang arus tak deras dan cetek. Benti la singgah lain kali.
Lepas tu drive lagi nampak pula jambatan gantung kat Dataran Sungai Selangor. Harus la berenti ambil gambar hehehe.
Aku drive plak pegi Bukit Fraser tapi otw tu jumpa plak Empangan Sungai Selangor, Kuala Kubu Baru. Haiiiii benti lagi sekali lah. Pemandangan memang cantik la. Tenang sangat tengok air sebab berkocak kadang2 je sebab ada ikan besar. Signboard dilarang memancing everywhere hahahaa.
(Nice view with superb editing 😅)
Abang di kejauhan
Aku teruskan perjalanan ke Bukit Fraser. Kemain gigih nak drive sedangkan aku ni memang kalah kat jalan bukit2 dan selekoh. Masa tu dah jam 5.30 petang. Mencabar lah jalannya for the first timer. Naik ke Bukit Fraser ni ada dua laluan. Satu khas untuk mendaki dan satu lagi untuk turun. Jalannya sempit sangat. Sampai atas bukit dah nak gelap dah. Sana kecik je kawasan. Ada balai polis, pejabat pos, klinik kesihatan, golf course, kedai makan dan resort. Sekejap je dok atas tapi sempat lah makan nasi dengan tomyam. Jalan memang da gelap malam da. Turun je dari sana, aku cari tempat tido kat area Gombak.
Makan Cornetto depan Balai Bukit Fraser. Berlagak tak sejuk.
View resort kat sana.
07/12/17
Aku bangun tido aku terus tak tau nak pegi mana hahhaha. Tapau dulu kuih dan nasi lauk bajet kat depan hotel. Aku ni tak minat sangat nak singgah makan2 sebab aku jenis high endurance when driving. So... Aku decide nak hala ke utara. Aku masuk hway plus dan bila nampak exit Tg Malim aku pon keluar. Saja lalu jalan lama. Singgah Bidor beli jambu air, jambu batu. Ehhh kemain mahal RM40 kot. Ai is redho dan teruskan perjalanan.
Lalu Kampar sambil gelak2 sebab ada situasi yang kelakar sebelum ni terjadi. Nak cerita kang memalukan orang. So rahsia lah ye. Hala ke Gopeng aku nampak orang jual durian tepi jalan. Wajib lah aku berenti makan durian hahhaha. Aku tanya durian kampung sekilo RM15 so sebab biasanya durian kampung kan isi nipis aku ambil lah dua biji. Sekali, nah ko. Memang tebal oiiiii bercinta nak makan habiskan. 2 biji RM26 makan sampai kenyang
Saja selfie da orang asek tanya sapa ambil gambar kau? Hehehhe
Lepas makan aku teruskan perjalanan ke utara tapi... Sampai Gopeng aku nampak signboard "Homestay Gopeng". Aku pon ikut je laluan tu. Masuk kampung dan ladang kelapa sawit dan juga kebun durian hehehehe. Ada 4 resort yang aku jumpa kat sini. Harga resort ni berbeza sebab ikut keadaan lah kan. Semua resort ni ada sediakan breakfast, lunch dan dinner kecuali Kuala Razila. Sini aku bagi harga untuk penginapan 2 hari 1 malam untuk (harga untuk aku seorang je ye. Kalau berkumpulan lain lah harganya) Adeline resort (harga RM350), Gopeng Rainforest Resort (harga RM198), My Gopeng Resort (harga RM138) dan Kuala Razila Resort (harga bilik sahaja RM130). Ikut la selera dan kemampuan masing2.
Pemandangan My Gopeng Resort. Ada sungai kecil menghala ke Sungai Geruntom.
View bilik2 yang ada di resort. Aku punya yang belah kiri gambar. Bilik aku ada 2 katil queen size, air cond, kipas, bilik air dan water heater. Selesa.
Makan nasi bungkus depan bilik. Kan pagi tadi ada tapau masa check out hotel 😊. Aku memang tak kesah sangat bab makan kalau travel sorg2 ni. Mana pon boleh. Depan bilik ada pokok durian berbuah.
Aku pilih My Gopeng Resort sebab pada aku tempatnya cantik dan selesa. Rupanya aku sorg je tetamu resort tu hari tu. So aku tanyalah apa aktiviti yang aku boleh buat sorg diri kat sana. Ada water rafting, waterfall abseiling, hiking, cave exploring. Aku pilih waterfall abseiling sebab tu je yang dorg boleh bagi aku sebab aku sorg kannnnnnn... Aku pujuk 2 pekerja wanita Indonesia kat sana teman aku petang tu hahaha.

Jam 3.30 petang kami pon gerak naik lori (aku naik kat belakang lori ye. Mcm lembu pon iya sebab OKT kan dapat duduk dalam lori 😂 kami ni berdiri tau). Masuk dalam kebun kelapa sawit, lalu kebun durian dan masuk perkampungan orang asli. 4 jejaka dari Tenom, Sabah ialah guide aku dan dorg suruh aku pakai kasut getah yang resort sediakan. Berlagak tak mau. Nak juga pakai kasut sendiri. Oooo lupa nak bagitau, memandangkan aku memang tak plan nak pegi hutan or sungai, aku takde la bawa seluar or tshirt ke. Nasib baik ada selai tshirt jalan2 dan swimming suit. Boleh la hentam pakai.
Sampai kat air terjun, mamat2 tu pasang kelengkapan dan aku minta 2 kawan baru aku ambil gambar. Kena la panjat dulu bukit baru boleh turun air terjun. Tinggi air terjun lebih kurang 20 meter. Disebabkan aku sorg je, dorg bagi aku turun naik 15 kali kalau nak. Aku cuma buat 3 kali je lah sebab tak larat panjat bukit tu. Lagipun tiap kali turun aku tergelincir. Kaki dan siku kiri berdarah2 sampai adik tu pon buat muka cuak tengok hahaha. Balik resort je aku baring2 atas hammock sambil melayan kesakitan. Makan malam jam 7 aku dah tak tau nak pakai apa. Pakai baju yang aku bawa khas nak melepak di tepi pantai walhal aku kat dalam hutan. Malam2 tido ok je. Tiba2 lah blackout malam tu, lama jugalah tapi takde lah aku heran sangat.
Are you ready Maya? Dalam otak aku dok pikir "Apa lagi benda gila kau buat ni, Maya oiiiii?"
Hanging by a rope and prayed that it'll hold me on hahaha
Bangga sangat aih walaupun jatuh berkali2
Konon a little glimpse of what I've been into
Mengenang nasib sebab kaki dan tangan sakit, luka, lebam dan bengkak. Tahniah dah macam jatuh motor sekali lagi.
Dinner bergaya walaupun bersendirian.
Mewah betul adik tu masak. Kelapa tu br je petik dari pokok sebab masa aku sampai dewan makan adik chef tu tanya "kakak nak minum air kelapa tak?". Orang offer kita tak tolak kan sepatutnya hehhehe
Pakaian khas nak melepak di tepi pantai digunakan semasa di dalam hutan. Tak kesah lah. Pakai apa yang ada.
08/12/17
Bangun pagi tu aku ambil angin pagi keliling resort dan misi cari durian sebab malam tadi aku dengar bunyi durian gugur. Lepas siap2 aku pon teruskan perjalanan. Terima kasih pada orang resort yang melayan aku dengan baik dan mesra walaupun aku lah satu2 nya tetamu di resort. Walaupun dorg ajak tunggu sampai lunch.
Ambil gambar sebelum bergerak menuju ke Utara tanahair
Kali ni aku naik lagi ke utara konon nak pegi Penang makan nasi kandar. Sampai je area Ipoh aku dah mula terpikir nak pegi Empangan Temengor, Gerik. Kalau larat lagi mungkin lajak ke Kelantan. Keluar exit Kuala Kangsar aku isi minyak dulu untuk kali ketiga sebelum teruskan perjalanan ke Gerik. Perghhh sangat mencabar perjalanannya sebab hujan lebat sekejap, hujan dah tu tak hujan. Jalan sangat lah buruk berlubang sana sini. Dengan selekoh tajamnya. Halamak aiiiii bahaya kepada orang yang tak cekap sebab sini laluan lori dan juga laluan utama utara dan pantai timur. Orang2 pro sap sap sui je bawa kat sini. Sheram sheram pon bawa punya laju aku ni hahhaha.
Sampai Pulau Banding, Empangan Temengor jam 3 petang, aku terus pegi Jeti Awam tengok pemandangan dan berfikir nak buat apa. Dah tu aku decide nak tidur kat sana je lah sebab dah petang gelap nak teruskan perjalanan. Aku pon tanya lelaki kesayangan kalau dia nak belanja aku tidur kat Belum Rainforest Resort 😁. Dia kata ok aku lagilah 10 kali ok. Tq sayang 😘. Lepas tu aku pon makan dengan gembira kat jeti.
Pemandangan dari jeti awam, Pulau Banding
Check in je aku terus kemas2 dan keluar pergi pelantar tengok2 pemandangan yang amatlah menakjubkan. Memang sangat cantik dan menenangkan fikiran. Aku lepak kat pelantar sorg2 sampai jam 7.20 petang then aku pegi jeti tu nak makan lagi sekali. Sedangkan baru makan kan tadi? Yang tadi kita anggap la lunch yang ni dinner hahahha. Nasib baik juga datang awal sebab kedai dia tutup awal. Lepas makan aku balik bilik merehatkan badan. Oooo lupa nak bagitau kat Gopeng dan Belum ni tak ada tv. Kan suruh rasakan ketenangan hutan dan kampung. Mana boleh letak tv 📺.
Kat sini takde orang yang aku nak minta ambilkan gambar. Self timer pon jadi lah.
Ini pemandangan yang aku tengah tengok kat gambar atas. Of course dah edit but it still a magnificent view.
Ada 2 jambatan yang menghubungkan pulau ni. Yang ni yang dekat dengan Belum Rainforest Resort. Satu lagi kat Jeti Awam
Gitewwww
08/12/17
Pagi ni aku bangun dan terus kemas beg. Bila da hantar beg dalam kereta aku jalan2 sekitar resort dan jumpa 1 famili yang saja singgah melawat resort. Sempat lah ambil gambar then aku check out. Aku tak tahu nak hala mana tapi aku memang takde niat nak lalu jalan yang sama. So aku pon hala ke kanan menuju ke Kelantan. Jarak tak jauh pun so menghala ke Kota Bharu. Lagipun hari ni birthday Along.
Pemandangan pelantar di Belum Rainforest Resort
One more time. Ayam mee (DSV pinjam sat lirik)
Keluarga yang aku jumpa pagi tu sebelum bergerak meneruskan perjalanan
Aku singgah perhentian Banjaran Titiwangsa dan merasa sejuk2 kat sana. Ramai orang singgah sini amek gambar dan rehat. Minta adik2 pakai purdah ambilkan gambar 😁
Kita selfie satu kali
Lepas tu aku lalu Jeli dan Rantau Panjang. Singgah laundry depan HUSM sebab baju dah habis pakai dah. Sampai umah Along, aku rehat jap dan petang tu kami pergi Pantai Cahaya Bulan.
Pantai Cahaya Bulan tak payah mimpi lah nak pegi mandi manda. Rasa angin laut je cukup.
Ni tak tau pasal. Budak dua orang tu baru je balik dari Taman Rama-Rama Melaka dan Zoo Melaka. Berkenan sungguh mereka dengan ular tu.
Along belanja ikan celup tepung hohoho syok juga lah ada ikan, udang, sotong, sosej dll
Teh tarik madu. Rasa nak potong kaki jap tapi shedapppp 😋
Malam aku rehat je kat umah sebab dah tak larat nak jalan lah. Aku cakap kat abg Adam dan adik Hafiz, "esok pagi abg ngan adik bangun, maksu dah balik". So gagah la budak2 tu tido sebab jarang sekali maksu nak sampai umah dorg ni.
Yeay potong kek bday Along. Sorg satu pisau dan lilin da bercerucuk atas kek sebab bebudak suka tiup lilin.
09/12/17
Pagi ni aku bangun, Along da goreng koey teow. Abg da bangun awal sama dgn aku jam 6.30 pagi. Adik... Hmmmmm bercinta nak tunggu dia bangun. Bila dah bangun adik nak mandi dulu, so kena lah tunggu dia siap baru boleh gerak. Masa ni aku da guna google maps nak hala kemana ni? Aku ada jemputan kawin kat Kuantan, aku pon rasa nak ke KL, nak g Penang kena lalu Gerik semula. Hmmmmmm can't decide.
Ok babai Mama, Abang Adam and Adik Hafiz. Papa tukang ambil gambar.
Aku pegi cuci kereta dulu walaupun hujan sebab park kat Belum tu bawah pokok. Banyak getah pokok melekat kat body. Tapi memang tak hilang lah. Ada lagi sikit2. Masa ni aku da set course ke Kuantan then tengah jalan aku tukar destinasi ke Kuala Lumpur. Sampai di Kuala Krai aku tukar destinasi ke Tapah pulak. Ehhhh memang gila lah.
Aku drive ke Gua Musang then naik ke Lojing. Jalan elok dan langsung takde tempat perhentian. Sampai kat Lojing aku jumpa Masjid Long Tan, Lojing, Gua Musang. So singgah la solat dan rehat. Kat sini boleh plak jumpa kawan lama. Aku naik Tanah Rata jap nak beli stoberi dan jagung hahhaha. Aku singgah ambil gambar kat Cameron Valley Tea Farm. Ramai lah orang malas aku beratur nak beli air. Lepas tu aku patah balik dan turun lalu Simpang Pulai menuju ke Tapah sebab dah janji dari hari Selasa nak join Panda.
Adik2 dari utara yang tolong ambil gambar. Anggapan berdasarkan cara percakapan.
Me with Panda
Sampai kat homestay aku rehat jap makan buah2an yang dibawa oleh anak buah Panda dan makanan yang aku berjaya beli sepanjang perjalanan dari Kelantan.
Menghadap rambutan. Malam tu kami pegi pasar malam dan makan di restoran.
10/12/17
Pagi2 bangun terus pegi sarapan di Capati Corner,Chenderiang, Tapah kat simpang masuk ke Air Terjun Lata Kinjang. Lepas makan terus pergi air terjun dan ada bayaran. Aku tak ambil plak senarai harga sebab anak buah Panda dah bayar. Sebenarnya Panda buat Family Day dengan anak buah dia, aku ni anggap pasukan sahabat je la ye. Datang memeriahkan majlis. Kami mandi sejam lebih kat air terjun dah tu balik homestay bersiap nak pegi rumah bekas anggota Cheras. Kat sini dihidangkan laksa versi Perak (ada fish cake), pulut durian dan buah durian. Ada baca doa selamat sket dan aku pon balik menghala ke KL lepas tu.
Lata Kinjang yang selalu tengok dari highway tapi tak penah jejak kaki. Alhamdulillah ada rejeki sampai sini.
Panda with the anak buah from IPD Cheras
Pandangan Lata Kinjang dari atas jambatan menyeberangi lebuhraya Plus.
Malam ni aku check in hotel di Cheras dan petang tu keluar dengan Panda pegi jalan dan makan sebab malam aku ada janji nak jumpa orang lain.
Pavilion punya xmas deco memang gempak ahhh. Aku dan Panda dok wow wow kat sana hahahha
Kami makan tepanyaki!
The OOTD haruslah ada hahhaha
11/12/17
Pagi ni aku jumpa kawan dah tu terus pegi rumah abang kat Subang dan ambil anak sedara aku Imran dan Faiz. Atok dan nenek nak bawa jalan2 cuti sekolah.
Senyuman anak sedara aku yang nak pegi bercuti kemain manis.
Sampai rumah ibu je aku makan dan balik umah aku. Nak kena kemas beg dan basuh semua baju. Esok dah nak jalan lagi.
Kira ni memang standard tempoh perjalanan aku selama 7 hari menghabiskan masa cuti aku. Kali ni memang tak ada target nak pegi mana2. Just go with the flow dan tengok apa kata hati. Sangat santai pada aku dan aku tak terikat nak kemana2 asalkan aku selesa dengan perjalanan aku.
Orang masih tanya macam mana lah kau boleh berjalan sorg2? Pada aku, kalau nak dapatkan pengalaman, aku kena cari sendiri bukan menunggu orang. Kadang kala apa yang kita nak tak sama dengan apa yang orang nak. Daripada kita mulakan konflik apa kata kita elakkan. Maybe you'll see I'm a very easy person. But if you travel with me I may not be the same person anymore and would annoy you 😜. Dan satu lagi, rajin2 lah menegur orang. Kita boleh dapat kawan baru dan juga gambar yang cantik sebab kadang dorg rajin tolong ambilkan gambar.
Be free, be brave, be yourself.
Life is a journey not a destination.
~Not All Who Wander Are Lost~