Day 1 :
Pada 07.08.2016 aku terus g 2 kenduri kawin kat Bukit Nibong n Jasin. Lepas tu terus menghala ke rumah Anna kat Kluang nak tumpang bermalam. Anna n husband dah masak soto banjar (as she claim). Dorg tunggu aku sampai nak mkn sama2. Sian dorg nasib baik aku tak singgah merata2.
Day 2 :
Aku bgn awal pagi sbb nak bersiap g Mersing. Lagipun anna nak g keje. Adzrul plak tgh mc sbb patah tangan.
Tq Anna sbb bg tido semalam
Pagi Ahad yang indah mulakan perjalanan ke Mersing bersama abg City
Dalam bot menuju Pulau Aur
Pandangan dari jeti Kg Sebukang.
Pulau Aur ni ialah pulau yang paling jauh dari tanah besar l/kurang 70km. Naik bot 2 jam ke sana n the sea is so vicious. Habis badan terhentak2 and of course la basah kan. Nasib baik aku ada sunglasses. Boleh la halang mata ku kepedihan dari air masin hahahahaha. Kami gerak dari Mersing l/kurang kul 12.00 t/hari n sampai kul 2.15. Kat Kg Sebukang ni ada 2 famili je dan dorg menguruskan Sebukang Bay Resort. Actually chalet je, bg yg nak bermewah2 dan x biasa dgn chalet yg basic sila jgn ke sini. Aku amek pakej RM429 all in bot, chalet, makan minum n 1 bbq untuk 3 hari 2 malam. Call no ni for enquiries or booking : Niza 0197391284
Sampai je trs mkn sbb Makcik Saimah dah siap masak. Sbb kan dia hidangkan nasi n aku super lapar maka nasi ialah mknn wajib masa aku kat sini. Lps mkn amek novel trs g hammock n baca jap da tu tetido. Kena angin laut kan hahaha.
Petang l/kurang jam 4.30 petang guide kami Wan bawa kami pegi Kg Teluk Berhala guna laluan di lereng bukit. Mengah haaaa nak manjat2 tp ada 2 cara je nak bergerak kat pulau ni. Sama ada naik bot or jln kaki. Jauh juga la kami jln n sepanjang jln tu nampak la a few of abandoned chalet n houses. Ramai da pindah keluar. Populasi Pulau Aur ada l/kurang 80 orang. Ada kemudahan talian telefon (maxis only), pondok polis, elektrik, sekolah rendah, klinik kesihatan, air bersih dari empangan atas bukit.
6 orang ni dtg 1 group. 5 dari dorg ni ialah kawan dr sekolah rendah dan masing2 dah berkeluarga. A very nice bunch of people 😍
Kami rehat sekejap di Kg Teluk Berhala and suddenly kecoh jap. Eling jatuh di jeti. Tangan dia luka berdarah banyak plak tu. Aku ikut dia pegi klinik kesihatan and cuba dapatkan rawatan. Ramai beno org kat klinik tp semuanya bukan misi yg keje kat situ tp org KKM yg dtg tgh buat projek pengaliran air bersih dr empangan atas bukit. Maka lama la org2 yg bukan misi ni mencari peralatan nak rawat Eling.
Kami balik ke chalet naik bot (syukurlah nakkkkk) dan aku trs amek peralatan nak snorkel. Yehuuuuuu trs masuk dlm laut. Ceronoknya tgok coral cantik2. Dalam laut tu aku tergerak tengok ankle aku sebab sakit sangat dr semalam. Rupanya da bengkak da tak tau pasal pa. Da tu aku pikir punya pikir baru aku sedar smlm aku dr kenduri kawin pakai baju cantik2 and kasut tumit trs drive ke kluang. Biasanya kalau long distance mmg akan pakai sport shoes. Maklumlah badan x berapa nak sihat kan...
Pemandangan senja depan chalet. Gambar dari kamera Eling Tan
Pemandangan senja di jeti Kg Sebukang. Gambar dari kamera Eling Tan
Gambar dari kamera Eling Tan
Malam tu cik Saimah da sediakan bbq eh ehh.. sedapnya mkn tp x byk sgt sbb menanggung sakit kaki..jln pon tempang. Wan plak lps mkn nak anta mknn kat boat man si jimmy dan apa ntah nama crew nya. Aku pon ikut g kg berhala n trs g klinik minta bandage n ubat bengkak. Sempat lepak dgn brader2 KKM borak2 jap then g kedai minum dgn niat nak karok. Janji dgn wan blk chalet kul 10 sekali next song ke next song sampai kul 12 br blk. Da la jeti gelap nak kena langkah 3 bot br leh masuk bot kami. Maka terjadilah peristiwa tergelincir n koyak lah tapak tangan aku hahahaaa. Blk chalet trs tido dgn harapan semua baik adanya.
Jemput makan semuaaaaa
Tangan ku luka huhuhu
Day 3 :
Jam 6.30 alarm aku da bunyi. Bangun tido dengan badan yg super sakit aku rasa kesan dr hentakan 2 jam dlm bot smlm. Da tu dgn kaki tempang mmg full package la keceriaan aku menanggung sakit. G jeti amek udara pagi then bfast pg ni nasi lemak yg yummy bebeh. Jam 10 lebih kami semua g snorkel kat area pantai Pulau Aur n Pulau Lang. Pulau Lang ni takde pantai. Cuma batu2 keliling pulau so takde la org dok pulau ni. Lg pon dia kecik je... kami snorkel l/kurang 1 jam setengah da tu blk chalet.
Snorkel kat Pulau Aur
Cik Saimah lom siap masak so aku baring lg kat hammock sambil baca buku. Tau2 da tetido n terjaga sbb matahari da panas. Lunch Cik Saimah masak asam pedas. Makanan da abis sbb ramai yg br sanpai. Aku g cari mknn kat dapo. Mkn bg kenyang da tu sambung baring kat hammock n tido blk. Bahagianya hidup ko.
Tu kan panas sikit2. Lama2 panas semua
Pokok kelapa rendah
Kul 4 ptg dorg kejut nak g hiking kat Pulau Dayang. They have some concern regarding my ankle but as a hard headed person. Takpe meh la kita panjat bukit tu hihiihi. Kami pegi 2 bot sbb ada pelancong China br sampai td di chalet. They all mandi je kat pantai. We all panjat bukit plak. Pasir pantai Pulau Dayang sangat la putih dan halussssss. Geram tgok. Kami mendaki bersama boatman yg ada x penah panjat pon bukit tu. Haiiiiii kaki ni punya lah sakit tp nasib baik stamina ada. Sampai atas trs baring pengsan sbb penat, sakit kaki n the view is magnificient. Subhanallah memang sangat cantik. Terus teringat my trip to Pulau Bohey Dulang, Semporna. Mmg ada fight la then trs aku x rasa rindu pada Sabah lg.
Pantai Pulau Dayang. Kat depan tu Pulau Aur
Otw mendaki bukit. Amek gambar haruslah muka ceria. Tuhan saje yg tau betapa sakitnya kaki ku
Sampai trs pengsan hehehe baring je
Insan2 yang berjaya
Panorama view from top of Pulau Dayang
Nice view eh?
Gaya titanic ni wajib ada dlm setiap bot yg aku naik. Mesti mau duduk depan bot kikiki
Tq pakcik kamera sbb sudi ambilkan gambar dengan sabar
Malam takde aktiviti pape memandangkan semua da kepenatan n kaki da superb sakit. Kebetulan turun bukit jatuh a few times. Da biru sana sini. Malam tu Cik Saimah tolong urutkan yg da biru2 tu. Ehehehe menjerit2 nko haaa sbb nak bg surut bengkak. Malam tgok langit mmg lost of words lah. Bole tgok bintang2 yg kita x mungkin nampak dpn umah kita sbb pencemaran cahaya. Here we can see milky way.
Star gazing at jetty. From Eling's camera
From Eling's camera
Day 4 :
Pagi esok still bangun 6.30 pagi n jalan2 kat jeti. Masa ni kaki mmg da super tempang. Badan sakit2. Redha je la kan. Sebukang Bay Resort ada jual a few fridge magnet n keychain. Sebagai peminat tegar f.m haruslah ku beli. Kul 11 after saying goodbye kami singgah Teluk Berhala nak li tshirt.
Jimmy insist nak amek gbr sambil baring walaupun aku kelihatan seperti raksaksa gorgon
Geramnya tgok laut..rasa nak terjun balik
Perjalanan balik ke Mersing hanya ambil masa 1 jan setengah. Masa blk dorg semua takmo pakai life jacket sbb nak buat alas duduk. Aku menghormati nasihat seorang rakan yg suruh aku pakai life jacket so aku guna 2 life jacket. Satu pakai satu lg alas duduk ahahaha.
Sampai Mersing aku g amek keta aku then g cari kedai dobi layan diri. Basuh baju kotor sbb aku akan trs travel lg lps ni. Masa tu otak dok pikir next destination. Taman Negara Endau Rompin da dekat dah. So baca skit a few blogs then one blog tulis & ada gambar seekor katak lompat masuk dlm khemah to say goodnight. Utk org yg kenal aku mmg tau aku SANGAT TAKUT pada katak dan cicak. So aku drive je dulu tanpa arah tujuan. Tetiba aku da sampai Pantai Penyabong. Singgah jap nak amek gbr then pikir hala tuju jenayah aku.
Self timer @ Pantai Penyabong
Lps berfikir kat sini aku whatsapp akak aku si ana nak tanya mende nama tempa tgok gajah kat pahang tu. Sbb aku pikir aku kat sempadan pahang konon dekat dah tu. Rupanya nak dkt 300 km dt rompin. Aku pon set maps menghala ke Kuala Gandah, Lanchang, Pahang dengan misi menengok gajoh yeahaaaa. Maps kata aku akan sampai dlm masa 3 jam lebih. So aku benti kat hentian Gambang utk solat n makan doyan sebiji. Guna LPT je sbb da nak malam.
Oleh sebab aku x yakin aku boleh jumpa tempat tido kat Lanchang, aku singgah Temerloh utk tido. Aku cari sekitar bandar tapi x jumpa. Search jap Agoda tp hampa juga. Pusing2 last nya nampak hotel tepi jalan nama Hotel Kawanku. Maybe mmg hotel kawan aku kot. 1 katil queen dan 1 katil single RM85. Selesanya i tido malam tu uols sbb ada econ n hot shower hihihi.
Day 5 :
Bangun tido n check out jam 8.30 pagi. Trs ke pasar Temerloh. Aku ni bukan jenis jln cari mkn so pd aku xde la ruginya aku x mkn patin tempoyak tu. Kat pasar aku beli belacan Temerloh dan gula kabung untuk ibu (at least bawa la balik ole2 untuk dia). Kat pasar semua brg segar dan murah kalau nak banding dgn yg biasa aku jumpa.
Pemandangan pasar
Lepas bfast nasi dagang kat medan selera pasar aku trs g cari farmasi sebab ankle aku da sangat sakit. Pijak minyak n brek pon da sgt sakit sampai bawa ke peha kanan. Mmg da xboleh sgt da teruskan perjalanan ni cuma kedegilan je kuat. Perjalanannya jawoh lg ni. Singgah Guardian n minta adik tu amekkan bandage sebab benda tu ada kat row yg blkg sekali. Tq adikku syg.
Kasihanilah daku. Lps balut mkn prolapse yg amek kat klinik Pulau Aur. Utk hilang bengkak
Sampai je Pusat Konservasi Gajah Kabangsaan, Kuala Gandah aku punya kaki da sangat sakit. Dari parking ke lobi pendaftaran tu pon da sangat seksa. Tanya org jaga kaunter kalau tau mana2 org yg bole urutkan kaki. Bengkak tak payah ckp la. Bisa nya lg hebat sampai tempang aku jln. Kebetulan la sorg pakcik nama panggilan Pak Ngah kata isteri dia (of course nama Mak Ngah) boleh urut. Sementara nak tunggu Mak Ngah blk dr pasar aku uruskan pe yg patut.
Nak masuk tak payah bayar tapi kalau boleh derma lah untuk gajah2 ni. Ada disediakan borang utk derma Tabung Amanah Gajah dan pendaftaran. Lepas tu tgok xtvt ada tgok gajah dlm kandang dia dan boleh bagi makan, dokumentari gajah, persembahan gajah, tgok gajah mandi, tgok anak gajah minum dan last sekali mandi dgn baby gajah. Yg ni kena byr rm50 untuk ambil tour guide dan juga rm10 utk mandi dgn gajah. Sbb aku sorg aku byr la rm60. Then jln masuk dgn terdengkut2 tu nak tgok gajah. Sedih betul hati aku tapi tetiba aku nampak dorg tgh mandikan gajah. Hepi blk hihihihi.
Bukan gading sebenar (op kos la kannnn)
Ececeh comel2nye dia mandi
Suka nau org mandikan dia
Anak2 gajah semua dok dlm kandang. Sbb dulu masa dok luar ada pokok tumbang timpa dorg. Demi keselamatan korg tido dlm kandang ye. Sini ada jual kacang bole amek gbr n bg mkn. Sbb xde org nak tlg amek kan gbr aku idok ler aku bg mkn dia. Lg pon kaki aku sakit sgt nak bgn2 tgok dkt2
Mak gajah dok luar selfie dgn anak gajah.
Lps tgok anak gajah aku susah payah jln g keta tukar selipar plak. The pain is unbearable dah oiiii... Mak Ngah nye lom sampai lg so aku dok dgn org kaunter then kul 1 g tgok dokumentari plak. Lps tgok dokumentari aku jumpa guide aku Ali then Mak Ngah pon sampai. G urut kaki kat surau staff jap n what do you know.. i can move easily again. Alhamdulillah.
Kul 2 ptg g tgok show gajah. Kul 2.25 br dorg sampai. Lambat mcm gajah dorg jln.. ada 5 ekor gajah br blk dr hutan diiringi MAHUT (penjaga dorg) yg aku panggil mamut sesuka ati aku. Takde la dorg buat show mcm sarkis tu tp bijak2 betul gajah ni. 4 ekor betina n sekor sado yg lps tu bole di bg mkn. Maklumlah gajah mkn byk. Tgok badan lah.
Gajah br blk jln2 dr hutan. Comot
Bg mahut naik atas dia
Rebut2 dgn budak tadika nak bg gajah mkn (jgn mengalah)
Bonding with cik abg sado
Lps tu ada sesi gajah mandi. Hepi tol dorg dpt mandi tu. Lps tu anak gajah minum susu. Anlene gold, gula merah, roti dan air di blend. Dia minum sebaldi! Tp dia mmg cute kikiki. Anak gajah akan diajar putus susu l/kurang 3 thn lebey. Lps tu Ali bawa aku g sungai tempat nak mandi dgn anak gajah. Dia soh aku last sekali sbb bole berlama-lamaan. Lg pon aku sorg je tourist tempatan yg nak mandi dgn gajah.
Detik sebelum basah kuyup
Sesi berkenalan. Hello elly!
Nak juga pegang ekor gajah. Bulu dia kasar mcm penyapu plastik yg keras tu
Simbah2 air
Wefie with Ali, gajah, sesorang yang aku x tau nama. Pisssss ✌
Selesai mandi dan tukar baju aku menuju ke key ell sbb fahda masuk spital plak. Mlm tu aku dok tido wad temankan fahd kat Pantai Medical Cheras. Disamping jd side kick yg tido kat kusi malas aku juga bertugas sebagai penghulur makanan kepada beliau. Kuat makan betul da la mkn nuget sorg2. Kedek!
Day 6 :
T/hari Fahda da bole discharge and crave for Taiwanese food. Aku drive la g Ampang Park sbb dia kata situ je ada kedainya.
Jemput mkn ye
Lps mkn kami pi Shah Alam g mencari Nana. Dia kata dia nak minum Java Chips. Pe ke benda ntah tu. Kami org kg. Aku ckp kat Fahda bukan java chips tu tempe ke? Hahaha sah mmg xtau pebenda yg nana nak tu.
Singgah Elianto nak mekap2 dulu. Muka aku ni da berapa hari x kena mekap. Da tu sunburn mmg haram hangit ler muka
Rupanya Nana nak g Starbuck. Still satu tempat yg aku jarang g sbb aku x minum kopi
Tu rupanya Java Chips tu. Pekat pahit kat tekak aku. Aku n Fahda mmg da tapau pie n muffin. So mkn itu lah bersama ayer2 mahal Nana.
After that we say goodbye to Nana and heading back to KL. Aku g lawat org kat HKL manakala Fahda g cari laundry and basuh baju aku dan dia. Lps siap Fahda amek aku then kami blk umah dia kat Rawang. Sampai depan umah rupanya kunci umah Fahd tetinggal dlm keta kat pej. Nice one Fahda Jamil. Nasib baik laki dia dekat. G amek kunci umah. Tido lah aku dpn tv lps siap cuci tudung dll.
Day 7 :
Pagi ni aku dan seisi rumah lewat bangun. Penat kannn hihihi. Fahd buat bfast and Diana pon dtg bfast together. Lps baju yang aku basuh smlm kering aku n Fahd bersiap2 g cheras amek keta dia. Masa masuk spital dia tinggalkan keta kat pejabat. Da tu da sampai kat keta sibuk nak masuk pejabat. Aku pesan jgn lama2 kat pejabat sbb dia mc.
Aku trs g Bukit Jalil jumpa Eling @ kak cantik. Kawan br yg aku kenal masa kat Pulau Aur. We spend some times to eat n chat. Lepaking sampai kul 5 then kami blk ke kondo Eling utk aku amek keta dan balik melaka
Me and Eling @ Padi Cafe, Sri Petaling. Nice food good ambience
After 7 days and almost 900km of driving, I'm ready to go home. The trip is worth every second of it. Berjaya pergi ke pulau yg sangat cantik dan panjat bukit nak tgok pemandangan yang sangat berbaloi. Walaupun aku travel sorg mcm biasa, kali ni aku byk berinteraksi dgn org.
To Abg2 KKM yg temankan aku kat Kg Berhala terima kasih banyak2 dan sorry x dpt join panjat bukit g empangan sbb kaki mmg da out. Sorry juga x dtg karok on 2nd nite sbb da kepenatan.
To Eling Tan and friend tq for being very nice to me and be my abg/kakak for 3 days. Nice knowing all of u and i'll hope that we can meet again.
Tq pada kawan2 ku Anna n Adzrul sbb tumpangkan rumah. For Fahda get well soon n tq basuh baju aku, masak utk aku n tumpangkan umah. Tq Nana for Java Chips n tq Diana for whiteker from Langkawi.
Tq my new friend Ali for being very nice and sudi abiskan memory hp amek gbr aku hihihi. Selamat berkenalan.
Its all about the journey not the destination. Terima kasih semua sebab sudi baca. Panjang sket sbb lama kan travelnya 😍😍😍😍
No comments:
Post a Comment