Sunday, 6 December 2015

A trip to Sabah : Tawau, Lahad Datu & Semporna

On 06-09/03/2015 aku, jujie n nana g Sabah sbb menghadiri majlis pertunangan anna. Dia org Lahad Datu. So alang2 g sabah kami plan a simple trip laa. Ptg 05/03/2015 aku naik la bas gagap KKKL ke TBS. Sampai sana da mlm trs g cari teksi ke hotel yg jujie da book. Lupa da area mana or nama hotel. Mlm tu g mkn area sana je n g urut kaki jap. Seriously rumah urut tu mcm rumah pelacuran. Very fishy huhuhu..

Balik urut kami menuju ke hotel ternampak ada sorg makcik mcm penjual kuih karipap dpn pintu hotel. What do u know Fahd da sampai dgn gaya makcik2 n serabutnya. So mlm tu kami bertiga tido dgn tenang n aman. Esok pg Fahd anta aku n jujie ke KLIA2. Kami jumpa nana disana disana disana... Bfast dulu n bermula lah drama "Aku nak ikut korg boleh tak?" Pelakon utama Fahda Jamil. Sian Fahd x bole ikut atas sebab2 tertentu.

Drama tu bermula disini semasa proses isi perut.

Pintu perlepasan dalam negeri. Tawau here we come. Sempat tarik tourist from middle east untuk amek kan gbr kami

Sampai di epot Tawau kete sewa yg aku da book awal da sampai. Sila call no ni J3 Rental Car 014-9669359. Kami sewa wira auto je harga lupa da. Tp kena add rm30 sbb jarak epot tawau n bandar tawau l/kurang 30km. So tu kira tambang runner blk ke bandar la tu. Di sebabkan keta sewa ni mmg saja je tinggalkan minyak sikit dlm tank. Kami patah balik ke bandar tawau n nana mengayat Jost (runner keta sewa) minta kurang sbb kami da anta dia ke tawau hehehhe. 

Lps isi myk kami patah la blk menghala ke Lahad Datu. Ok jarak jau kiri kanan pokok sawit. Ko potong satu lori sawit kat depan ko ada lg lori sawit. proses tu ko akan ulang sampai ko rasa bosan hahaha. Nana driving mcm kat hway selaju2 nya. jujie
 kat blkg kejap tido kejap jaga. Aku teman nana sambil2 tgok pemandangan. Sampai LD kami cari hotel la plak. Terhegeh2 br nak cari tp no worries ada je. Lps rehat kami g umah Anna mkn malam then berlibur menyumbangkan suara. Kalau LD hujan mlm tu jgn tanya sbb apa.


Pagi 07/03/2015 bgn pagi2 tarik langsir trs tergamam. My god luar da terang. P/s : subuh gajah 
Siap2 n mkn bfast kat hotel trs g Menara Kayangan Lahad Datu. Dgn kehebatan sebuah proton wira auto, kami mendaki sehingga ke puncak. Sampai tmpt parking kami berjalan kaki mendaki lg. Menara Kayangan ni terletak di atas Gunung Silam dan kat atas tu dibina sebuah pelantar setinggi 7 tingkat. Hanya akak gagah memanjat menara ni manakala nana n jujie mkn cekodok udang tapau dr umah anna smlm.

Bergambar di pintu gerbang. Minta org jaga pondok tiket amek gbr


Tu la menaranya. 7 tingkat 

Sejuk cuaca pagi tu. Kalau x silap soh brader syarikat air tlg amek gbr. Takde manusia pon kat atas ni

Mendaki ke atas. Mengah nko haaaa

Lps puas tgok pemandangan n bergambo, kami blk ke hotel n check out trs. Marilah ke rumah anna meraikan majlis pertunangan dia. Kami bertiga berbaju batik. Da mcm batik ambasador plak.

Alhamdulillah da selamat bertunang. Ketinggian Mr Azdrul jgn di tanya

happy girls with happy faces. Sbb da kenyang makan

After a few hour here, kami teruskan perjalanan kami. Aku plak drive ke Semporna. Nana co-pilot n as usual jujie kat blkg kejap jaga kejap tido. Singgah pekan Kunak isi minyak n ke tandas. Tu pon nak gtau tak senonoh hahaha. Lps tu nana sambung drive ke Semporna. Sampai je semporna trs g floating tourist center n shoping dulu. Sah xde keje lain la kan. Da tu hegeh2 tanya hotel. Konon nak tido kat Dragon Inn da tu pikir blk kami dok hotel cikai ayam je pon xpe. nak tido je pon. Acah2 backpackers la dok hotel kecik ni. Singgah mkn seafood. Dgn baju kurung dr umah anna x bertukar lg kami jln kat pekan semporna. Rasa mcm cikgu or peserta kursus plak. Mkn seafood kat tepi laut yg sangat la sedap. Mkn punya byk harga bole diterima akal. 

sampai2 trs shoping ole2 ke pe menda ntah yg kami beli

tak tido Dragon Inn amek gbr pon jadi laaa..

bawa ke malam pakai baju kurung tu. Lagend sungguh tiga org ni 

Esoknya 08/03/2015 kami bersiap sedia menuju ke pulau. Sewa bot utk island hopping n snorkeling. Kami pegi snorkel kat Mabul n rest sana. Lps tu kami island hopping ke Sipadan n Kapalai. Jgn ko tanya berapa kami bayar sbb poket tu tak penting yg penting pengalaman. otw ke Mabul jujie terasa nak guna hp dia amek gbr. Sblm ni guna hp aku je. Elok buka hp berterbangan la duit yg dia selit kat casing hp tu. Sedih ke gembira citer ni? Sedih utk jujie je sbb aku n nana gelak sakan hahaha.. jgn risau yg terbang tu maybe rm20. Hero dpt tgkp rm50 n diserah semula kepada jujie.

orait sblm g amek gbr dulu

Mabul : where should i start?
Kami berhenti di SMART Jetty n pegi amek snorkelling gear kami kat sipadan mabul resort. Kami sewa bilik for half day. Nak tido sini bole tp satu kepala tak kurang seribu. Sampai bilik trs tukar baju n here we go!!!! Terjun berjemaah ke dlm laut yg membiru.. pemandangan yg x bole dilupakan n suasana tu sgt la perfect. Ok aku n nana je terjun. Rupanya jujie takut air n ada insiden yg x mampu aku ceritakan di sini. So... we do enjoy our moment here. Love it. 

Akak peace la dulu sblm basah2 ni

Ok air sgt jernih. Subhanallah yg mencipta segalanya

our room for the day

turun buggy jap amek gbr. Tau plak berteduh. Time mandi time tgh2 panas terik tak plak cari tempat berteduh

Ala2 peter styvesent amek gbr. Kami jln kat pantai masa laut surut. Time ni mmg xde boat bole in n out of mabul. Tunggu air pasang br leh balik

Kami g mkn jap da tu tukar baju mandi blk. Ptg ni jujie da dpt kekuatan untuk masuk dalam air n menipu aku. hoi korg dua org naik cepat g mandi! Mak tiri kena pastikan kami keluar cpt dr mabul. Nak g melawat pulau lain plak.

amek gbr dulu kat beranda bilik kami yg sgt la mewah. Hmmmm tak mampu rasanya nak g sekali lg 

ok nyinggah kapalai island utk amek gbr n tgok pemandangan. Da puas mandi td ye jujie n nana.

at kapalai island

Balik ke semporna trs g soping blk kat tourism center nya. Sambung la beli apa yg tak beli. Sblm tido smlm kan da kira nak bagi sapa. Rasa tak cukup kita beli la lagi. Tak gitu? Lps soping kami g mkn seafood. Mlm trs pengsan

blk singgah mkn kat restoran yg sama. 

Pagi 09/03/2015 kami mkn nasi kuning kat semporna n ke bandar tawau. Li la ikan fresh la. Ikan beku la. Mcm2 la beli nak bawa blk. Kami singgah mkn sup payau @ rusa kat tepi epot tawau. sangat la sedap aku n jujie tambah menambah. Kat epot kami jumpa anna yg akan balik sekali sekapal terbang dgn kami. Maka berakhirlah perjalanan seorang patriot di bumi sabah.. harap ada rejeki utk kami kembali ke sini. Insya Allah


@ tawau epot nak naik kapal terbang. Panas terik pon sempat snap picture 

Alhamdulillah safely arrived at KLIA2. Semoga berjumpa lg my dear fren. Balik ikut jln masing2. Kerja jauh kena amek time cuti br boleh jumpa. Tahniah anna utk pertunangan (da kawin pon masa entry ni ditulis)








No comments:

Post a Comment