Monday, 27 June 2022

Island hopping Mersing

Sebenarnya bukan tak berjalan langsung. Ada tu ada. Cuma bila sambung study tu rasa nak menaip tu kurang sikit. Dah tu dah lapor kerja tempat baru. Lagilah malas sebab daily commute Melaka -Muar. 

Bulan September 2020 time aku tengah stress tulis tesis, Anna plak macam tengah weng. So aku ajak dia release stress kejap. Jom pegi island hopping kat Mersing. Dengan Anna ni, tak boleh bermalam sebab ada anak kecil yang perlukan perhatian seorang ibuk yang garang. Kami mula la risik merisik then decide nak join pakej Team Cikgu Murni ni. Bukan Cikgu Murni Masam Masam Manis tu yeee

https://m.facebook.com/chekgumurni/

🇲🇾 DAY PACK!! PACKAGE!! KEPULAUAN MERSING JOHOR!! 🇲🇾

9AM TO 2PM ( 4-5 jam )😍

🔆 RM130 PER ADULT (11Y 🔝)

🔆 RM65 PER CHILD (10Y- 5Y)

🔆 FREE PER INFANT ( 4Y⬇ )

TRIP 2020

✅ PACKAGE INCLUDE :

🚤 Speed Boat Transfer 

🏊 Snorkeling & Island Hopping

🌴 Cover 3 Island

      ⏩ Hujung Island

      ⏩ Tengah Island

      ⏩ Besar Island

🍴 Lunch Set

🍫 Snack & Cold Drinks ( Unlimited )

🌊 Snorkeling Equipment

👨 Guide

❎ PACKAGE EXCLUDE :

❌ Conservation Fee RM5


01/10/2020

Perjalanan dari Melaka ke Kluang. Anna da order Laksa Johor dari adik ipar dia. So aku boleh makan ulang kali di dapo sambil ditemani Noah.


02/10/2020

Kami gerak ke Mersing. Aku jadi drebar. Sebagai ibuk2 anna bz bungkus makanan sebab takut kami kelaparan. Dia masak spegeti Carbonara hahahahah. Syukur ada kawan rajin begini. Jam 8.00 pagi tercongok kat Jeti Mersing. Sebab datang awal. Kami makan dulu roti canai.


Dalam 9.30 pagi baru bot bergerak ke Pulau Hujung. Lama gak lepak kat sini sebab bot ada masalah. Takpe lah aku share je lah gambar kat ketiga-tiga pulau ni. Sebab aku pon tak ingat yang mana ialah di mana. Dah nak 2 tahun kan trip ni 😅

Bangga betul budak ni dapat mandi laut. Anna ni orang Lahad Datu, Sabah. Jenis tak pandai travel. Kalau jalan je mau pegi mall and tempat ada aircond. 🤣🤣🤣. Semporna yang dekat dengan dia pon dia tak penah jejak. Maka pengalaman pertamanya ber'snorkeling adalah di Mersing, Johor. Tapi Mersing ni memang tak kalah dengan kejernihan air di Sabah ya.  


Tripod pon letak dalam air demi sekeping gambar yang cantik. Lepas tu dihempas ombak. Hp masuk dalam air. Ya begitulah nasib hp ku.

Kalau perhati betul2. Ada dugong di atas batu sana. 

Jump Maya!

Makan tengahari di tepi pantai. Makanan memang banyak. Boleh tambah2. Air free flow dorg kasi. Sejuk pulak tu. Recommended la Cikgu Murni ni.

Kenangan sebab Anna beli dry bag ni sempena nak island hopping. Kalau tanya mana bag ni sekarang. Sure dia tak tau mana dia letak dah.

Duluuuu masa muda2 dulu aku penah bawa dia travel ke Cameron Highlands. Aku drive, dia membuta kat sebelah. Dah tu jenis tak menyanyi dalam keta. Kalau nyanyi pon macam bisik2 je. Malas aku pempuan ni. Tak menghiburkan masyarakat. Tak sesuai dibawa perjalanan jarak jauh. Aku pas kat Adzrul (suaminya) je lah nak bawa dia jalan2.

Laut jernih 😍

Pemandangan Pulau Besar dari laut.

Kalau tak silap ni kat Pulau Besar. Dah hujung2 malas nak mandi dah. Dok lepak tepi pantai je.

Balik jeti Mersing. Mandi dan tukar baju kat tandas awam. Pastu balik Kluang.

Ibuk pulang ke pangkuan anaknya. Ke the other way around? I don't know. Budak ni nama Hekeem Noah. Sekarang dah besar.

Abislah tulis pasal our short gateway. Dulu selang berapa bulan mesti datang lepak Kluang. Bila Anna da kawin takde lah aku melepak selalu. Tapi still muka aku jugalah yang menebeng kat umah dia hahahaha. Kalau takde aku. Nanti Anna sunyi.  

💗 Lot's of love 💗
Maya Zura Yahya 










Sunday, 26 June 2022

Honeymoon

Asalamualaikum!!!! Dah lama tak tulis apa2 sebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Semua manusia tak boleh bergerak. Hazabedah. Passport pon expired. But I want to share something. I've got hitched on December 2021 🤭. So kali ni nak tulis pasal honeymoon travel je lah. Last travel yang aku share  masa pegi Pulau Redang dengan Panda. Yang aku pegi island hopping kat Mersing dengan Anna tu, belum ada mood nak tulis.

Bani + Maya


26/12/2021

Kami pergi jemputan kahwin di Shah Alam sebelum memulakan perjalanan ke utara guna jalan lama. Saja tak guna highway. Kali ni kami ada 1 misi nak cari papan tanda / batu tanda 0 kilometer. 

Our 1st wedding reception together.

Untuk yang tak tahu... Batu tanda ni biasanya depan Pejabat Pos. Dulu nak kira bayaran setem untuk pos surat, jarak antara tempat / daerah di kira dari pejabat pos ke pejabat pos. Hari ni kami jumpa 5 tempat. Kuala Selangor, Sabak Bernam, Lumut, Sitiawan & Teluk Batek. Malam kami tidur kat Lumut sambil beli produk hasil laut. Kami ada guna West Coast Expressway (E32) sikit. Digi takde line kat WCE ni hahahahhaa. Jalan baru buka secara berperingkat.


27/12/2021

Pagi ni kami jalan2 area Taiping sebelum memulakan perjalanan ke Penang. Muzium Matang dah tu jalan2 kat Matang Mangrove forest reserve, Kuala Sepetang.


Kami stay kat Travellodge Hotel untuk 3 hari, 2 malam. Bilik cantik, selesa. Cuma parking ada payah sikit. Aku ingat nak makan nasi kandar Hameediyah sekali bila kami lalu tengok orang beratur panjang giler. Maklumlah cuti panjang. So kami terus check in hotel dan order nasi kandar guna Food Panda je. Mudah dan senang serta sedap.


Petang tu kami pusing2 Penang dengan misi mencari 0 km Balik Pulau & Batu Feringgi. Kat Balik Pulau ada 2 papan tanda.. Yang atas bukit tu sebab ada pemandangan cantik dan yang asal ada kat roundabout kat pekan. Kat Batu Feringgi tu penat kami pegi tapi batu tanda pon dah hilang. Dah kena langgar. Penat jeee..


Balik hotel malam tu aku da Google untuk xtvt esok. Cadangnya nak naik Bukit Bendera dah tu ada 1 tempat nama The Habitat. Seharian lah dok situ esok. Beli tiket naik train https://www.penanghill.gov.my/index.php/en/tickets dan tiket The Habitat aku guna Klook https://www.klook.com/en-MY/?gclsrc=aw.ds&gclid=CjwKCAjwh-CVBhB8EiwAjFEPGRFCJF8MFliNT9q25QkYY9oqKG6VGOekEXd2WuB4AOi1S3pqV5Z-eRoCswgQAvD_BwE


28/12/2021

Pagi kami gerak ke Bukit Bendera dah tu siap beli jajan. Memang plan nak abiskan masa dlm The Habitat so better bawa makanan. Kang lapar hohoho.


Walaupun da beli online.. nak claim tiket pon kena beratur pulak. Belum kira org dpn aku bawa anak 3 org. Anak kemain lasak berguling2 kat kaki aku. Tiba2 mak nya pusing belakang sound aku "Boleh u belakang sikit tak? U rapat sangat dengan I". Ehhh nak je aku jawab anak u dok terguling2 kat kaki I ni kira rapat ke tak? Hahahhahaha.



Cut story short, kena beratur lagi tunggu giliran train. Aku beli tiket biasa je. Malas nak beli fastlane sebab aku kedekut 😃. Sampai atas terus pegi makan manggo ice shave. 


Pusing2 tengok pemandangan barulah masuk The Habitat. So here's some photos ya..


Not a typical photo. Mine is soooo next level hahahahhaa.



Tengah gelakkan laki ku sebab dia gayat. Kami ada kat atas Curtis Crest Treetop Walk. 815 meter dari aras laut. Masa ni angin tengah kuat. Bridge bergoyang2. Kat sini boleh tengok full view Penang. Kami spend 3 jam dalam The Habitat. Jalan2 tengok pemandangan. Makan jajan. Kalau nak cepat, baik jangan masuk sini. 


Balik tu kami pegi cari jeruk kat Chowrasta Street dah singgah makan then balik hotel. Esok nak sambung perjalanan ke Pantai Timur. Kena rehat awal. Tapi lepas tu aku order nasi kandar guna Panda lagi. Makan tadi tu anggap makan tengahari lah ye.


29/12/2021

Pagi tu kami singgah amek gambar bawah Jambatan Sultan Abdul Halim Mua`dzam Shah. Kebetulan jumpa Batu Tanda 0km masa nak masuk tol AH2, E28 Sultan Abdul Halim Mua`dzam Shah

*Asian Highway 2 (AH2) rangkaian jalanraya Asia sepanjang 13,107km dari Singapore ke Iran. Ada a few highway termasuk dalam Asian Highway. Pepandai cari kalau nak tau.


Kami lalu Lebuhraya Timur Barat (LTB) / AH140 sebab nak pegi umah Along kat Kota Bharu. Tengah drive nampak signboard Baling. Ehh gigih singgah amek gambar 0km Baling dah tu pegi pasar tani. Batu ni ada kat dalam kedai makan ye hahahhaa.



Bani drive sampai Jeli je dah tu tukar driver. Just imagine, dia drive aku teman. Now aku drive, dia tido. Eh eh ehhh.... Pandai plak komplen bawa keta laju lah, langgar lubang la, melompat2 dalam keta laa. Dah la hujan all the way. Jalan banyak yang rosak. Kami singgah Rantau Panjang & Pengkalan Kubor cari batu tanda dan rehat2.



Kami spent 3 hari 2 malam kat Kota Bharu. Tumpang rumah Along. Petang tu bawa kekanak main kapatebang kat padang HUSM. Boleh plak Bani semput. Kena g farmasi beli inhalers. Maybe sebab hujan berpanjangan & sejuk. Kami jalan2 area KB bawa kekanak beli ole2.

31/12/2021

Masa balik aku saja halakan Bani guna Central Spine Road, Jalan Persekutuan 34 (Route 34). Ada beberapa fasa yang belum siap ye. Tapi jalan ni sangat selesa cuma tak ada R&R. Kalau nak buang air ke makan ke. Ko tangguhkan je la hajat tu. Yang jalan tak siap lagi tu kena lalu jalan lama. Singgah amek gambar dulu.


Sampai KL ingatkan nak rest 1 malam lagi. Sebab Bani tak sehat sangat. Tapi tu lah kann. Dah book hotel by Agoda tapi bila sampai hotel. Boleh plak kata takde air dan tak nak terima customer. Dah tu tak nak refund. Ehhhh dia ni tak tahu kegigihan Maya bab nak refund ni. Kami singgah umah parent Bani, anta ole2 then drive slowly balik Melaka. Dah udah. Rehatlah buk. Lepas ni boleh jalan lagi.

💗 Doakan kami ya. Thanks 💗