Bulan Oktober 2018, aku, Nana, Anna dan Eita (Jie) plan nak bercuti kat pulau bersama-sama dan sebab nak bagi nampak macam bersungguh-sungguh dan janji mesti jadi kenyataan, kami decide nak kumpul duit bulanan. Every month semua bank in kat aku but suddenly Anna is expecting setelah menunggu sejak 2015. So its down to just the three of us la. Perempuan bujang ni. So kami decide takpe kumpul je duit, nanti kita pergi pulau yang naik dari jeti Mersing so kita boleh melawat Anna.
Bulan Jun aku dah mula cuti semester so aku dah boleh plan cuti. Eita akan final bulan Julai, Nana bulan Ogos. Dorg suruh aku je decide mana tempat nak pegi sebab masa tu dorg pon dah selesai interview kenaikan pangkat. Aku pun mula dok tanya Pulau Tioman, Pulau Pemanggil dan Pulau Tinggi. Nana sibuk nak Pulau Rawa, sedangkan duit tak banyak hahahaha. Bulan Julai baru Nana n Jie decide tarikh untuk aku booking.
Kami pilih Tioman sebab harga ok dengan hasil duit kumpulan kami. Aku takmo ada penambahan duit lagi sebab aku kedekut 😁. Kami pilih Coral Beach Resort (Wan 0133964171) sebab chalet betul-betul tepi pantai. Dia kata 15 langkah terus sampai pantai. Ni pakej kami ye :
Free & Easy Package:
3 Days 2 Nights
Standard Twin (2 pax): RM 280 / pax
Deluxe (2 pax): RM 320 / pax
Standard Triple (3 pax): RM 250 / pax
Family (6 pax): RM 220 / pax
Family (8 pax): RM 220 / pax
Garden Room (2 pax): RM 210 / pax
Add On (with no additional bed)
Adult: RM 150
Child: RM 90
Package includes:
1. Welcome drink upon arrival
2. Accommodation in air-conditioned room
3. 2 breakfasts
4. Snorkelling trip to 5 popular points in Tioman (equipment included)
5. Return van transfer from Tekek jetty
* Ferry ticket and conservation fee are NOT included in the package
* Add RM30 per person for super peak season
Then aku uruskan untuk feri pulak. Nak beli sendiri boleh, nak guna agent boleh. Ni no hp agent feri 0166609101. Tiket harga RM35 pergi dan RM35 balik. Sebab guna agent dia charge RM10. Aku ok aje lah.
25/07/19
Jie datang ke Shah Alam untuk tinggal keta dia then naik keta Nana. Dorg kena amek aku kat Melaka sebelum sambung perjalanan ke Kluang. Jie kata sekejap je sampai Melaka. Aku syak Jie tak tengok odometer sebab setahu aku, Nana bawa keta macam bawa jet. Aku ada masak rendang ayam pencen, ikan siakap stim dan potong mangga Melaka delight nak jamu dorg. Tapi sebab dorg pon kenyang lagi, semua kami tapau bawa pegi Kluang.
Kami tumpang tido umah Anna je sebab Anna kata kami bukan kaya sangat nak tido hotel 😅. Rupanya ni kali pertama Jie sampai Melaka, kalau aku tau awal, boleh la round bandar Melaka satu kali.
Kami singgah la Coconut Shake Batu Berendam nak beli makanan. Makanan kan penting!
As usual kalau kami bawa keta, Jie akan dok belakang. Sebab kali ni kami bawa keta sendiri, so tugas kami ialah buka dan tutup pintu Jie sebab Jie kan Datin hahaha. Kalau takat keta sewa tak payah la nak soh kami buka tutup pintu.
Kami singgah Pekan Ayer Hitam sekejap saja nak tengok keadaan semasa, manalah tau boleh beli apa-apa kannnn. Anna asek tanya bila nak sampai sebab dia dah siap masak dan lapar hahaha. Kami sampai je terus makan sebab kami pon lapar. Rumah Anna ni banyak makanan dan kerja aku cuma ulang alik ke dapo je cari makanan dalam peti ais. Aku da pesan siap2 soh Anna rendam durian dalam susu sebab tu favourite aku. Nana and Jie tido kejap sambil aku kopek rambutan dan nenas nak simpan dalam bekas. Sok nak bawa makan dalam feri. Again, makanan tu penting.
Malam Anna ajak ambil gambar mural sekitar Kluang. Ada lah a few gambar kami ambil then pegi minum kat kedai.
Jie semangat nak basuh baju malam ni. So tunggu mesin siap dan jemur baru tido lah. Adzrul laki Anna pon balik rumah dah lewat malam sebab kerja.
26/07/19
Pagi kami uruskan beg dah tu bersiap pergi sarapan di Stesyen Keretapi Kluang. Ramai orang wei, lama juga kami berdiri menunggu. Bila dah dapat duduk, macam-macam kami order. Puas hati.
Sebelum gerak ke Mersing, sempat la amek gambar dan bagi hadiah pada Anna sempena menyambut baby Noah yang bakal lahir hujung Ogos or awal September.
Aku pula drive ke Mersing. Singgah stesen minyak beli minyak then kami decide nak tambah duit RM50/person.
Kami sampai Mersing l/kurang jam 12.15 dah tu sempat la singgah kedai jap sebab Jie nak beli barang n lens. Kami park kawasan letak kereta Majlis Daerah Mersing RM15/hari. Letak beg kat jeti dah tu pergi Mersing Harbour nak ambil tiket dan beli tiket taman laut (RM5/pax untuk warganegara).
Feri jam 2.30 petang dan agak penuh juga. Beg pass je kat staff nanti dorg susun, just bagitau berenti jeti mana. Feri akan berhenti kat 5 jeti. Nanti staff bawa turun. Feri ni free seating tapi kat tiket ada je tulis no seat.
Dalam feri kami makan, tido, makan, tido sebab perjalanan 2 jam kan. Ni makan tauhu begedil order kat Kluang.
Makan rambutan dan nenas.
Sampai kat jeti Kg Tekek, orang resort amek kami walaupun agak lewat sampai. Tapi memang chalet tu depan laut.
Puas hati tengok laut depan mata. Kami rehat jap dah tu petang tu jalan2 sekitar Kg Tekek sambil nak beli air, jajan, tengok matahari terbenam dan makan malam.
Masa jalan menuju ke pantai kami dah nampak dah matahari nak turun tu, cantik. Tapi bila sampai pantai... Matahari dah jatuh. Tak dan tengok.
Lepas tu kami pegi makan pulak. Asam Pedas lambat sikit sampai. Masa tu kami dah baham makanan ni dah.
Lepas makan terus balik chalet rehat, makan lagi dan tido. Banyak makanan bawa dari umah ni. Takut lapar hahaha
27/07/19
Aku bangun tido bersiap terus pegi berjalan ke arah batu besar hujung kampung. Nampak tanah perkuburan tepi pantai. Pagi ni kami sarapan nasi goreng dan roti bakar. Jam 9.30 pagi ada van amek hantar pegi jeti Kg Tekek.
Kami nak pegi snorkeling hari ni. Bot kami ada 8 orang pelancong Malaysia so boleh la borak2. Kami pegi 5 point Pulau Tulai, Genting Coral, Pulau Tomok, Pulau Renggis, Shark Point.
1st stop Pulau Tulai (Coral Island). Mermaid dah tak sabar masuk air.
Aku ambil gambar dulu baru join Mermaid kat belakang tu mandi. Kat sini kami biasakan diri dulu pakai Snorkeling gear sebab nanti terus nak snorkel kat laut bukan kat tepi pantai.
At Shark Point tapi takde shark pon cuma coral dan ikan memang cantik kat Tioman. Besar2 pula tu ikannya.
Banyak ikan datang kat Nana sebab Nana bagi makan roti 😏
Sempat la minta kawan bot ambilkan gambar.
Kami rehat di Kg Salang dari 12.45 sampai 2.30 petang. Sempat lah makan, baca novel, tido, bergambar dan mandi tepi pantai.
Sampai chalet je dah 4 petang tapi kami lepak tepi pantai depan chalet. Nana and Jie sambung mandi laut. Aku plak mandi then baca novel depan chalet.
Bila Nana and Jie naik darat dan rehat, aku plak lepak tepi pantai nak amek gambar sambil tunggu sunset. Nana datang join sekejap then balik chalet ajak makan megi. Elok air da masak tiba2 blackout daaa. Banyak nyamuk wei. Nasib baik adik staf chalet bawa ubat nyamuk. Tak lama lepas tu ada letrik balik. Malam ni kami golek2 kat bilik je sambil pakai soothing mask. Mesti kekal cantik kan.. Malas dah pegi makan malam.
28/07/19
Lepas solat kami tido balik, Jie je siap awal ajak kami sarapan. Sudahnya jam 9 juga aku dengan Nana siap hahaha. Pagi ni sarap mi goreng dan roti bakar. Sekali staff kata ada orang nak check in ptg ni. So kenalah kami siap2 nak check out.
Kami check out jam 12.15 dah tu melepak kat chalet je. Sebab kalau pegi awal kat Jeti Kg Tekek pon kami rasa takde benda nak buat.
Aku baca novel atas pelantar je. Jam 1.30 kami ke Jeti sebab feri kami jam 3 petang.
Dorg dua orang hepi je. Aku je rasa panas.
Singgah medan selera dulu untuk lunch. Masa naik feri, tak ada seat pulak nak duduk sama2. Feri penuh weii. Rupanya bila feri dah jalan barulah staf kutip tiket, masa tu lah kami nampak kelemahan sistem. Ada penumpang yang bayar tiket dalam feri, ada yang beli tiket jam 7 pagi tapi naik jam 3 petang, ada yang bayar dan ada yang tak bayar. Hmmmmm something need to be done lah kan.
Sebelah aku kebetulan remaja India. Sikit2 nak keluar pegi belakang feri, rupanya minum beer. Sedangkan dah jelas terang tulis amaran dilarang minum minuman keras dalam feri. Dengan ombak besar, laut bergelora, bau beer, memang lengkap la rasa mabuk laut aku.
Sampai Mersing langit gelap tunggu hujan je turun. Nana pula drive ke Kluang dalam hujan lebat tu.
Kami singgah Kluang nak jumpa Anna sebab dia masakkan Nasi Kuning. Kami tak boleh singgah Kluang lama sebab Nana and Jie kena balik rumah arini juga.
Aku pula drive dari Kluang ke Melaka dan kami makan Nasi Kuning kat umah aku. Lepas freshen up dan solat, dorg gerak ke Shah Alam. Jie akan balik umah akak dia kat Selayang. Aku siap basuh and jemur kain sementara tunggu dorg sampai destinasi masing2 dengan selamat. L/kurang 1 pagi semua dah sampai umah dan aku plak sambung baca novel sampai jam 3 pagi.
Alhamdulillah diberi peluang untuk bercuti dengan dua kawan baik aku. Kami dah banyak kali cuti bersama tapi jarak setiap percutian tu memang tak boleh bawa bincang. Masing2 dah ada kerja dan komitmen sendiri so agak sukar nak janji.
Percutian pertama kami bersama ke Bukittinggi, Indonesia pada Januari 2010.
Percutian kedua kami ke Lahad Datu dan Samporna pada Mac 2015. Gambar di ambil di Pulau Mabul. Sebenarnya kami amek peluang bercuti. Kami pegi umah Anna di Lahad Datu sebab dia bertunang.
Percutian ketiga ke Pulau Pangkor pada Oktober 2015. Ni paling mengecewakan so takmo ingat sangat cuti kat sini sebab Pangkor tak cantik sangat.
Percutian keempat ke Kluang dan Pulau Tioman. Moga ni bukan percutian terakhir kami bersama.
Kami just guna RM550 sepanjang perjalanan kami dan baki semua kami bagi Nana sebab bayar tol. Lain kali boleh pegi lagi lah ye kalau belum tukar status. Buat masa ni kami masih kekal sebagai CIK PUAN.
Sekian.