Monday, 29 July 2019

The Bujangan Trip

Bulan Oktober 2018, aku, Nana, Anna dan Eita (Jie)  plan nak bercuti kat pulau bersama-sama dan sebab nak bagi nampak macam bersungguh-sungguh dan janji mesti jadi kenyataan, kami decide nak kumpul duit bulanan. Every month semua bank in kat aku but suddenly Anna is expecting setelah menunggu sejak 2015. So its down to just the three of us la. Perempuan bujang ni. So kami decide takpe kumpul je duit, nanti kita pergi pulau yang naik dari jeti Mersing so kita boleh melawat Anna.

Bulan Jun aku dah mula cuti semester so aku dah boleh plan cuti. Eita akan final bulan Julai, Nana bulan Ogos. Dorg suruh aku je decide mana tempat nak pegi sebab masa tu dorg pon dah selesai interview kenaikan pangkat. Aku pun mula dok tanya Pulau Tioman, Pulau Pemanggil dan Pulau Tinggi. Nana sibuk nak Pulau Rawa, sedangkan duit tak banyak hahahaha. Bulan Julai baru Nana n Jie decide tarikh untuk aku booking.

Kami pilih Tioman sebab harga ok dengan hasil duit kumpulan kami. Aku takmo ada penambahan duit lagi sebab aku kedekut 😁. Kami pilih Coral Beach Resort (Wan 0133964171) sebab chalet betul-betul tepi pantai. Dia kata 15 langkah terus sampai pantai. Ni pakej kami ye :

Free & Easy Package:
3 Days 2 Nights

Standard Twin (2 pax): RM 280 / pax
Deluxe (2 pax): RM 320 / pax
Standard Triple (3 pax): RM 250 / pax
Family (6 pax): RM 220 / pax
Family (8 pax): RM 220 / pax
Garden Room (2 pax): RM 210 / pax

Add On (with no additional bed)

Adult: RM 150
Child: RM 90

Package includes:
1. Welcome drink upon arrival
2. Accommodation in air-conditioned room
3. 2 breakfasts
4. Snorkelling trip to 5 popular points in Tioman (equipment included)
5. Return van transfer from Tekek jetty

* Ferry ticket and conservation fee are NOT included in the package

* Add RM30 per person for super peak season

Then aku uruskan untuk feri pulak. Nak beli sendiri boleh, nak guna agent boleh. Ni no hp agent feri 0166609101. Tiket harga RM35 pergi dan RM35 balik. Sebab guna agent dia charge RM10. Aku ok aje lah.

25/07/19

Jie datang ke Shah Alam untuk tinggal keta dia then naik keta Nana. Dorg kena amek aku kat Melaka sebelum sambung perjalanan ke Kluang. Jie kata sekejap je sampai Melaka. Aku syak Jie tak tengok odometer sebab setahu aku, Nana bawa keta macam bawa jet. Aku ada masak rendang ayam pencen, ikan siakap stim dan potong mangga Melaka delight nak jamu dorg. Tapi sebab dorg pon kenyang lagi, semua kami tapau bawa pegi Kluang.

Kami tumpang tido umah Anna je sebab Anna kata kami bukan kaya sangat nak tido hotel 😅. Rupanya ni kali pertama Jie sampai Melaka, kalau aku tau awal, boleh la round bandar Melaka satu kali.

Kami singgah la Coconut Shake Batu Berendam nak beli makanan. Makanan kan penting! 

As usual kalau kami bawa keta, Jie akan dok belakang. Sebab kali ni kami bawa keta sendiri, so tugas kami ialah buka dan tutup pintu Jie sebab Jie kan Datin hahaha. Kalau takat keta sewa tak payah la nak soh kami buka tutup pintu.

Kami singgah Pekan Ayer Hitam sekejap saja nak tengok keadaan semasa, manalah tau boleh beli apa-apa kannnn. Anna asek tanya bila nak sampai sebab dia dah siap masak dan lapar hahaha. Kami sampai je terus makan sebab kami pon lapar. Rumah Anna ni banyak makanan dan kerja aku cuma ulang alik ke dapo je cari makanan dalam peti ais. Aku da pesan siap2 soh Anna rendam durian dalam susu sebab tu favourite aku. Nana and Jie tido kejap sambil aku kopek rambutan dan nenas nak simpan dalam bekas. Sok nak bawa makan dalam feri. Again, makanan tu penting. 

Malam Anna ajak ambil gambar mural sekitar Kluang. Ada lah a few gambar kami ambil then pegi minum kat kedai. 


Jie semangat nak basuh baju malam ni. So tunggu mesin siap dan jemur baru tido lah. Adzrul laki Anna pon balik rumah dah lewat malam sebab kerja.

26/07/19

Pagi kami uruskan beg dah tu bersiap pergi sarapan di Stesyen Keretapi Kluang. Ramai orang wei, lama juga kami berdiri menunggu. Bila dah dapat duduk, macam-macam kami order. Puas hati.

Sebelum gerak ke Mersing, sempat la amek gambar dan bagi hadiah pada Anna sempena menyambut baby Noah yang bakal lahir hujung Ogos or awal September. 

Aku pula drive ke Mersing. Singgah stesen minyak beli minyak then kami decide nak tambah duit RM50/person.

Kami sampai Mersing l/kurang jam 12.15 dah tu sempat la singgah kedai jap sebab Jie nak beli barang n lens. Kami park kawasan letak kereta Majlis Daerah Mersing RM15/hari. Letak beg kat jeti dah tu pergi Mersing Harbour nak ambil tiket dan beli tiket taman laut (RM5/pax untuk warganegara).

Feri jam 2.30 petang dan agak penuh juga. Beg pass je kat staff nanti dorg susun, just bagitau berenti jeti mana. Feri akan berhenti kat 5 jeti. Nanti staff bawa turun. Feri ni free seating tapi kat tiket ada je tulis no seat. 

Dalam feri kami makan, tido, makan, tido sebab perjalanan 2 jam kan. Ni makan tauhu begedil order kat Kluang. 

Makan rambutan dan nenas.

Sampai kat jeti Kg Tekek, orang resort amek kami walaupun agak lewat sampai. Tapi memang chalet tu depan laut.

Puas hati tengok laut depan mata. Kami rehat jap dah tu petang tu jalan2 sekitar Kg Tekek sambil nak beli air, jajan, tengok matahari terbenam dan makan malam. 

Masa jalan menuju ke pantai kami dah nampak dah matahari nak turun tu, cantik. Tapi bila sampai pantai... Matahari dah jatuh. Tak dan tengok.

Lepas tu kami pegi makan pulak. Asam Pedas lambat sikit sampai. Masa tu kami dah baham makanan ni dah. 

Lepas makan terus balik chalet rehat, makan lagi dan tido. Banyak makanan bawa dari umah ni. Takut lapar hahaha

27/07/19

Aku bangun tido bersiap terus pegi berjalan ke arah batu besar hujung kampung. Nampak tanah perkuburan tepi pantai. Pagi ni kami sarapan nasi goreng dan roti bakar. Jam 9.30 pagi ada van amek hantar pegi jeti Kg Tekek.

Kami nak pegi snorkeling hari ni. Bot kami ada 8 orang pelancong Malaysia so boleh la borak2. Kami pegi 5 point Pulau Tulai, Genting Coral, Pulau Tomok, Pulau Renggis, Shark Point.

1st stop Pulau Tulai (Coral Island). Mermaid dah tak sabar masuk air. 

Aku ambil gambar dulu baru join Mermaid kat belakang tu mandi. Kat sini kami biasakan diri dulu pakai Snorkeling gear sebab nanti terus nak snorkel kat laut bukan kat tepi pantai. 

At Shark Point tapi takde shark pon cuma coral dan ikan memang cantik kat Tioman. Besar2 pula tu ikannya. 

Banyak ikan datang kat Nana sebab Nana bagi makan roti 😏

Sempat la minta kawan bot ambilkan gambar. 

Kami rehat di Kg Salang dari 12.45 sampai 2.30 petang. Sempat lah makan, baca novel, tido, bergambar dan mandi tepi pantai. 

Sampai chalet je dah 4 petang tapi kami lepak tepi pantai depan chalet. Nana and Jie sambung mandi laut. Aku plak mandi then baca novel depan chalet. 

Bila Nana and Jie naik darat dan rehat, aku plak lepak tepi pantai nak amek gambar sambil tunggu sunset. Nana datang join sekejap then balik chalet ajak makan megi. Elok air da masak tiba2 blackout daaa. Banyak nyamuk wei. Nasib baik adik staf chalet bawa ubat nyamuk. Tak lama lepas tu ada letrik balik. Malam ni kami golek2 kat bilik je sambil pakai soothing mask. Mesti kekal cantik kan.. Malas dah pegi makan malam. 

28/07/19

Lepas solat kami tido balik, Jie je siap awal ajak kami sarapan. Sudahnya jam 9 juga aku dengan Nana siap hahaha. Pagi ni sarap mi goreng dan roti bakar. Sekali staff kata ada orang nak check in ptg ni. So kenalah kami siap2 nak check out.

Kami check out jam 12.15 dah tu melepak kat chalet je. Sebab kalau pegi awal kat Jeti Kg Tekek pon kami rasa takde benda nak buat.

Aku baca novel atas pelantar je. Jam 1.30 kami ke Jeti sebab feri kami jam 3 petang.

Dorg dua orang hepi je. Aku je rasa panas.

Singgah medan selera dulu untuk lunch. Masa naik feri, tak ada seat pulak nak duduk sama2. Feri penuh weii. Rupanya bila feri dah jalan barulah staf kutip tiket, masa tu lah kami nampak kelemahan sistem. Ada penumpang yang bayar tiket dalam feri, ada yang beli tiket jam 7 pagi tapi naik jam 3 petang, ada yang bayar dan ada yang tak bayar. Hmmmmm something need to be done lah kan.

Sebelah aku kebetulan remaja India. Sikit2 nak keluar pegi belakang feri, rupanya minum beer. Sedangkan dah jelas terang tulis amaran dilarang minum minuman keras dalam feri. Dengan ombak besar, laut bergelora, bau beer, memang lengkap la rasa mabuk laut aku.

Sampai Mersing langit gelap tunggu hujan je turun. Nana pula drive ke Kluang dalam hujan lebat tu. 

Kami singgah Kluang nak jumpa Anna sebab dia masakkan Nasi Kuning. Kami tak boleh singgah Kluang lama sebab Nana and Jie kena balik rumah arini juga.

Aku pula drive dari Kluang ke Melaka dan kami makan Nasi Kuning kat umah aku. Lepas freshen up dan solat, dorg gerak ke Shah Alam. Jie akan balik umah akak dia kat Selayang. Aku siap basuh and jemur kain sementara tunggu dorg sampai destinasi masing2 dengan selamat. L/kurang 1 pagi semua dah sampai umah dan aku plak sambung baca novel sampai jam 3 pagi.

Alhamdulillah diberi peluang untuk bercuti dengan dua kawan baik aku. Kami dah banyak kali cuti bersama tapi jarak setiap percutian tu memang tak boleh bawa bincang. Masing2 dah ada kerja dan komitmen sendiri so agak sukar nak janji.

Percutian pertama kami bersama ke Bukittinggi, Indonesia pada Januari 2010.

Percutian kedua kami ke Lahad Datu dan Samporna pada Mac 2015. Gambar di ambil di Pulau Mabul. Sebenarnya kami amek peluang bercuti. Kami pegi umah Anna di Lahad Datu sebab dia bertunang. 

Percutian ketiga ke Pulau Pangkor pada Oktober 2015. Ni paling mengecewakan so takmo ingat sangat cuti kat sini sebab Pangkor tak cantik sangat.

Percutian keempat ke Kluang dan Pulau Tioman. Moga ni bukan percutian terakhir kami bersama. 

Kami just guna RM550 sepanjang perjalanan kami dan baki semua kami bagi Nana sebab bayar tol. Lain kali boleh pegi lagi lah ye kalau belum tukar status. Buat masa ni kami masih kekal sebagai CIK PUAN.

Sekian. 

Tuesday, 29 January 2019

Kembara rohani

18/12/18
Aku decide nak pergi umrah sebab otw ke KL, aku singgah mesin ATM tengok baki duit. Sekali claim tahun 2018 ada yang dah masuk dan boleh dijadikan modal. Lagipun aku dah berniat sejak bulan Oktober 2018 yang aku memang nak pergi umrah tahun 2019. Cuma bulannya aku tak tahu lagi. Samalah macam aku kata aku nak kawin bulan Disember tapi tahunnya tak tahu lagi hahaha...

Aku terus call ibu and within 15 minutes ayah pula call. Dia dah call KRS Travel dan dapatkan tarikh untuk 17/01/19 sehingga 28/01/19. Betul kalau kita memang berniat, Allah akan permudahkan. Sekarang aku kena pikir pasal urusan kerja dan cuti. Lepas tu selesai baru pikir bab umrah pula. 

12/01/19
Malam kami pergi Surau Al Muttaqim sebab kami buat doa selamat di surau je. Ibu masih tak kuat lagi lepas angiogram pada 02/01/19 dan aku memang pemalas. Alhamdulillah semua selamat 😬.

13/01/19
Aku tugas CCC arini ganti sorg pegawai sebab aku nak pegi Umrah. Kena la tukar tarikh. Yang paling tak sangka, pegawai tu boleh eksiden dan patah kaki hari ni. Huiii malang tak berbau.

14/1/19
Aku tugas macam biasa dan nak uruskan saat-saat terakhir untuk majlis esok.

15/01/19
Aku adakan Majlis Sekalung Budi Setulus Hati untuk meraikan anak-anak buah aku yang dah berpindah keluar dan dinaikkan pangkat di Bahagian aku. Syukurlah semua selesai dengan jayanya. 

Aku bersyukur ada Peg. Psikologi aku iaitu Puan Mimi yang bersusah payah menjayakan majlis dan juga anak buah yang terlibat secara langsung. Aku cuba menghargai semua orang walaupun terlambat. Insya Allah "Biar Jasa Jadi Kenangan" tetap menjadi kata-kata pegangan aku.

Kita jangan terlalu mengharapkan penghargaan manusia kerana tidak semua tahu dan nampak apa yang kita korbankan untuk orang lain. So di kala hujung-hujung waktu aku di Bahagian ni, biar aku buat sehabis baik sebelum nama terpalit tahi.

16/01/19
Aku baru mula cuti. Aku pon belum mula kemas beg, just aku campak-campak semua barang yang aku nak guna, longgokan kat satu tempat. So nanti aku dapat kemas dengan teratur (begitu ke kisahnya?). Aku balik umah je, aku nampak ayah dah susun beg dia depan pintu. Buat aku cuak jeee. 

Wakil KRS tiba-tiba whatsapp tanya kalau nak upgrade Business Class tapi untuk 2 seat je. So lepas berbincang aku dan ibu decide nak upgrade.

17/01/19
Perjalanan umrah kali ni hanya aku, ibu, ayah dan adik ibu : Maman Najib. Jam 7 pagi aku dah mula loading barang dalam kereta. Senak perut wei angkat segala beg dan kerusi roda. Seat belakang cukup-cukup je untuk ayah. Semoga tiada beg yang beranak lah balik nanti. Lepas dah kemas Ana mesej suruh bawa beg kosong sebiji lagi takut ayah beli barang. Satu hal aku kena keluarkan balik semua beg sebab nak keluarkan beg aku. Aku punggah balik isi kandungan beg aku dan masukkan beg kosong. Sia-sia je aku kemas beg semalam kan? 

 Aku dah pesan kat Ibu, kita akan gerak paling lewat jam 1030 hrs. Kawan-kawan ayah dan ibu datang nak hantar kami. Aku drive sendiri dari Melaka ke KLIA.

Sampai KLIA, Ana dan Abang ada hantar kami. Ayip pon datang juga sebab aku suruh dia bawa balik kereta ke Banting. Cik Amai dan Ema datang juga. 

Yang paling spesel Nana pon datang dari Shah Alam. Flight kami sepatutnya berlepas jam 1800 hrs tapi ditunda ke 18/01/19 jam 0400 hrs. So MH kenalah sediakan tempat penginapan dan makan minum untuk semua. Yang kesian yang connecting flight lah. Ada yang dari Indonesia, Sabah, Sarawak dan Kelantan. Kami ditempatkan di Marriott Putrajaya. Tak delay tak rasa dok hotel 5 star nak oiiii.

18/01/19
Jam 0100 hrs kami semua naik bas ke KLIA. Ana, Abang dan Abg Im tak ikut pegi epot. Alhamdulillah flight on time. 

Jubah yang aku pakai tu ialah jubah yang aku pakai masa balik umrah 15 tahun yang lepas. Jimat dan berhemat Maya ni.

Penerbangan ambil masa 9 jam dan selesa sangat dalam flight. Aku ada pegi belakang check on ayah and maman. Nasib baik dorg dok upper deck juga. Oh kami naik A380, gila besar kapatebang ni. Orang kampung tak penah naik flight besar.. 

Sampai kat Madinah, ibu dan jemaah yang guna kerusi roda kena turun lain dan naik ambulan. Yang kami insan marhaen ni beratur kat Imigresen nak cop passport.

Dah siap pungut beg kami naik bas menuju ke bandar Madinah An Munawarah. Hotel boleh tahan dekat dengan Masjid Nabawi.

 Kami terus simpan beg dan pergi Masjid untuk Solat Jumaat. Masa ni musim sejuk dan anggaran suhu 12 darjah selsius.

Malam lepas balik solat Isya, ustaz suruh jemaah wanita berkumpul. Ustazah akan bawa kami ke Raudah untuk program ziarah dalam.  

19/01/19
Sesungguhnya nak merasa kemanisan beribadat di Raudah ni amat mencabar. Kami ambil masa l/kurang 5 jam baru dapat masuk. Ada diskriminasi sikit kepada jemaah Malaysia dan Indonesia. Sikit2 pengawal lepaskan jemaah Turki. Maklumlah warna kulit mereka sama. 

Masa nak balik, rupanya pekerja pembersihan pindahkan kasut yang ada dalam rak dalam kawasan masjid ke rak lain. So menggagau mencari kasut. Aku jumpa kasut aku tapi kasut ibu hilang. Aku bagi kasut aku kat ibu dan balik ke hotel. Dekat je pon kan. 

Untuk program ziarah luar, kami dibawa menziarah ke Masjid Quba'. Sesiapa yang bersolat di masjid ni dalam keadaan berwuduk semasa dari rumah, dijanjikan ganjaran umpama menunaikan 1 kali umrah. Kat keliling masjid ada jual2 kurma dan produk tempatan. So kami awal2 lagi dah beli. Lepas tu kami singgah di Ladang Kurma. Kat sini tak beli apa pun, ambil gambar je. 

Kemudian kami ke Bukit Uhud melawat tapak perkuburan syuhada yang gugur semasa peperangan Uhud. Ustaz ajar bacaan doa kepada para syuhada.

Takde la aku gamak nak panjat bukit de. Kaki tak larat. Ibu pon tak naik. Tapi teknik bergambar ni nampak la macam tinggi ibu naik. Kat sini ibu beli selipar baru dan sedikit ole-ole.

20/01/19
Kami akan bergerak ke Mekah Al Muqaramah untuk menunaikan umrah. So pagi ni selepas solat Zuhur kami Wida' dengan Rasulullah dan mohon doa dijemput lagi ke sini. 

Masa dah habis solat ada adik bagi aku tasbih. Sebelum datang sini memang tasbih aku putus. Syukur Alhamdulillah dan dapat pahala adik tu kat aku kalau aku rajin berzikir lagi. 

Pintu no 16 pintu Ummar bin Al Qattab. 

Ibu banyak gambar sebab ada aku yang rajin amek gambar dia. 

Dalam perjalanan kami miqat di Bir Ali dan baca niat ihram. Sampai je hotel dah malam, check in dan kami berkumpul semula di Dataran Masjidil Haram untuk sesi taklimat umrah oleh Mutawif kami Ustaz Omar Farouq. Malam ni ibu kata nak jalan kaki dulu sebab nak ikut ustaz. 

21/01/19
Kami habis buat umrah l/kurang jam 2.45 pagi dan masa tu kami dah terpisah dengan jemaah lain sebab Maman hilang entah ke mana. Aku dengan Ibu balik hotel dulu dan tidur. Aku dah tak larat bangun dah nak solat Subuh kat Masjid. Out terus.

Aktiviti bebas je arini. So aku dengan ibu ke masjid l/kurang jam 8 pagi. Aku siap tapau bfast nak makan ubat. Sebenarnya tak boleh bawa makanan ya masuk dalam masjid. Aku tak tau dan kebetulan tak kena tahan. Ibu dengan ayah dah sarapan kat hotel. Aku tak larat bangun awal hahaha. Kat Mekah aku banyakkan baca Quran je sebab nak kejar khatam. 

Malam kami solat Magrib dan Isya di tingkat atas masjid. Lautan manusia kat bawah tu memang menginsafkan kita. Rasa kagum sangat masjid ni tak penah berehat walau sesaat untuk menerima jemaah beribadah. Kat tingkat atas banyak cengkerik dan belalang. Memang Mekah ada serangan serangga sebelum kami sampai. 

Masa nak balik hotel aku jumpa Kak Nang Noridah yang dah bersara awal. Dia datang awal 2 hari dari kami. Kuasa Allah kami bertemu di sana. 

Sejujurnya aku tak suka Clock Tower tu. Aku cuba elakkan dari memandang ke arah Clock Tower. Melainkan masa nak tengok jam masa tawaf. Its a mammoth building empowering The Holy Kaaba. How could people admire anything else rather than the Kaaba itself when you are there? The Clock Tower was printed at everything including sajadah, keychain, fridge magnet etc. As if they were a twin building with the sama level amount of holiness as Kaabah. The Kaaba is so tiny in comparison with that tower. Masya Allah. I despised that building so much.

22/01/19
Pagi ni Ustaz ajak kami ziarah dalam kawasan Masjidil Haram dan tunjukkan a few historical places sekitar kawasan. 

Ni first time ibu nak naik kerusi roda sebab dia tau jauh nak berjalan2 ni. Ziarah abis l/kurang 10 pagi. Kami terus stay di masjid sebab azan jam 12.30 t/hari. Kalau aku balik hotel memang aku tak datang balik lah. 

Malamnya kami datang lewat ke Masjid so polis tutup banyak pintu. Kami masuk solat kat tingkat 2. Masa ni kami duduk saf depan tapi bising sangat tempat ni. Orang laki arab dok panggil bini n famili perempuan dia yang dalam saf wanita. Lakinya pula berdiri depan kami. Belum lagi ada anak nak ambil mak yg duduk atas kerusi roda. Dah tu dia tolak kerus roda ibu langgar kepala aku masa aku tengah sujud. Perghhh masa tu hati aku memang sentap lah. 

Ibu ajak balik and cari ubat bawah lidah sebab dia kata dada dia sakit. Aku plak dah kepenatan menolak ibu sepanjang hari. Ada dua tempat aku minta ibu bangun jalan sendiri sebab dah tak larat nak tolak dah. Ibu balik je terus makan ubat bawah lidah dan aku suruh dia rehat sementara aku ambil makanan kat kafe. Aku da brief ayah and maman jangan buat bising sangat dalam bilik sebab nak bagi ibu rehat. 

Aku turun pegi lobi and maklum adik beradik yang lain. Call along. Aku ni memang takde niat nak beli sim kad saudi atau roaming. Sebab aku tau how much I'm attached to my phone. So terpaksa aku pegi cari Wi-Fi kat lobi. Along suruh Ibu rehat je dan esok tak bagi ibu ikut buat umrah kedua. 

23/01/19
Aku, ayah and maman pergi ziarah. Kami lalu Jabul Thur, berhenti di Jabal Rahmah dimana aku dengan gigihnya pegi panjat. 

Tahun 2004 dulu eksyen takmo doa. Konon nak kawin lambat lagi. Kan betul sampai ke sudah aku tak kawin lagi hahaha. 

Kami melalui kawasan Arafah, Muzdalifah dan Mina. Kemudian kami bermiqat dan berniat ihram di Ja'aranah untuk umrah kali kedua. 

Kat area masjid ada orang jual kurma, kacang dan kismis. Aku macam nak beli kismis tapi aku malas nak beli. Jemaah lain siap nak bagi pinjam duit sebab dorg ingat aku tak bawa duit hihihi. 

Balik bilik je tengok ibu takde, ke masjid la tu kot. Kali ni aku ikut all the makciks from Bachok, Kelantan. Yang kelakarnya aku yang jadi ketua kumpulan serta merangkap sebagai tukang baca doa versi arab dan bahasa Malaysia. Wei Maya ni wei hahaha.

 Tapi memang aku jaga la all the makciks. Tarik dan pimpin mana yang tak larat sampai selesai umrah. Alhamdulillah. 

Balik je aku cerita lah kat ibu pasal kismis kat Ja'aranah tadi besar dan murah. Kena bebel dengan ibu sebab tak beli. Dah tu ayah plak pegi sambung cerita cakap kurma pon murah2 dan elok. Lagi panjang la dia bebel hahaha. 

24/01/19
Lepas solat subuh, kami baca Quran. Dah tu aku cakap dengan Ibu soh tunggu kejap. Aku memang berhajat dari awal sampai di Mekah, aku teringin nak pegang kain kiswah. Aku berdiri sebaris dengan Rukun Yamani. Doa supaya dipermudahkan dan aku jalan terus. Takde pusing-pusing join orang tawaf masuk ke dalam sikit-sikit de. Aku jalan terus ke arah Kaabah. Masa aku jalan tiba-tiba aku rasa ada tangan pegang baju aku dari belakang, aku pon pusing nampak ada perempuan kecik pakai jubah hitam dan niqab. Dia cakap bahasa yang aku tak faham tapi aku rasa dia pon nak pegi arah Kaabah. Aku pegang tangan dia dan dia ikut belakang aku rapat-rapat. Kami jalan terus je ke Rukun Yamani. Ya Allah mudah sangat wei. Kena tolak sikit je. Sangat sikit. Aku sempat doa sekejap, amek gambar dua keping, tu pon gegar sebab aku menggigil dan kena tolak. 

Kami berdua balik pegi tepi tempat kami mulakan masuk kawasan kaabah. Dia salam aku. Aku terus peluk dia. Aku amek air zamzam dengan menggigil-gigil dan aku bawa balik kat ibu. Ibu pon tak sangka sebab sekejap je aku pegi. Memang rezeki Allah SWT datang dengan berbagai cara. Allah permudahkan permintaan aku yang satu ni. 

Pagi ni kami ada lawatan tambahan berbayar ke Taif. Satu kawasan tanah tinggi di sini. Kami bayar SR170/person siap dengan makanan. Taif ni jaraknya jauh ye. Bermusafir lah kami rini. Taif ni sejuk juga tapi tak boleh banding dengan kesejukan Madinah. Ayah tak ikut lawatan ni.

 Kami singgah ke Masjid Abdullah Bin Al Abbas dan solat. Kat sini ada library yang simpan manuskrip Quran dari zaman dahulu. 

Mushaf berusia 400 tahun. 

Mushaf yang diukir di atas batu berusia 1400 tahun. 

Dah tu kami singgah makan nasi arab kat restoran. Sedappp. Kambing dan ayam. 

Lepas tu kami melawat ke gerai buah-buahan dan ke Kilang Ros. Kami tak beli apa-apa pon dan kami singgah di Masjid untuk Miqat di Qarn'al Manazil.

 Balik ni aku dengan ibu buat umrah. Kali ni ibu cakap nak try jalan juga. So kami tawaf di kawasan Kaabah dan try saie di tingkat bawah. Level sini tak mendaki macam tingkat satu. Tapi bumbung agak rendah menyebabkan ko rasa jarak antara Safa dan Marwah tu jawoh. 

Balik tu kami singgah beli eskem. Untuk recharge and refresh.

25/01/19
KRS je yang bawa jemaah pergi bermiqat di Hudaibiah l/kurang 26km dari Mekah. Kerana Rasulullah pernah sampai disini dan kawasan ni baroqah. Kalau nak kira, miqat di Tanaim lagi dekat l/kurang 20 minit perjalanan je. Kali ni ibu nak naik skuter.

Perghh kami pergi cari sampai ke bumbung. Dah tu aku penat. Aku tanya pekerja Air zam zam dan dia bawa kami ke tingkat tiga. Kat sini ada dua jenis skuter :
1 seater : tawaf sahaja (SR50), tawaf + saie (SR100)
2 seater : tawaf sahaja (SR100), tawaf + saie (SR200)

Op kos la aku kena jadi pemandu ibu dan menumpang senang tak payah tawaf dan saie berjalan kaki. Anak yang berjasa hahaha. 

26/01/19
Selepas Asar ada taklimat pulang ke Malaysia. Perjalanan yang sepatutnya pada jam 1 pagi 28/01/19 ditunda ke 4 petang 28/01/19. Kami dikehendaki membuat tawaf wida' pada jam 10 pagi esok, bawa turun beg, check out hotel jam 2 petang dan bas ke Jeddah hanya akan datang jam 5 petang. Ustaz terangkan pasal tawaf wida' dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Selesai melaksanakan tawaf wida' kita kena dengan segera meninggalkan kawasan Masjid, tidak boleh bersedekah kepada manusia atau haiwan, tidak boleh membeli belah melainkan beli makanan yang hendak dimakan pada hari itu juga. Ustaz suruh bagi makan burung merpati kat Dataran Masjid sana. Aku takmo bagi makan sebab pada aku dorg tu mengotorkan kawasan dan boleh bawa penyakit. Sebab ustaz dah suruh bagi makan, aku pon akur. 

Ibu ajak puasa hari ni. Nak buka puasa aku tapau roti masuk masjid dah tu kena tahan polis. Masa ni lah baru aku tau tak leh bawa makanan masuk dalam. Tapi macam mana orang boleh je buka puasa dalam masjid sebelum ni? Dorg sorok makanan kat mana? Aku terus sorok roti dalam beg, dah tu cepat-cepat lalu kat polis lain. 

Aku dengan ibu dah belajar, kalau lambat datang, pintu Ayjad akan tutup. So pegi je area pintu 90 dan 89, naik eskulator, pegi cari pintu 74. Setenangnya air di kali kalau solat kat pintu 74. Memang takde orang sampai solat saf putus2 takde manusia. Ada jemaah Afrika edarkan air panas dan anak dia ada jatuhkan sebungkus biskut beruang kat aku. Aku tak tau dia memang nak bagi kami sebab kami puasa ke sebab dia tercicir. Ibu ckp kang boleh guna bagi makan burung. 

27/01/19
Lepas solat subuh pagi ni. Aku usahakan khatam Quran. Dengan bantuan ibu op kos. Alhamdulillah berjaya juga aku habiskan. 

Balik ke hotel, aku bagi makan kat burung merpati. Suka dorg terbang-terbang atas ibu sebab biasa orang bagi makanan bijirin kat dorg.

Pagi ni kami keluar jam 10 pagi ke Masjid untuk tawaf wida'. Ibu cadang nak tawaf naik skuter je. Ayah pula ajak ambil gambar kat kawasan Kaabah. Sekali ayah suruh buat tawaf kat bawah je. Kena tipu daaaa hahaha. 

Aku takmo amek gambar membelakangkan Kaabah. Aku rasa kurang sopan pula. Terpulang pada pendapat individu ya.. 

Ayah bagi duit suruh aku beli nasi arab. Dia dan maman sorg satu briyani kambing. Aku share briyani ayam. Marvelous lah. Licin aku dengan ibu makan. 

Jam 2 petang kami turun ke lobi dan melahu-lahu menunggu bas sampai. Jarak ke Jeddah l/kurang sejam lebih dan kami ditempatkan di Trident Hotel Jeddah. Selesa sangat, Alhamdulillah. 

28/01/19
Kami solat subuh berjemaah di masjid hotel dan diarahkan turun ke lobi pada jam 10 pagi. Jam 9 lebih masa nak siap2 turun, dapat tau suruh turun jam 11 pagi pula. 

Masa turun bawah, tengok luar angin kuat sangat. Hp atas tapak tangan aku pon terbang. Nasib baik aku sempat capai.

Otw ke epot, aku tanya ibu "Ni mendung ni nak hujan ke?". Ibu cakap tu tinted bas je. Tu pasal nampak gelap. 

Sekali haaa hujan lebat. Air naik kat banyak tempat. Aku tak anggap banjir sebab sistem perparitan dorg tak baik sangat dan mesti banyak pasir dalam longkang dorg.  

Sampai epot, masa nak keluarkan beg, banyak beg da basah. Bas redah kawasan air naik tadi. Tu semua beg belah bawah basah kena air. Epot pon basah dan banyak air bertakung. 

Kami check in dan masuk boarding hall. Rupanya ada tandas je takde surau. Kena la solat tepi-tepi dinding je. Lepas solat aku cari mekap. Dah lama naked face sangat. Suci gitew. 

4.30 petang kami dah masuk kapal. Rupanya penumpang kelas bisnis amat leceh dan cerewet. Baik dok kelas ekonomi yang mana semua dengar kata dan duduk di seat masing-masing ikut no tiket. Kelas bisnes punya drama "i nak duduk sini", "dato nak duduk sana", "i nak duduk dengan anak i juga", "ni seat sy" dll lagi. Last-last pramugara kata semua duduk tempat masing-masing, kalau takmo duduk juga macam mana kapal nak jalan. Reti pula manusia ada-ada ni duduk... 

Kami terbang jam 5.25 petang. Punya lama drama dorg ni. 

29/01/19
Kami sampai KLIA jam 6.30 pagi, kemain laju mcam naik jet. Dah amek barang semua abg minta datang masjid KLIA. Aku ni da ngantuk tahap gaban sebab nak drive balik Melaka. Aku langsung tak tido 8 jam perjalanan balik sampai pramugara and pramugari offer buatkan air panas. Aku dapat tengok movie Rampage dan Raising Halen. Blog ni pon separuh aku tulis dalam flight. 

Jam 12 t/hari kami sampai umah dan berehat. Kemas-kemas beg. Ana tolong basuh baju ayah ibu. Aku basuh esok je la. Takde ampaian kang. 

Aku cuti sampai 03/02/19, sekarang aku cuma nak rehat je. Dah tu naik kerja dua minggu then aku akan terus cuti panjang.  

Sesungguhnya kalau kita rasa kita tidak diperlukan atau terlalu diperlukan. Itulah masanya untuk kita mengundur diri. Tempat ini bukan untuk aku lagi. Cukuplah 10 tahun di Melaka. Aku dah capai macam-macam kejayaan peribadi. Sama ada manusia menghargai atau tidak, terpulang pada kata hati masing-masing kerana demi Allah, aku sudah penat dan tawar hati.

Namun aku bersyukur walaupun sejak 3 bulan yang lepas life aku terlalu hectic but for me all end well. Alhamdulillah dipermudahkan. Apa yang aku nak dan hajatkan semua dapat walaupun ambil masa yang agak lama. 

~Maya Zura Yahya~

Mencari diri dan harga diri.