Thursday, 9 August 2018

Dugaan dan cobaan

Arini nak share pasal masalah bengkak kat leher aku. Sebenarnya bengkak kat leher aku ni ibu dan along da tegur lebih kurang 4-5 tahun lepas tapi sebab aku x rasa sakit. Aku abaikan aje.  Tapi sebab dah makin berusia ni makin rasa takut mati, aku gagahkan juga lah buat pemeriksaan.  Aku ni dah 3 kali buat ujian darah untuk kesan masalah thyroid tapi semua ujian negatif. Makanya takde lah aku rasa satu keperluan nak pegi buat pemeriksaan lebih lanjut. Aku pernah discuss dengan doktor dan akhirnya kami buat decision yang aku memang gemok sebab tu leher aku ada bengkak hahahhaa. Yang jadikan aku bertambah takut ialah Nana.  Dia kata pegawai dia pon leher bengkak tapi tak sakit. Bila cek rupanya kanser limfoma stage 1. Tak huru hara hati aku?

28/07/2017
Aku ajak Miza anta aku pegi Klinik Mesra kat Pertam Jaya,  Semabok sebab keta aku air-con rosak.  Saja lah nak manja2 soh Miza anta hahhaha. Jumpa Doktor Atikah dan dia kata maybe thyroid gland yang bengkak or goiter.  Tapi untuk kanser tu not possible la cek just like that.  Doc suggest aku buat ultrasound kat Mahkota Medical Center dan suruh aku pegi weekdays sebab tak ramai orang. Aku tanya nak kena cepat ke?  Sebab aku nak outstation ni. Doc kata ok je bila2.

Aku pergi outstation dari 01-05/08/2017 kat Damansara Perdana dan lepas tu aku stay kat rumah Panda untuk lepaking.

Aku naik kerja 07-08/08/2017 then aku cuti plak mulai 09-14/08/2017. Pegi Lombok dan lepak umah Panda sekali lagi.

16/08/2017
Arini aku bfast dengan Margaret dah tu aku g bayar cukai pintu kat pejabat Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya. Aku dah setahun setengah tak bayar cukai. Sebelum dia tampal notis merah sekali lagi kat oagar umah baik lah aku g bayar hahhaha.

Lepas selesai urusan kat MPHTJ aku terus pegi Mahkota Medical tapi nak cari parking perghhh bercinta ko.  Last2 aku park kat Mahkota Parade je.  Pegi bahagian Radiology  then tunggu giliran nak ultrasound.  Nak tunggu result lagi. Mak oiii memang mencabar lah menunggu kat sana sorg2.

Lebih kurang jam 1.50 petang dah dapat result ultrasound dan aku kena pegi Klinik Mesra nak consult dengan doc.  Sebab Melaka ni memang trafik flow horror time budak balik sekolah. Aku pegi Mahkota Parade makan tengahari tapi semua rasa x boleh telan.  Sebab tadi aku da tengok keputusan ultrasound tu.  Dah bertahun2 bengkak langsung tak pernah rasa sakit, hari ni memang rasa sakitnya.

Jam 2.20 petang aku sampai kat Klinik Mesra dan doc tgh rehat time tu. Kata kena tunggu sampai jam 3.00 petang.  So aku dah malas nak gerak mana2 aku dok je la kat klinik.  Doc panggil masuk lepas tu dan tengok result ultrasound. Hmmmm

Ok aku lupa pasal citer ni. Sebab aku save je dan tak post!
Aku lupa yang aku pegi HUKM bulan september 2017 buat biopsy leher.
Aku lupa aku kena buat ultrasound kat Hospital Melaka.
Aku lupa aku kena amek result biopsy kat HUKM bulan Mac 2018.
Masa aku sedar tu dah lepas PRU14.
Sebab awal Ogos aku tak sihat.
Doktor nasihat dapatkan semula result tu.
So 07/08/18 aku call HUKM nak tanya pasal result dan dorg bagi new date 27/09/18 jam 0900 hrs.
Semoga aku tak lupa pegi hospital.
Sekian, terima kasih.