Working non stop from February is taking a toll on me. Aku memang amalkan sejak 8 tahun yang lepas, setiap tiga bulan aku kena cuti seminggu supaya badan dan minda aku dapat rehat yang cukup. Lagi-lagi sejak menjawat jawatan sekarang ni. Walaupun nampak mudah tapi bebanannya bukan untuk ditunjuk pada orang lain. So aku keraskan hati aku ambil cuti 12 hari sebab dah tak mampu nak menanggung rasa dalam jiwa ni.
25/06/2018
Pagi ni aku bertolak dari Melaka lepas selesai semua urusan untuk hadir mesyuarat dan majlis kecil di Kuala Lumpur. Memang malam ni dah plan nak tido KL sebab tak mau balik kelam kabut macam selalu ke Melaka semata-mata nak masuk mesyuarat harian jam 8.30 pagi. Walaupun aku baru buat cermin mata baru, aku rasa penat dan tak mampu dah nak drive malam or keadaan gelap dini hari. Malam masa tengah rehat dapat berita Mak Lang (kakak ayah) meninggal dan akan dikebumikan di Banting, Selangor. Ni yang aku cerita ada bawa Ibu and Ayah melawat kat Hospital Putrajaya bulan Mei ritu.
Aku stay kat Majestic Hotel, KL satu malam. Saja nak share pemandangan bilik, Aku langsung tak keluar sebab hujan kat KL. Makan pon book Grab-Food je. Sah pemalas la kan hahaha. Sebenarnya aku dah janji nak makan dengan Nana tapi sebab hujan dan tau dah jalan sesak. Tak kuasa lah aku or Nana nak keluar.
26/06/2018
Pagi ni pon hujan juga dan lepas sarapan aku bertolak balik Banting untuk urusan pengebumian. Selesai urusan, aku hantar kakak aku Ana balik ke Jalan Duta. Sebabkan waktu kerja suami dia masih panjang, maka dia pon melayan aku nak melawat Istana Negara yang lama yang sekarang diubah jadi Muzium Diraja.
Pelancong China tolong ambil gambar sebab Ana tolong ambil gambar dorg.
Taraaa
Aku dok melayan Ana nak ambil gambar bergaya-bergaya ni.
Panorama view of Muzium Diraja.
Selepas selesai melawat Muzium Diraja kami saja pulak singgah Istana Negara ambil gambar kat sana. Chewahhh dasar mengambil kesempatan sungguh.
Daku di tembok Istana. Mungkin satu hari nanti daku berpeluang masuk istana.
Ni toksah kata lah. Kemain suka dia melompat-lompat macam ada persembahan ballet.
I wear my invincible crown daily.
Pengawal bertugas dari RAMD Seremban. Sempat borak sikit dengan dia sebelum dia dikerumuni pelancong China.
Lepas hantar Ana ke pejabat dia, aku terus pergi ke Shah Alam untuk makan dengan Nana. Aku belum lunch pon, so Nana ajak makan Nasi Briyani kat Tesco Shah Alam. Jam 7 malam Nana ajak teman pegi dentist. Tapi baju aku semuanya dah dalam mesin basuh sebab aku pack bag untuk satu malam je...
Maka Nana bagi aku pakai jubah dan shawl sebab nak heret aku pegi dentist.
Maka Nana bagi aku pakai jubah dan shawl sebab nak heret aku pegi dentist.
Nana singgah Secret Recipe, belanja kek bday aku. Selagi bulan tu masih Jun, maka aku layak tuntut lah kan? Btw, tqsm Nana syg.
27/07/2018
Pagi ni Nana pegi kerja dan aku bermalasan dulu kat rumah dia. Dalam jam 11 pagi aku keluar dan hala ke KL nak jumpa kawan. Lepas jumpa kawan aku balik Melaka nak kemas beg nak pegi jalan-jalan. Sampai Melaka, aku sempat la buat kek coklat sebab dah janji dengan Anna yang aku nak datang Kluang plak melawat dia.
28/06/2018
Pagi lebih kurang jam 10 pagi, aku dah keluar umah menuju ke Kluang. Dapat pula berita Pak Teh (abang Ayah) meninggal dunia di Hospital. Aku patah balik kat plaza tol Bukit Gambir menghala semula ke Banting. Arwah Pak Teh kebumi sebelah kubur Arwah Mak Lang...
Malam tu juga aku balik Melaka semula bawa Ibu dan Ayah. Aku soh dorg tinggalkan aje Saga kat kampung sebab tau dah dorg penat. Tak larat dah nak balik bawa kereta tu. Aku cakap Selasa nanti aku nak pegi Langkawi naik kat KLIA. So, aku suruh dorg anta aku ke KLIA then ambil la Saga tu bawa balik Melaka. Tinggalkan Abang City kat kampung. Drive malam tu sangat lah mencabar sebab badan ni penat yamat. Ayah berjaga sepanjang perjalanan sebab dia pon tau aku dah kepenatan. Ibu tak payah cakap lah. Kalau kau tanya dia, sure dia tak ngaku dia tido. Kami sampai Melaka sebelum jam 1 pagi.
Lepas hantar Ibu dan Ayah balik Desa Baru, aku balik umah aku dan simpan kek yang dah lembik kepanasan dalam kereta seharian.
29/06/2018
Aku tak ingat jam berapa aku gerak ke Kluang, rasanya dah petang. Sekarang pulak musim hujan. Amboi seksanya drive kat highway hujan-hujan ni. Mencabar sungguh la. Anna, Adzrul dan adik Anna, Abik tak de rumah, so aku buat macam rumah sendiri lah. Anna ada pokok mangga yang baru berbuah. Aku dok ulang alik dapo makan buah mangga.
Jam 7 lebih aku and Anna ke Kluang Container Swimming Pool Homestay sebab Adzrul ada majlis jamuan raya dan hari keluarga cawangan dia. Aku datang menyibuk je lah hahaha. Dapat lah ambil gambar kat kawasan hotel dan menyumbangkan lagu sebab tak ada orang yang nak nyanyi. Aku kan tak tau malu sangat. Lagipun bukan ada orang kenal aku sapa kat situ hehehe.
Balik rumah Anna bagi aku makan kek bday. As usual kami akan tiup lilin guna lilin putih yang besar tu. Ritual ni kami dah buat bertahun-tahun sejak Anna bujang dulu. Tq syg.
30/06/2018
Hari ni aku dah rancang nak ke JB nak beraya rumah Linda sebab Linda kata dia ada masak untuk kawan-kawan Malek. Tiba-tiba si Adzrul baik hati nak anta aku merangkap bawa Anna berjalan-jalan ke JB.
So kami pon pergi Pulai Hijauan nak beraya umah Linda. Sah la aku kena marah dengan perempuan garang tu sebab tak tido umah dia hahaha. Sorry yang. Linda masak Soto dan ada sagu gula Melaka yang sedapppppp sangat.
So kami pon pergi Pulai Hijauan nak beraya umah Linda. Sah la aku kena marah dengan perempuan garang tu sebab tak tido umah dia hahaha. Sorry yang. Linda masak Soto dan ada sagu gula Melaka yang sedapppppp sangat.
Lepas raya rumah Linda kami jalan jap pegi Paradigm Mall and cari makan. Adik Anna si Abik pon ada join kami. Lepas tu kami balik semula ke Kluang.
01/07/2018
Pagi ni Anna bangun awal buat Chicken Pie untuk aku and Ibu. Aku balik lalu jalan lama. Singgah jap sarapan kat Batu Pahat jumpa kawan-kawan lama. Ateng, Dak Wan dan Safarul Aswad (yang ni sah aku tak ingat sebab dulu ramai wei manusia semua botak-botak hitam). Lepas sarapan aku saja nak pegi cari ikan baung kat Kedai Makan Asiah Ismail, Pagoh. boleh google nama kedai tu or Baung JDT. Sini ada jual ikan baung dan ikan-ikan darat yang lain. Sepanjang jalan memang hujan dan aku singgah beli durian kat tepi jalan kat Pagoh. RM8/kg bawa balik makan dengan Ibu Ayah.
Aku singgah Galeri Darurat Bukit Kepong. Sebelum ni penah singgah tapi masih dalam proses renovation. Banyak la yang aku belajar. Polis kalau dengar Last Post tapi tak sedih maknanya hati kau cukup kental. Aku dah bergenang air mata sambil tengok video serangan Bukit Kepong. Ada juga tayangan Filem Bukit Kepong yang Tan Sri Jins Samsudin berlakon. Kebetulan aku lalu dialog lagend ni keluar : Kami orang-orang polis takkan menyerah kalah. Amboi..
Eh eh abang PPH ni pesal dok tinjau-tinjau belakang aku ni. Tapi benda yang paling teruk kat sini ialah tandas awam wanita dua2 sumbat dengan tahi. Ehhh geli kot!
Belum jam 12 dah nak abis ikannya..
Lepas tapau lauk kat kedai Baung JDT aku terus balik Desa Baru.
Makan dengan Ibu kat umah. Dah tu aku balik umah aku. Nak basuh baju dan kemas beg nak jalan lagi. Busy betul la life bercuti ni ye.
02/07/2018
Semestinya lepas selesai urusan kat umah aku pergi pejabat. Uruskan hal pejabat pulak. Dari awal cuti hati ni dok pikir pasal satu kes menarik yang aku rasa susah aku nak lepas kat tangan orang lain. Selesai urusan pejabat baru aku balik sambung kemas beg. Esok flight jam 8.15 maka kami kena ada kat KLIA jam 7.00 pagi. Aku pesan ulang kali kat Ibu, jam 5.00 pagi kita kena gerak.
03/07/2018
Jam 5 pagi, aku dah tercangak kat Desa Baru nak ambil Ibu dan Ayah. Aku cakap kalau kita jalan lambat or sembahyang Subuh kat umah, memang babai la flight tu nanti.
Kami singgah kat Hentian Senawang untuk solat Subuh dan sampai exit Port Dickson boleh pulak Plus buat penyelenggaraan jalan. Amboi stuck 10 minit sampai ke exit Seremban, lepas tu harus aku pecut sebab tengok waze tinggal nyawa-nyawa ikan je untuk drop bag. Aku dah web check in awal.
Kami singgah kat Hentian Senawang untuk solat Subuh dan sampai exit Port Dickson boleh pulak Plus buat penyelenggaraan jalan. Amboi stuck 10 minit sampai ke exit Seremban, lepas tu harus aku pecut sebab tengok waze tinggal nyawa-nyawa ikan je untuk drop bag. Aku dah web check in awal.
Kami sampai KLIA jam 6.50 pagi dan aku terus drop bag kat Malindo. Lepas tu baru hilang rasa dag dig dug aku. Flight delay jam 8.30 baru nak terbang. Semestinya aku bawa Teddy jalan sama hahaha. Turut dibawa ialah buku ATIPSOM hahaha.
Mak Jemah bawa beg sampai 2 haaa.
Aku tido kejap dan terbangun masa Flight Attendance bagi makan minum. Aku nampak Pulau Pinang sebab ada 2 jambatan tu. Sorrylah hp aku tak power sangat nak capture jambatan tu.
Sampai kat Langkawi, Pegawai ATIP dah tunggu dah. Sebenarnya aku datang Langkawi bukan sekadar bercuti. Aku datang nak dengar seminar ATIPSOM. Tuan Woon akan pindah ke Jabatan lain selepas di naikkan pangkat. So ini adalah talk dia yang terakhir di ATIP.
Lepas lunch dan check in hotel kat Pekan Kuah, dorg jemput aku pegi Kem Bina Negara. Kat sini pemandangan superb lawa. Masuk kelas petang mula la kan mata ni kecik aje. Nasib baik aku berjaya tak tido.
Pemandangan kat luar dewan.
Lepas abis talk, dorg ajak makan laksa ikan sekoq. Hmmmm time ni aku da mula severe headache. Rasa nak muntah nak buang air besar semua ada. Aku dapat makan sikit je dah tu balik hotel terus tido sampai malam. Panda ada call ajak makan tapi aku dah memang out dah masa tu. Bila da bangun kelaparan pula. Sabar je sampai ke pagi ye Maya..
04/07/2018
Pagi ni aku dah cergas, pagi jam 7.30 dah keluar nak cari sarapan. Rupanya belakang hotel aku ada Chicking yang buka 24 jam dan ada delivery. Sia2 aku menanggung kelaparan malam tadi.
Lepas sarapan aku lepak bawah hotel jap, borak dengan tukang sapu sampah. Balik bilik rehat sementara nak tunggu kedai buka jam 9.30 pagi.
Aku yang buka HIG kecik kat pekan Kuah tu. Tahniah pelanggan pertama. Ibu mula2 pesan sebijik je mangkuk vision. Tiba2 dia up jadi 3 biji. Aku beli coklat2 yang dikirim orang dan yang aku punya dah tu balik semula ke hotel.
Pegawai ATIP ambil aku jam 11 dan dorg shopping last round sebelum ke epot. Nak jadi hal, dorg extra baggage 15kg. Dah tak tau nak buat mcm mana sebab AirAsia charge RM35/kg dan waktu sangat suntuk, dorg tinggalkan beg sebesar alam kat aku utk aku bawa balik KL Jumaat ni. AA boleh beli extra baggage 4 hours sblm boarding ya. (korang nampak beg besar yang aku pegang tu? tu lah beg yang dorg tinggalkan kat aku)
Lepas dorg fly, aku ambil alih kereta Toyota Vios dorg dan pegi patah balik Pekan Kuah nak sambung shopping. Aku tolong belikan kawan2 alas meja dan langsir Along. Aku pegi ambil Panda yang tengah kursus kat Pulapol dan cuba uruskan pembelian extra baggage MAS tapi gagal sebab MAS pulak kalau nak add on kena 72 jam sebelum fly. Semak kepala aku lah. Aku call pejabat pos dah tu pos kata boleh pos je dengan harga yang sangat munasabah dan dia suruh wrap dulu beg dan kotak isi langsir tu. Happy la sekejap otak aku ni.
Aku ckp dgn Panda teman aku pegi epot nak wrap beg pegawai ATIP tu dengan kotak Along. Lepas selesai, aku dgn Panda pegi balik hotel aku sebab aku nak mandi tukar baju.
Sebelum balik hotel, kami singgah dulu pasar malam depan hotel aku, sebab Panda takut dia lapar masa tunggu aku mandi. Logik tak?
Aku bawa Panda makan ikan bakar malam kat belakang Idaman Suri. Esok aku ada boat ride tapi Panda tak boleh ikut sebab ada kelas. 8 tahun lepas aku dengan Panda pernah kursus AMLA kat Langkawi. Masa kursus tu keluar result UUPP, Panda lulus semua 6 subjek. Aku lulus 2 je hahahha. Nampak tak kat mana tahap bodo tu?
05/07/2018
Pagi lagi aku dah standby untuk travel agent ambil kat hotel. Dia kata dalam 9.00 ke 9.30 pagi dorg akan pick up kat hotel. Sekali aku tengok jam macam tak meyakinkan je. So dalam jam 9.30 pagi aku drive sendiri ke Jeti Kilim Geopark sebab aku tau kalau dah mula tour lambat, sure habis pon lambat. Aku nak pegi pejabat pos petang ni nak uruskan semua harta benda orang.
Ni aku share gambar aku masa tour. Tour ni 4 jam dengan bayaran RM90. Boleh call no ni ya 013-8749871 untuk pertanyaan. Mostly yang join tour ni orang Arab sebab ramai sungguh mereka di Langkawi ni.
Pemandangan dari Jeti.
Persinggahan pertama ialah Bat Cave. Dalam ni ada banyak kelawar tengah tido. So aku tak lah kejutkan dorg sebab aku dok gigih angkat kain. Kang terseret taik kelawar plak hohoho. Kat kaunter ada sewakan torchlight RM1. Better sewalah sebab dalam gua tu gelap, takut kepala terhantuk gua.
Kat SAS Rimba Floating Fishfarm
Adik ni tengah bagi penerangan pasal ikan sangkar. Sian dia berusaha nak cakap English. Takpe dik, lama-lama nanti berabuk ko speaking dik.
Ni kami lalu kat Crocodile Cave. Ada nampak macam bentuk kepala buaya tak batu-batu tu.
Monyet kat sini dah memang kenal orang. Boatman kata monyet takmo kalau dibagi air mineral. Dorg nak ginger ale je.
Aku harus ambil gambar di haluan bot.
Dorg bawa kami tengok Burung Helang. Burung ni bukan jinak dan diberi makanan ye. Dorg diumpan untuk turun supaya pelancong dapat tengok dorg. Dorg masih haiwan pemangsa yang mencari mangsa dengan cara memburu.
Ni satu lagi floating fishfarm tempat kami makan tengahari. Kami dijamu dengan nasi goreng dan ayam goreng, air kordial mangga dan buah tembikai potong.
Sesungguhnya aku tak tau yang kami ada beach activity. Aku dah la tak bawa baju renang.
Nasib baik aku memang pakai swimming pant dalam skirt aku. Tapi baju tu kira halal je lah mandi laut. Rendam-rendam badan je pon.
Otw balik ke jeti, hujan pulak. Aku da memang basah kuyup tak tau lah nak kata apa dah. Tak bawa baju tukar. Terus masuk keta menuju Poslaju. Sampai kat poslaju, barang Jie dan Nana lepas. Pos kotak kecik je. Beg tu dapat dipos dengan bayaran RM80.10. Kotak Along tak lepas sebab pegawai pos kata kena ada cop cukai kastam sebab barang tu adalah barang bercukai. Perghhh sentap hati aku, masa tu jam dah 4.30 petang. Poslaju tutup jam 5 petang. Mana sempat nak pegi jeti dah tu patah balik. Aku rasa dah nak give up sangat masa tu. Badan dah sakit angkat beg dan kotak yang berat giler tu.
Aku konon nak kejar pegi pejabat pos lain tapi sudahnya aku betul2 give up. Aku balik hotel dan mandi. Along soh aku pegi pejabat cari org minta tolong pos kemudian. Tapi aku bukan jenis manusia yang macam tu. Tak de la aku nak pegi tempat orang nak suruh orang buat kerja aku.
Petang sikit aku amek Panda dan Radz. Pegi jeti nak jumpa Kastam rupanya tutup malam. So kesudahannya memang dah give up lah. Jumaat cuti kan Kedah..
Along bagitau dia ada kawan yang boleh tolong. So esok pagi aku akan ke jeti buat perlepasan cukai.
06/07/2018
Pagi ni aku bangun dan kemas beg nak check out. Lepas tu aku terus ke jeti jumpa pegawai kastam. Dia kata kena cukai 10% dari amaun barang yang dibeli. So kena la RM40, aku buat la rayuan mesra. Dapatlah cukai RM10. Terima kasih lah kepada Pegawai Kastam yang membantu aku.
Aku pegi sarapan then serah kotak pada kawan Along. Lepas tu baru bersenang lenang amek Panda dan Radz. Kami konon nak cari ikan bilis kat Pantai Pasir Hitam rupanya kilang tu da setahun lebih pindah. So kami jalan menuju ke Pantai Tanjung Rhu. Lepak tepi pantai makan gor pis dan air kelapa. Lepas tu saja menuju ke dalam lagi. Kami jumpa la Pantai Tg Rhu. Punyalah cantik macam ada kat negeri lain.
Tak sibuk macam kat Pantai Chenang. Tapi minggu lepas ada sorg pelancong mati sebab kena obor-obor. Takut gak lah.
Ni rasa macam kat tempat lain sangat. Mula la berangan nak tido dalam khemah kat sini next time. Sebab hotel yang ada ialah Four Season dan Tg Rhu Resort yang harganya diluar kemampuan aku hehehe.
Radz yang tak rajin bergambo terpaksa redho dengan aku and Panda hahahaha
Lepas tu kami balik bilik, mandi dan menuju ke kedai dobi layan diri. Basuh baju dulu. Tak penah la balik kalau tak basuh baju hahahaha. Sambil tunggu basuh baju, kami pegi makan. Lepas amek baju terus balik pulapol, kemas beg. Dilema kami bermula di sini, terlalu banyak beg! Takut lebih muatan je walaupun kami ada 90kg keseluruhan.
Sampai kat epot, aku tinggalkan Panda dan Radz uruskan beg sebab aku nak uruskan kereta Vios tu. Sah lebih 95.5kg. Staf MAS minta kami keluarkan barang. So Panda suci hati keluarkan beg sandang dan keluarkan sikit coklat. Tapi lebih gak 91.5kg. Staf MAS kata ok. Alhamdulillah.
Dok menunggu kat dalam aku cakap kat Panda, "Pesal sunyi takde pergerakan ni?" Tak lama MAS umum flight delay. Chaittt
07/07/18
Kami sampai KLIA memang da masuk tarikh baru. Pak Tek satu famili datang anta Abg City. Aku dengan Panda dah one two som sapa yang kena drive sebab dua2 dah kepenatan.
Panda drive dulu dah tu kami singgah makan kat Dataran Nilai. Kemain mat motor bunyi bising kat sini. Sakit telinga dan hati akak. Sedap makan kat sini dan murah.
Panda drive dulu dah tu kami singgah makan kat Dataran Nilai. Kemain mat motor bunyi bising kat sini. Sakit telinga dan hati akak. Sedap makan kat sini dan murah.
Lepas tu aku plak drive tp masa tu Panda heboh cari beg dia. Dalam beg ada kunci umah. Aku dok bayangkan paperbag sebab tu yang dia bawa kat pulapol. Dia tanya aku beg sandang. So misscommunication dua makhluk Allah ni menyebabkan konflik dalaman pada kami berdua hahaha. Kami sampai Cheras jam 3 pagi.
Tido sat, esok bangun terus pegi urut badan. Sakit gila badan angkat barang berat. Lepas tu lunch kat Leisure Mall dan aku balik Melaka. Hari ni rehat kat umah aku.
08/07/2018
Aku balik Desa Baru anta mangkuk vision Ibu. Kemain seronok dia. Aku keluar lepas tu beli barang dapo umah Ibu. Malam aku balik umah aku balik sebab esok nak kerja dah.
Apa yang aku dapat kali ni? Aku rasa aku dapat penat aje.
Tapi kali ni aku jumpa ramai kawan-kawan baik aku yang sentiasa ada masa aku susah atau senang.
Bila hati tak tenang, tak ada apa yang kita dapat. Semoga mendung akan berarak pergi sebab hati ni dah tak berdaya menanggung beban. Kalau sampai sinilah rezekinya, aku redho.
Try to relax Maya. Stop and breathe. You will overcome this.
Insya Allah