Wednesday, 16 May 2018

Kuala Selangor : 12-13/05/18

Kali ni nak cerita pasal percutian pendek aku bersama Ayah dan Ibu. Al kisahnya Malaysia baru selesai PRU14 pada 09/05/18 dimana tampuk pemerintahan Malaysia telah berubah. Along dan famili balik ke Melaka untuk mengundi dan petang Jumaat 11/05/18 jam 4.00 petang Along naik teksi ke KLIA.

Along and family sebelum naik teksi hitam ke KLIA.

Ayah dah mula ajak Ibu jalan2 nak berehat sebentar selepas dua minggu yang sibuk dengan urusan politik. Aku pula memang masih penugasan dengan PRU. So aku cuba pujuk Ayah supaya jalan lewat sikit sebab dijangka penugasan aku akan tamat malam tu juga. Ibu pon kelam kabut kemas rumah dan beg. Aku pula pikir nak balik rumah aku ke tak ambil barang. Sibuk aku mencari destinasi percutian singkat kami. Ayah cadang nak ke Kukup, Johor. Aku ni bukan boleh drive malam sangat, mata silau kena cahaya. Aku tanya Ibu kalau ayah nak pegi ke Selatan ke melawat kakak dia yang sedang beristirehat di Hospital Putrajaya. Akhirnya lepas Ayah balik dari surau malam tu, Ayah setuju pergi ke Selangor. Aku terus book Sherwood Gateway Hotel di Bandar Baru Bangi.

Singah RnR Seremban bagi Ayah minum dan makan dulu. So da sampai hotel tak la dia tanya pasal makanan hihihi. Bilik memang besar sebab aku rasa bangunan hotel ni memang dibina untuk shopping complex. Family room just RM180.

Esoknya sarapan di Restoran Minang depan hotel je. Ibu cakap kat aku, tak payah mandi sebab jalan kaki je.

Perasan macam rumah sendiri. Kami bersiap2 untuk ke hospital. Sampai sana ada Maklong dan Ummi with the fam bam. Masa melawat jam 12.00 sampai 7.00 malam. Kami sampai awal jam 10.30. Sebab ada pas penjaga maka Ayah dan Ibu naik melawat jap. Bila aku dengan Mak Long nak naik kena tahan plak. Pengawal keselamatan itu amat BERDEDIKASI ya. So aku bagi Mak Long je naik dulu.

Ummi, Mak Long and me.

Ibu dan Mak Lang.

Pak Haji yang always busy with the hp.

Lepas semua selesai melawat, kami beredar dan Ibu cakap nak pegi Hulu Selangor tempat orang jual lesung batu. Aku dok bawa dorg pusing2 tanpa arah tujuan jap sebab GPS SIGNAL LOST (damn you) dan kemudian berjaya menuju semula ke Hulu Selangor. Tiba2 Ibu nampak signboard Kuala Selangor then dia cakap "Dik tu simpang Kuala Selangor". Masa tu aku terus tanya nak pegi Hulu Selangor ke Kuala Selangor ni? Last2 ayah yang jawab Kuala Selangor laaaa. Hmmmmm redho lah wahai anak.

Muka sebelum konflik dalaman dengan Ibu mengenai destinasinya.

Kami sampai Kuala Selangor lebih kurang jam 2 petang dan jalan2 pekan lama.  Sebab tujuan asal Ibu kan nak cari batu lesung. Pusing punya pusing pon tak jumpa  Nampak pula kedai Mee Udang Galah Banjir maka haruslah singgah. Tapi tak kena la dengan selera kami.

Mi udang galah saiz sederhana besar.

Mi goreng udang galah saiz kecil

Lepas tu singgah Agro Bazaar sebab signage tulis pusat jualan ikan masin. Singgah je rasa hampa. Ikan masin da lama dan uzur sangat yang dijual tu. Ayah pon ajak cari tempat tido sebab ayah bukan suka sangat dok dalam keta aku sebab tak boleh hisap rokok hihihi. Ayah nak tepi sungai. So aku cubalah cari kawasan Bukit Belimbing dan kami sampai di satu resort nama Firefly Park Bukit Belimbing. Ada beberapa jenis penginapan yang ditawarkan. Ada kabin dan chalet. Aku ambil chalet sebab ada 2 bilik dan ruang tamu. One more thing chalet ni atas air. RM220 untuk hari cuti umum.

Aku mengganggu kucing tengah berak dan aku rasa perbuatan aku tak salah hahahha.

Resort ni ada kolam renang yang luas. Ramai la famili yang datang bawa anak2 dengan bayaran RM7 dewasa (13 tahun ke atas), RM5 kanak2, warga emas dan OKU percuma.

Pemandangan kolam dari bilik aku.

Pemandangan chalet atas air.

Panorama view dari depan chalet kami.

Just a bongsai.

Sangkar burung warna warni.

Kura-kura berbagai spesis

Sampai bilik aku tanya Ibu nak tengok fireflies tak malam ni. Kelip-kelip kat Sungai Selangor ni dikatakan 8th wonders of nature sebab dalam dunia ni hanya ada dua tempat sahaja yang kelip-kelip menginap (am i using the correct word?). Satu di Kampung Kuantan dan satu lagi di Bukit Belimbing. Dua2 ni di Kuala Selangor, jarak 12km je. Ibu beria tanya Ayah sebab Ibu kata dia malas tapi Ayah cakap dia nak pegi.

Masa dorg berehat aku pegi kaunter tanya pasal pakej firefly. RM16 untuk dewasa dan RM9 untuk kanak2. Kalau menginap di resort ni hanya bayar RM13 je sorg. Tiket dijual untuk trip jam 7.00 hingga 10.30 malam. Aku ingat nak beli tiket awal tapi adik jaga kaunter kata malam karang je la beli kak.

Aku pon bawa kereta menyusuri kawasan kampung dan kebun kelapa sawit. Masa tu langit mendung sangat macam dah nak hujan tapi sudahnya tak hujan juga.

Magrib je kami semua solat sebab aku beria ajak dorg tengok kelip2. Aku tanya Ibu kenapanya pakai baju kurung nak naik bot? Dia kata "Kena ke naik bot? Ayah kata jalan kaki je tepi sungai". Walhal ibu ni penakut naik bot sebenarnya.

Lepas bayar tiket kami jalan menuju ke belakang resort ada jeti. RM13/person sebab kami menginap kat sini.

Bot yang kami naik tu powered by electricity untuk reduce noise and polition. Bot tu slow je gerak dan aku nampak banyakkkkk kelip-kelip. Just wow! Subhanallah memang cantik dan amazing sangat. Try took some photo and video but sadly my Oppo R9S couldn't capture any useful images. Pilot bot kata kelip2 ni cuma ada kat pokok berembang. Memang kalau kat pokok nipah dia tak singgah pon.

Lepas selesai boat trip lebih kurang 20 minit kami pon menuju ke kereta nak cari makan. Barulah ramai pelancong dan pelawat datang. Bergerombolan. Nasib baik kami mula awal. Ayah mula2 ok nak makan seafood kat Pantai Remis dah tu tiba2 takmau pula sebab jauh. Akhirnya makan kat kedai tomyam je. Lepas makan terus balik chalet dan rehat. Malam tu ibu cerita kawan dia masa di Tampin yang bagitau kat Kuala Selangor ni ada kedai jual batu lesung yang femes. So dia anggap pekan Kuala Selangor ni keluarkan  produk batu lesung lah sebagai produk IKS. Aku nak bagitau, Ibu tu duduk kat Tampin masa tahun 80an. Dia cerita benda yang da 30 tahun berlalu. Macam mana aku nak cari tempat tu Ibu oiiiiii....

Check out.

Kami sarapan di kedai Nasi Ambang dan aku cuba tanya untuk usaha kali terakhir.. Kat mana sebenarnya kedai jual batu lesung ni. Orang kedai kata akak pegi pekan lama. Cari kedai runcit Rahmaniah.. Depan dia ada restoran Rahmaniah. Sebelah kedai runcit tu ada kedai cina buat nisan. Kat situ lah ada jual batu lesung.

So aku gigih ni bawa dua orang cari lesung dan jumpalah kedai membuat dan menjual batu nisan Chop Lian Fatt. Kedai tu tutup lagi sebab baru jam 10 pagi. Abang kat kedai runcit suruh aku ketuk je pintu besi. Ada sorg aunty keluar dan aku panggil Ibu Ayah datang tengok. Aunty tu dah bagitau awal, "mahal woo batu lesung ni. Ni batu Sungai sini". 

Pemilihan.

Perbincangan.

Selepas Ibu dan Ayah berbincang maka Ibu beli batu giling dengan harga RM350. Aku bungkus sendiri pakai surat kabar dan aku ikat sendiri pakai tali rafia. Aunty da tua tak larat.

Batu penerangan kawasan Bukit Malawati. Lepas misi berjaya, aku ajak ibu naik train ke Bukit Malawati. Dewasa RM3.20, kanak2 RM2.20. 

Ayah lepak kedai minum je. Kat atas bukit ni boleh tengok kawasan pesisir pantai (Selat Melaka) kalau tak berkabus. Masa kami naik tu masih kabus lagi. Ada beberapa meriam yang menghala ke laut sana sebagai kubu pertahanan Kuala Selangor. Ada juga sebuah rumah api dan muzium sejarah Kuala Selangor. Atas ni banyak monyet dan lotong. Ada peniaga jual ice cream for tourist and vegetables for the monkeys.


Jurumeriam.

Hi monyet.

Woiii ko ngumpat aku ke?

Sana sini monyet.

Rumah api.
Kabus memang tak nampak jelas ke laut sana.

Ibu tak larat nak melawat muzium dia dok kat tangga muzium ngaji.

Tak lama tu kami pon turun dan Ibu ajak singgah Pantai Remis nak cari orang jual ikan masin. Alhamdulillah kami langkah kanan, memang ada pasar minggu. Dapat lah beli macam2 makanan.

Pantai Remis. Aku rasa tak sesuai untuk mandi.

Belacan.

Ikan masin berbagai jenis.

Udang sekilo RM25. Tapi tak beli.

Serai seikat RM2.

Mentarang dan kerang. Tak beli juga.

Patah balik ke jalan besar singgah jap makan cendol durian. Boleh la tahan rasanya dan lepas tu singgah ada orang jual telur ayam gred A sepapan RM8.50. Harus dibeli.

Kami singgah RnR Seremban untuk solat dan Hentian Pedas Linggi beli buah. Keluar tol Simpang Ampat untuk lunch dan beli lemang. Kami balik guna Lebuh AMJ je dan akhirnya selamat sampai umah.

Buah-buahan dan jagung cawan.

Masak lemak cili padi daging salai di Kendong.

Makcik beli lemang. Belah siap ye. Nak makan jap lagi.

Lemang. Yeay..

Alhamdulillah semuanya selamat.

Bukan semua orang mampu ada masa bersama orang tua. Bila hatinya resah, tenangkan lah.

But, most of the time I'm just being a selfish brat hahaha.