Friday, 3 November 2017

Kursus Motor : 09/10/17 - 03/11/17

Awal Oktober aku dapat tahu dari Miza nama dah naik pegi kursus motor. Dalam hati ni punya excited sebab aku ni haram tak penah bawa motor. Ada la sekali bawa motor tahun 1998 masa Ibu and Ayah g haji tapi jatuh. Lepas tu tak penah usik da sebab Ibu tak bagi. Arwah embah meninggal tahun 1993 masa bawa motor kena langgar dengan lori. Ibu cakap motor ada 2 tayar je, macam mana pon mesti ko jatuh. So walaupun aku nak bawa motor, aku simpan je la keinginan tu sampai tua.

So bila da tua sikit ni dapat peluang kursus kira semangat lah. Sekali keluar list nama peserta ada plak nama Dato KP Melaka. Haaa masa tu aku dgn Miza mula la da panik. Miza kurang2 pandai bawa skuter. Aku ni mmg da zero tak tau apa2.

04/10/17
Aku suruh anak buah aku Rider and Swing ajar aku bawa motor. Kami belajar kat helipad. Terhegeh2 naik skuter Rider lepas tu naik motor clutch Swing. Miza pon join sekali. Aku tgok sama je tahap tak pandai aku dgn Miza hahhahaha. Sapa yg tau aku nak g kursus motor ni mula da tanya boleh ke tak boleh ko ni Maya? Sebab masing2 tau aku ni mmg tak pandai bawa moto, masalah lutut and tulang belakang. Aku jawab, tak cuba tak tau. So kita cubalah.

09/10/17
Hari pertama kelas.
Jumpa la peserta kursus yang lain. Tengah tunggu2 juga Dato KP hahhaa excited. Peserta perempuan ada 5 orang. Aku, Miza, Dhila, Kak Hanim and Koo. Yang lain laki. Jurulatih ada 7 orang dan rupanya Dato KP tarik diri. Haaa lega sket aku and Miza  sebab tak la malu sangat kalau tak pandai. Hari pertama belajar dalam kelas je.

10/10/17
Hari kedua dah sesi pengenalan moto dan mula belajar menunggang. Cuak kot aku. Aku jatuh berkali2 lah ye sebab memang tak confident. Balik rumah tengok kaki hmmmm cemerlang Maya. Da macam peta dunia. Lebam sana sini. Tapi sebab kulit aku memang sensitif dari kecik. Kena sikit je pon da bertanda walhal tak sakit mana pon.

Sesi pengenalan Honda CBX 750

Dhila, Miza, Kak Hanim, Koo and me
Kena pakai baju hitam long sleeve nasib baik ada polis marin bagi sehelai kat aku dulu. Tq

12/10/17
Petang kami pegi ride ke MITC. Aku pandang Miza. Miza pandang aku. Adoiiiii nak tak nak kena beranikan diri lah bawa motor keluar. Takkan dok dalam kawasan IPK je plak? Masa ni aku da tak tau berapa kiraan jatuhan aku. Tapi nampak gaya aku da mendahului. Panic attack jap sebab aku ingat area tu da kena tutup dari kenderaan awam. Aku masuk simpang nampak ada sebiji Hilux. Aku lepas je motor terus lari. Skill yang aku belajar dengan jayanya ialah skill melarikan diri semasa motor nak jatuh hahhaha.

Amir, Miza, aku, Dhila, Pn Asmah and Koo

13/10/17
Cuti ulang tahun kelahiran TYT Melaka.
Takde kelas so arini misi mencari tempat derma darah. Bulan lps kena reject sebab tak cukup 28 hari balik dari luar negara. Mengelak penyebaran virus zika. So arini pegi showroom Mercedes Benz Taman Kota Laksamana untuk derma darah dan sempat tengok wayang The Foreigner. Abg sorg tu da pegi tengok sorg2 tak tunggu aku. (kuat mengungkit)

Derma darah kali ketiga untuk tahun 2017. Kita cuba capai target 4 kali setahun k. 

14/10/17
Arini latihan area UTeM plak. Ni lagi haru time uturn aku g corner lebey2. Langgar tembok tepi jalan da tu aku trs lompat lari atas rumput. Motor ada gear lagi dan motor terseret dekat 50 meter gak la sampai la jurulatih tangkap motor aku. Sian betul lah motor tu. Bercalar balar. Rasa bersalah sangat masa tu sebab jauh betul dia bergerak tanpa penunggang di bahu jalan itu. Abis kelas terus pegi kenduri kawin kat Cheng dan Bukit Katil.

Ketua Jurulatih SM Halim dan En Omar urusetia yang selalu follow kumpulan kami sebab kami team pink memang memerlukan penjagaan lebey sket. 

Hadir majlis kawin pakai baju latihan je la.

16/10/17
Arini potong kek bday Miza. Sebelum ride ke Tehel. Rupanya singgah kampung Ibu. Sambil tu mata dok mandang juga mana lah tau orang kenal. Aku ni kan bangsa tak kenal sedara mara hahhaha.

Nak tunjuk helmet baru. Tq kepada abg yg sudi menaja helmet. Mula2 aku pinjam je helmet abg Fadzly tapi sebab da banyak kali jatuh aku perasan lah helmet tu besar. So kenalah beli yang baru yang padan dengan saiz kepala aku. 

Singgah sarapan 

Hadiah bday Miza aku bagi bantal tulis SMILE sebab En Saiful kata muka Miza langsung tak senyum bila bawa moto. Yang pempuan ni time atas bumi memang senyum. Time atas moto memang idok ler kami senyum. 

17/10/17
Arini da pakai jaket baru. Hari ni kami ride jarak sederhana ke Alor Gajah. Benti rest kejap kat post office Lubok Cina. Orang Alor Gajah and jurulatih kata lepas ni jalan Brisu menuju Alor Gajah makin sempit dan lagi banyak selekoh. Haaa dalam kepala ni da mula la merepek2. Ada satu selekoh tu aku da termakan jalan sebelah. Nasib baik je takde kenderaan dtg dari depan. Masa tu dah guna brek eh eh eh je. Masa ni jurulatih SM Halim memang akan guide nak guna gear apa n arah tapak. Tapi kalau da dasar bengap tu bengap juga la Maya.

Rasmi jaket, kemain bergambar

Sampai satu selekoh dan turun bukit aku da tak boleh control motor. Ntah aku lepas ke macam mana ntah. Tau2 je da terseret atas bahu jalan dan berhenti sebab langgar tiang arah selekoh tu. Aku bangun sandar kat tiang tu. Angkat kaki, angkat tangan. Yeay tak patah, ada lagi 🙏🙏🙏

Pandangan jauh dari lokasi kemalangan aku. Lokasi Brisu, Alor Gajah

Bangun buka helmet terus sandar kat tiang selekoh tu. Tengok kaki tangan masih ada. Mulut rasa tanah dan pasir. Kumpulan kedua konvoi bagi bantuan awal. Jurulatih En Raja tolong angkat helmet. En Amir ambil gambar (maklumlah AIO trafik). En Jumali, En Aizat dan sorg lagi tak cam plak dalam gambar. Kumpulan aku da terlepas ke depan. Yang lain belum sampai lagi. 

Koo yang sangat concern tanya aku ok ke tak ulang kali. Tqvm Koo. Miza da kena panic attack, dia cakap dia tergamam benti motor tepi jalan sampai lah orang datang matikan enjin motor dia. Sian Miza trauma tengok aku tergolek depan dia. Jaket koyak kat bahu sebab terseret. Helmet tercabut visor. Hari ni aku buat ujian ketahanan jaket dan helmet hahhaha. Nak refund tak boleh plak kata En Naim. 

Kami terus ride pegi makan cucur udang Alor Gajah. Sampai area parking, semua dok tunggu turn park motor. Yang aku da mula rasa kaki sakit kaki, tak boleh nak tongkat da motor tu. Aku lepas je motor,  aku lompat tinggalkan dia. Itu ialah jatuhan ke 13. Aku terus masuk kedai, buka jam campak dalam sinki dan cuci muka yang penuh pasir. Kemain pedih tepi mata, beria tengok ingatkan luka tapi just kesan calar sikit je. Buka kasut, letak kaki atas kusi. Haaa time ni rasa bisa. Seluar koyak sikit kat lutut dan betis. Da tu kita makan. Anta laporan kat abg. Terus ayatnya 'u never listen to me'.  Bila anta gbr kejadian baru dia rasa kesian. Tau juga kesian kat I ye?

Visor dapat pasang semula tapi ada la kesan calar pada helmet and visor. Glove calar dan menyelamatkan tangan aku. 

En Omar yang sentiasa menghiburkan. Baru selesai maklum keadaan pada penyelaras Tuan Devan. Masa ni takde la rasa seksa sangat sakitnya. Mata kanan ada pedih sket sebab tercalar. 

Seluar koyak kat lutut n betis

Masa nak balik, semua da kat motor masing2. Boleh pulak motor Tuan Guna sebelah aku tumbang ke arah motor aku dan aku berdiri antara dua motor tu. Otak dok ligat pikir aku nak berdiri sebelah mana. Kalau timpa kaki ni mau patah weiiii. Syukur aku dapat berdiri di tempat yang sepatutnya. That was a series of unfortunate event.

Selamat sampai Alor Gajah nak makan cucur udang

Miza kutip jam yang aku campak dalam sinki. Sebab pakai gshock merah kot. Biasa memang pakai yang hitam. Sampai habis kursus time bawa motor mmg aku tak pakai yang merah hahaha. Kepercayaan gua. Sakit2 pon mulut makan macam biasa

Barisan jurulatih yang sentiasa berkongsi ilmu dan memastikan kami buat tindakan yang betul. 

Balik rumah, buka seluar tengok lutut hmmmm kepala lutut kanan dah hilang dah. Bengkak teruk. Lutut kiri luka sikit. Buka tight tengok peha kanan ada lebam sebesar2nya. Terus mandi dan drive pegi klinik Air Keroh. Doktor cakap just bengkak je dan takde retak atau patah. Bagi ubat cuci luka dan ubat bengkak. Pain killer memang klinik tak ada sebab aku alergik. Balik makan tramadol dan cuba tido.

Haaaa masa nak tido tu baru lah traumanya datang. The scene keep on repeating over and over again. Guess I'm just the lucky one. Alhamdulillah.

18/10/17
Hari Deepavali : Cuti bawa Ibu jalan2 cuci mata kat Kee Ann Road. Sapa tau sana ada jual apa? Jalan yang paling ditakuti oleh lelaki dan disukai oleh wanita.

Kedai emas.... Hihihi

19/10/17
Ride ke Port Dickson
Masa kat sini baru aku sedar apa salah aku hari tu hahhaha. Punyalah lembap. Aku lupa gear tu ada 5 dan OD. Masa jatuh tu SM soh aku tukar 4. Yang si bijak ni turun 1 gear je. Lupa ada OD. Patut la dorg ckp aku gear 5 masa jatuh tu. Vodoo la Maya hahhaha. Gelak2 aku sorg2 atas moto.

Isi minyak sebelum ride

Bersama SM Halim sebelum gerak

Singgah rehat sekejap kat Petronas Lukut

Sebelum makan

Sebelum masuk kedai

Dah sampai Port Dickson. Nak makan tengahari

Taklimat sebelum balik. SM bagitau laluan balik. Dah kenyang, petang terik pulak tu. SM pesan jangan mengantuk. Masa ni aku cakap kat En Omar jangan tinggalkan aku kat jambatan Linggi. Aku dari dok PD tahun 1997-2000 memang cukup takut kalau lalu jambatan tu. Macam2 la dalam kepala ni sebab lepas turun jambatan tu kan selekoh. Memang dari kecik aku takkan tido kalau Ayah lalu situ balik kampung Ibu. Lepas jambatan tu baru aku boleh tido. Terima kasih banyak2 pada En Omar sebab teman sy atas jambatan tu. 

Balik IPK basuh motor sebab da jalan jauh. 

20/10/17
Hari ni semua orang buat saraan motor di bengkel sebab Isnin nak ride jarak jauh. Aku plak sepagian di pejabat sebab Ahad aku da kena pegi Penang untuk Mesyuarat PT dan masyuarat bulanan dengan Timb Pengarah. Tak payah cari pasallah hantar wakil PT, tak pasal nanti kena halau. Hari ni dok menyiapkan statistik.

Saraan di bengkel

21/10/17
Kelas ganti. Hari ni ride ke Jasin dan sampai satu simpang ke Simpang Bekoh ada sikit salah arah kat depan aku. Lepas tu terus jumpa bukit dan selekoh yang sama macam kat Brisu. Dah mula fobia datang.

Pegi sarapan dulu sebelum gerak g Jasin

Sebelum gerak. 

Singgah Shell Air Keroh datang adik pekerja Shell bagi air. Semoga tuan punya Shell dimurahkan rezeki. Aminn

Jurulatih yang kacak dan bergaya semuanya. En Rusli dari PULAPOL KL, En Omar Trafik IPK, En Ipin Pengangkutan IPK dan En Naim juga dari PULAPOL KL

Balik semula ke IPK kena angkat barang dan motor aku masuk lori (bukan aku yang angkat. Yang laki yang angkat).

Baru half day, muka da rentung da. 

22/10/17
Fly ke Penang.

Barang da siap kemas nanti Bling bawa sekali

23/10/17
Mesyuarat PT D11 SeMalaysia di IPK Penang dan lawatan ke Bukit Bendera. Kanda2 aku tengok kaki aku rasa ngeri dengan lebam sana sini hahahha da macam mangsa kes keganasan rumahtangga. Konvoi motor da gerak ke Cherating.

 Bukit Bendera is a no drone zone hahhaha. Saja tunjuk.

Konvoi singgah makan di Gambang

Aku takde dalam gambar la kan sebab aku kat Penang 

24/10/17
Mesyuarat Review bersama Timbalan Pengarah. All end well. Jam 1750 fly ke KLIA. Bling ambil aku dan drive ke Cherating. Halah halah punyalah jauh KLIA-Cherating tu. Mau 4 jam perjalanan.

Wefie with Dato Zakaria. This picture is legendary. 

25/10/17
Sampai Cherating dah 0015 hrs. Sampai je bilik, Miza, Dhila and Koo da berlayar awal. Semua tido kat ruang tamu. Aku ni yang badan memang tak sihat masuk bilik tido atas katil lagi bagus. Cuci muka berus gigi. Da tu masa cuci sinki, terus jari luka terkena bucu sinki. Tak sampai 30 minit da luka. Apa ke malang ko ni Maya? Nasib baik dari awal da pesan Miza ambil 1st aid.

Jam 9 kami gerak ke Pekan, Pahang nak makan apam balik diraja. Apam balik special ada letak telur. Pelik tak pelik pon aku baham jugak. Aku singgah pasar beli belacan and ikan masin untuk ibu.
Sorry kena guna beauty mode sebab memang da tak beautiful sangat lah muka ni hahhaha. Hampeh tol. 

Miza sejak kursus mata dia berat. Kalau amek gambar memang pejam mata je. 

Apam balik special RM4.50 sekeping

Balik semula ke Cherating kami makan kat sebelah resort je. Ikan fresh2 sedap masak. 

Petang pegi Chukai jap beli kopok lekor da tu mlm ada jamuan bbq dengan peserta kursus. Kami yang perempuan kul 2330 hrs da balik bilik sebab nak rest awal. Esok pagi ride balik Melaka. Aku ni jenis tak boleh kemas barang tergesa2, malam tu aku terus kemas beg. Dorg bertiga tido awal. Esok plan nak bgn lewat kononnya tapi lagi 3 org ni bangun awal pulakkkk kemas beg. Terpaksa bangun juga sebab tido aku terganggu.

26/10/17
Ride balik Melaka tapi kena pegi Chukai dulu isi minyak. So kami gerak balik dari Chukai ke Melaka. Jawoh sikit la. Benti di RnR Gambang sekejap. Sambung perjalanan ke Muadzam. Aishhh scary la lalu Paloh Hinai - Muadzam. Banyak lori. Kena tolak angin tu rasa melayang aih.

Tn Khairul, En Ipin, Miza, SM Halim, Dhila, me and Koo. 

Gambar kenangan sebelum balik bersama Timb KJSPT, urusetia,  jurulatih dan peserta kursus

Urusetia dan jurulatih KAMMB JSPT Melaka dan Kem Komandan Bukit Aman. 

Peserta KAMMB JSPT Melaka dan Kem Komandan Bukit Aman. 

Naza,  En Naim, Syazwan dan Tn Naim

Langit macam nak runtuh

En Naim bersama group Pink 

Aku and Koo da bergaya macam wedding photoshoot. Amir bagi rosak gambar aje

Budak Teddy ni untung lagi dari manusia. Merata dia ikut. Pegi Penang naik kapal terbang. Pegi Cherating naik kereta. Balik Melaka naik moto. 

Singgah isi minyak kat Muadzam dan makan tengahari. SM kata ni perhentian last dan terus balik Melaka. Masa sambung perjalanan Dhila hon nak dok depan. Sampai simpang hala Bukit Pasir da hilang da SM dengan Dhila. So aku la jadi kepala konvoi dan Miza ikut je la arah tapak yang aku buat sesuka hati aku. Time ni punya banyak selekoh.  Perghh da mula ketakutan aku. Minta maaf la pada semua yang berada di belakang sy.

Da sampai Air Kuning baru aku terpikir nak menyanyi. Masa nyanyi baru ada confident semula dan bole ride laju sket kat selekoh. Sampai IPK jam 1630 hrs. Kemain bangga nya lah aku. Gila kot ride jauh naik motor. Motor ok. Hahaha

Muka aku and Miza yanga sangat lah bangga. Dhila memang pandai bawa moto kikiki. Bergambar bersama Proton Perdana baru. 

SM bagi balik tak payah cuci moto petang ni. Syukurlah nakkkk. 

Laluan perjalanan Chukai - Melaka. So proud of myself. Never in my sane mind that one day i could ride a bike that far. Well done Maya. 

27/10/17
Hari ni buat latihan jalan uji. Tapi pagi ni kami cuci moto dulu.

Orang2 rajin

Walaupun da beberapa kali lalu jalan yang sama tapi sebab jurulatih kata ni jalan uji, dia punya gabra lain macam. Benti dua kali kat simpang Taman Delima Raya, makanya dua kali mati enjin. Lepas tu buat latihan angka lapan. Aku tak pakai knee guard. Jatuh kali kali ke 17 motor masuk longkang aku jatuh kat kaki lima bangunan. Ok lagi lah

Jatuhan kali ke 18... Yang ni bukan biasa biasa. Dia punya bisa memang lain macam. Jurulatih soh aku duduk tepi. Sambil aku mengenang nasib diri huhuhu. Break tu aku dengan Miza g jalan jap da tu pegi saloon. Lutut da rasa sangat lah tak selesa dan bisa. Dah contact doc ada jam 3 petang. Al maklumlah solat jumaat.

Lepas jatuh masih boleh senyum lagi sebab nak menunjuk aku dah boleh sarung balik tactical pant yang da berkurun tak boleh lepas kat betis pon. Sakit tunggu dulu k. Gambar kena ada.

Miza ditanya oleh En Sharul soalan perangkap. Terus blur muka.

Miza boleh jadi peserta paling gigih. Miza juga merangkap orang yang paling penting dalam kursus sebab dia bendahari. Sampai muak dia dengar aku tanya duit ada berapa lagi?  Wakakaka

Petang aku minta urusetia hantar aku pegi Pantai Hospital jumpa Doktor Zaidi yang rawat lutut aku on July. Dia tengok lutut je dia kata ligament koyak da tu Maya. Suruh aku warded and ready for operation. Aku refuse sebab back on 2012 I've already done my ACL reconstruction. Can't bear to endure another phase of rehabilitation. Once is enough for me. So Dr Zaidi suruh teruskan ubat yg memang aku ada dan cold pack kat lutut. Dia bagi mc 4 hari dan surat light duty 3 minggu.

Akak bersantai tepi pantai meluruskan kaki yang da bengkak semula

30/10/17
Aku datang kelas walaupun mc. Pakai selipar je la sebab kaki sakit lagi. Dorg semua buat latihan angka lapan dan jalan uji. Aku dok pejabat uruskan hal kursus dan hal pejabat.

Dimana ada kamera. Di situ ada manusia

31/10/17
Patut ada bicara kes kat Mahkanah Jasin tapi tak panggil aku. So dok kat kelas je la. Hari ni dorg masih latihan lagi.

Senaman pagi

SM Halim bagi taklimat pada kumpulan pertama diuji. Aku masa ni tengah sibuk taip toyol kat laptop. Dok kelas sorg2 sekali ada katak lompat2 pagi ke arah kasut aku. Dah la aku ni penakut nak mampus. Nak pulak dia hala pegi sana. Hantu raya punya katak hitam. 

Malam kami study melalui whatsapp group sebab esok nak ujian bertulis. Ada soalan bocor so aku kena la gigih belajar. Da la x ambil ujian menunggang, takkan la ujian bertulis ko nak fail?

Alah tak pandai la pusingkan gambar. Aku tengah study sambil makan biskut tambun. PT Penang bagi ole2. Jawab satu soalan makan satu biji. Hoiii tak siap ko ni Maya. Simpan dulu biskut. Aku study sampai kul 1 pagi last2 aku tido je la. I is redho. 

01/11/17
The day have arrived. Pagi ni penguji dari Maktab Teknik Bakri hadir. Dia minta aku ambil juga ujian angka lapan dan jalan uji. Perghhhh masa tu otak da jem dah. Jawab dulu ujian bertulis dengan penuh ilmu di dada. Patut exam mula awal. Bila da lewat banyak plak ilmu mengalir keluar dari otak hehehe.

Bendahari kutip duit sehingga hari2 terakhir kursus. Ni sebelum wahyu turun so kena la kutip duit tambahan. Sorry all,  sy da cuba yg terbaik. 

Bila nak mula exam ni?  Dah habis ilmu di dada ni tak setat setat lagi kikiki

Cubaan saat2 terakhir untuk hafal dan faham. Toyol ditaip cantik dan kemas tetapi tidak digunakan semasa ujian. Bahawa saya bercakap benar dan tidak adalah yang tidak benar melainkan benar belaka. 

Si lebah nak ambil gambar dengan bunga. 

Bergambar kenangan dengan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka,  T/KJSPT, penguji dari Maktab Teknik Bakri, jurulatih, uruseti dan peserta kursus

Petang ujian angka lapan. Sebelum ujian,  jurulatih bawa aku try jap. Ewah2 motor mati enjin, gear tak masuk, dada macam nak meletup terkeluar jantung. Buat berapa kali pon asek tak jadi je. Berapa kali langgar kon. Oii libang libu terus. Bila ujian sebenar memang aku da tak kuasa la buat macam orang lain yang ada latihan tu. Signal ke, isyarat tangan ke, memang aku tak buat. Alhamdulillah sekali buat jadi terus walaupun tak la se perfect mana. Amazing nya!!!!

Yeay da berjaya buat ujian angka lapan

Semua yg sama2 meraikan kejayaan aku. Tq En Faliq tolak moto sy. Jasa semua orang sy kenang. Memandangkan semua urusan moto dorg ni la yang uruskan sebab aku tak larat. Kaki masih sakit lagi. 

Yang sedang menunggu giliran untuk diuji

Pasukan sorak. Gadis dan lelaki litar

Jurulatih busy tanda kertas jawapan

Pada aku bodo bawa moto takpe lah buat masa ni asalkan aku tak bodo atas kertas. So aku study lah bersungguh2. Semoga berjaya Maya. 

02/11/17
Hari ni uji pandu jalanraya. Ni lagi serupa orang buta. Tu lah orang taklimat awak tak dengar sebab konon tak payah buat ujian. Jurulatih crash course ajar aku sehingga bijak (boleh la) da tu terus jalan uji. Allah maha mendengar. Ada 1 je lampu merah tapi pon sekejap je. Huru hara aku atas jalan. Sampai penguji potong aku. Tapi i just don't care. I survived my ride without engine turning off. I'm still proud of myself no matter what hahaha. Petang rehearsal majlis penutup kursus.

Tengah order makanan untuk jamuan malam ni. Kalau namanya polis kalau jumpa kereta mesti nak sandar. 

Pemegang papan markah dan juga markah. En Saiful tu takmo share markah tu. Rahsia besar katanya. 

Yang dah siap diuji muka kemain hepi. 

Tengah menunggu nak diuji. En Naim happy je. Koo, Palong n En Jumali belum tentu happy hahhaha sebab nak tunggu turn.

Koo belum lepas lagi. 

Bersama yang hadir majlis makan malam di Asam Pedas Pokok Besar, Taman Kota Laksamana. Alhamdulillah kenyang

Antara yang hadir

Antara yang hadir

Antara yang hadir. Tuan T/KJSPT

Tn Naim dan Tn Khairul datang kemudian. Dapat minum 2 jug air hahhaha

Orang2 macho

03/11/17
Majlis penutup berjalan lancar. Tok ketua punya ucapan pon ok. Gambar pon cantik. So I'm happy lah.

Datuk KP Melaka bersama Tuan KJPJKK dan Tuan KJSPT selaku penganjur kursus

Bergambar kenangan. A very nice photo rite? 

Pengacara majlis kali pertama. Good job both of you.

Petang ada kit inspection dan penutup antara peserta kursus dan jurulatih sebelum bersurai kembali ke formasi masing2.

Ucapan penutup dan terima kasih kepada jurulatih dan peserta kursus. 

Bergambar kenangan di bawah terik mentari

One last ride baby WSJ 9438

Segala kesan kerosakan daripada 18 kali jatuhan. Jatuhan ke 18 buat handle brake patah. So aku dapat la kenangan2. Aku bawa moto ni untuk ujian ye. Takde tukar moto lain.

Berakhirlah sudah kursus selama 4 minggu aku. Dari kosong sampai la tau bawa motor. Terima kasih pada semua jurulatih SM Halim, En Raja, En Arifin, En Saiful, En Shahrul, En Naim dan En Rusli yang telah mengajar aku. Walaupun aku ni degil tak dengar kata dan lembap sikit nak paham arahan orang. Sangat terhutang budi pada JL yang sentiasa sabar mengajar.

Terima kasih pada urusetia Tuan Devan, En Omar,  En Yunus dan En Sham atas kerjasama sepanjang kursus. 

Terima kasih kepada semua peserta kursus yang merangkap kawan baru aku. Minta maaf susahkan semua orang sepanjang kursus ni. Minta maaf juga kalau ada tersalah dan terkasar bahasa. Semoga kekal berkawan. 

Bila dah habis kursus da mula teringat yang aku masih ada temujanji yang belum dipenuhi.

Macam terlupa pulak pasal ni kan Miza. Pagi ni baru terasa sakit semula leher ni. Bak kata Doktor Zaidi kamu ni tak fokus. Kalau nak buat benda kena buat satu2. Maybe when I'm free I can go check my neck. Then if my knee keep troubling me, I can check that one too. Dah 3 minggu solat duduk ni. Kalau ada masa kita pegi lah ye... Terasa nak pegi bercuti pon ada juga ni. Macam2 hal ko ni.

Terima kasih kepada barisan penaja dan pemberu pinjam. Jaket by me, helmet by lelaki itu, kasut by Hawa, glove by Abg Fadzly, knee guard by Rider. Terima kasih sebab memudahkan hidup saya. Semoga anda juga dimudahkan urusan kehidupan juga. Aminn.. 

Sampai sekarang Ibu dan Ayah tak tau aku jatuh. So,  kalau ada yang menyampaikan tu maybe kawan2 ayah yang friend facebook aku. Aku cuma bagitau kat Along,  Abang and Ana. Kalau Ibu tau aku rasa awal da aku kena RTU. 

Jangan asyik pandang ke kanan. Pandang juga ke kiri. Barulah kita jadi manusia yang bersyukur. 

Bukan biasa biasa
Gigih
Kurus
Gelap

Sekian. 

P/s : kurus hanya dalam mimpi.