Monday, 14 August 2017

Lombok, Indonesia : 09-11/08/2017

Hi!  Kali ni nak cerita pasal post birthday trip ke Lombok,  Indonesia. Just a short gateway  sebab percutian tak dirancang sangat.  Seminggu sebelum pergi aku kena uruskan pasal cuti dan permohonan ke luar negara.  Al maklumlah tugas hakiki ku tak membenarkan perjalanan ke luar negara tanpa kebenaran dan pengetahuan pihak atasan.  Kalau jadi apa2 hal maka seksa la hidup ko di masa hadapan hahhaha. Last minute beli tiket op kos dah mahal. (seperti biasa perjalanan tak dirancang guna otak)

09/08/2017

Jam 9.00 pagi aku dah keluar umah n singgah pejabat jap say hi hi bye bye kat orang pej. Then trs drive Abg City ke Putrajaya Sentral untuk parking. Dalam perjalanan yg sengaja dilewat2kan sebab flight jam 1.10 petang aku singgah dulu RnR Seremban nak beli Dunkin Donut : Triple Choc.  Ada 4 biji je display dan aku borong semua hahahhaa.  Dah tu dok melepak dalam keta then tiba2 tersedar.  Jam da pukul berapa ni?  Bila nak sampai Putrajaya Sentral?  Nak naik KLIA transit jam berapa?  Sampai KLIA2 jam berapa?

OOTD to airport 

Perghhhh seram sejuk aku buka Google Maps then trs pecut Abg City. Dengan jayanya 170km/jam aku bawa.  Biasa memang xde penah lah aku nak pecut guna keta 1.5l ni.  Sampai Putrajaya Sentral dah jam 10.35 dan train ada 10.58 kot.  Nak g KLIA2 tu macam 18 minit.  Perghhhh peluh akak haaa dan aku trs online check in sementara menunggu.  Sampai je train trs masuk dok belakang sekali.  Yang tenang2 saja Maya.

A brave face hahaha takut ko kan Maya

It's not your bag. It's mine. 

Kat KLIA2 ada la gamak jalan laju sikit dari biasa tp takde la berlari.  Kang peluh2 kang busuk lak ketiak hahhaha. Tapi aku berjaya drop bag n jln dengan tenang ke departure hall. Masa lalu police security check, Teddy kena keluarkan dari bag sebab ada mcm bungkusan dlm dia. Aku ckp kat polis tu "bontot dia ada benda nak bg berat lah" then polis bg Teddy lepas hehhehe.

Seperti yang kita tahu "AirAsia dan delay berpisah tiada" makanya kena la menunggu lagi sekian lama sebelum dapat boarding. Nak duduk ikut no tiket tp seat da kena kebas oleh perempuan PRC. So kita tolak ansur lah dok seat lain n dok tepi tingkap. Dah boarding nak tunggu giliran terbang sampai sejam juga.  Time beratur nak terbang tu aku da tetido.

Teddy berjaya melepasi security check.  Teddy is my birthday gift from my friend Syamieza sbb dia ckp muka aku kesian sangat masa tu. Sbb baru di tinggal bf. So dia soh Teddy teman aku g mana.  Buat masa ni memang Teddy sentiasa ikut aku g outstation or travelling.

Sampai je Lombok dah jam 5.30 petang. Pegi tandas dulu then beratur kat kaunter imigrasi kemudian kastam dan sekali lagi Teddy kena tahan.  Aku minta pegawai kastam scan semula Teddy je sbb dia soh aku buka luggage aku.  Ehhh x sanggup aku nak buka. Dan mmg benar Teddy punca masalah tapi dibebaskan sebab he is too cute.

Sampai dah senja dah

Keluar epot dah jam 6.21 dan langit dah gelap tengah azan magrib.  Aku naik teksi g The Santosa Villas and Resort kat Senggigi Beach. Punyalah jawoh sbb terletak kat Lombok barat.  Jarak perjalanan lebih kurang sejam setengah guna kereta.  Kereta kuda lagi lama lah nak sampai nak oiiii. Masa aku datang ni banyak bendera dan hiasan sepanjang jalan sebab nak sambut Hari Kemerdekaan Indonesia pada 18/08/2017. Sampai hotel je mmg da malam gelap apa pon x nampak. Check in bilik then mandi manda sebelum jalan kaki pegi cari makanan kat area Senggigi. Aku ada tanya pasal pakej untuk snorkelling and Island hopping kat kedai2 kecik tepi jalan.  So aku decide nak sewa slow boat ke 3 gili (pulau dipanggil gili ya di sini)  yg femes tu Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno. Dapat harga murah2 aje sbb muka aku mesra rakyat and comel (sila muntah)

Malam dah..  Ni je la dapat aku amek. 

Lepas dah setel pasal tour esok aku g cari mknn.  Aku g makan kat The Taman Cafe Senggigi order Nasi Ayam Taliwang sambil dengar live band.  Lepas kenyang makan aku plak nyibuk nyanyi sama walaupun suara cam haram jadah.  Sebab x reti malu kita join aje.  Layan muzik sampai tutup kedai dan balik bilik.  Sampai je bilik hmmmm toilet leaking.  Abis basah lantai. Dapat upgrade from cottage to villa.  Lucky me 😊 Tapi kena kemas bag time2 tu gak pindah.

Bermanja dengan hp

Maya in action

Nasi Ayam Taliwang ni guna burung puyuh

Musicians 

10/08/2017

 Nak berlagak bilik baru jap k, sbb aku usaha kemas beg yg da aku bongkar masa sampai tadi.

Bilik yg luas amboi

Big bathtub kikiki

Ok ni gambar cengkelat la.  Ni gambar esok paginya tapi nak tunjuk la view from front. At back ada verandah nak santai tgok pokok

Pagi ni aku jumpa Pak Ben yg uruskan island hopping tu. Dia bawa g jeti kat area pantai dekat hotel je and urusan pendaftaran. Slow boat ride is preferable sbb laut tu berombak tinggi.  Aku tak nak memori ke Pulau Aur kembali menghantui aku. Kang sakit badan pon tak guna gak. 

Santai sangat ko eh

Merenung masa depan yang tak pasti sambil menikmati pemandangan laut luas. Tempoh perjalanan slow boat from hotel to Gili Trawangan ambil masa sejam lebih.  Tapi sebab tak terseksa aku enjoy the ride. 

Ok ready to terjun dalam laut

Aku snorkel kat Gili Trawangan, Gili Air dan Gili Meno. Laut mmg jernih sangat tapi sejujurnya coral banyak yang dah mati.  Cantik lagi di Samporna dan Mersing. Tapi enjoying the view is so relaxing and there are so many fishes.  Ada jumpa ikan todak tapi x jumpa satu pon tapak sulaiman.  Mungkin dia da pindah tapak yang lain. 

Yang kawasan biru gelap tu memang sangat dalam.  Tak nampak langsung dasarnya.  Tiba2 kena panic attack 

Da tu terus balik bot

Lepas habis snorkel tiga-tiga gili ni aku pon balik la hotel.  Mandi jap then g massage. Tapi kan..  Sejujurnya.. Orang yang massage tu x pandai pon.  Makin sakit badan aku dan sampai sekarang badan aku penuh tanda2 jari dia hasil urutan yg luar biasa sakitnya tu.

Malam tu aku jalan g luar and g makan kat Papaya Cafe. Malam ni makan nasi goreng je lah. Band yang sama semalam ada plak kat cafe ni. Haaa lps makan as usual menyumbang suara lagi. 

My dinner

The band

11/08/2017

Pagi ni aku siap2 kemas bag untuk check out dan meneruskan urusan melawat dan beli ole2 org kampung. Pak supir nya Pak Ben dan Pak Safari bawa kereta kecil yang comel. Kami jalan2 pegi pantai,  tempat jualan barang tempatan sebelum pegi airport.  

Senggigi Beach memang pasirnya hitam ya. Stop by to take some picture here

Lepas tu singgah beli ole2 dan lawat pusat tenun.  Kat sini ambil gambar dengan baju tradisi dan rumah adat Lombok.  Acah2 jelita lah Maya. 

Pakaian tradisi wanita Lombok

Rumah adat

Penenun yang bekerja 8 jam sehari dan proses tenunan ambil masa 1 hingga 3 bulan bergantung pada corak dan jenis benang yang digunakan. 

Sesi penerangan

Lepas tu pak supir bawa aku pegi Kuta Beach. 




Terasa panjang kaki i tu kan

With Pak Safari dan Pak Ben

 A smile to wrap up my vacation 

So lepas habis melawat Kuta Beach aku terus menuju ke airport. Flight jam 7.15 malam dan punya lah awal aku sampai. Sekali lagi AirAsia ni buat taik.  Delay pegi jam 9.00 malam.  Dlm kepala otak ni pikir there goes my last train ke Putrajaya Sentral.  Dah tu kena la plan untuk uber ke sana.

Sampai KLIA2 dah jam 12.15 malam.  Nak ambil beg bagai memang dah lewat. Panggil uber hantar ke kereta bayar RM25 je. Aku terus menuju rumah Panda untuk tumpang bermalam dan menghabiskan cuti aku yang sampai 14hb ni. 

Anyway tq to all my friend and loves one for giving me the opportunity to be happy by celebrating my birthday this year.  After an unfortunate event with someone,  you all step in to fill my emptiness. 2 birthday cakes,  2 celebration and tones of present is not bad at all hehhehe. Even after 2 month, i still get 🎁. 


I love you.