Aku guna buku baru je sebab buku lama da MIA. Tahun ni baru dapat 2 kali menderma. Semoga aku lebih istiqomah pada masa depan. Proses derma darah ni sekejap je tapi pihak Tabung Darah akan pastikan yang kita betul2 sihat dan bersedia untuk derma darah. Bawa IC sekali ye kang ada mistaken identity plak.. haruuu
Apa yang paling penting dan step2 yang ada:
1. Rehat dan tidur yang cukup
2. Telah bersarapan atau makan sebelum menderma
3. Sihat tubuh badan : maknanya memang tak de amek ubat2an dan juga bebas penyakit. Berat badan juga diambil. Takut underweight. Macam aku ni overweight. Dorg sudi sangat amek darah aku. Setiap kali menderma mesti 450ml tanpa gagal hahahha
4. Kita kena isi borang untuk derma darah. Kat sini butiran diri kita isi dan ada la string of questionaire pasal kesihatan dan cara hidup kita yang perlu kita isi. (Sila jujur ya masa isi)
5. Akan ambil sampel darah untuk tahu jenis darah kita. Aku O+ve ye
6. Pegawai Perubatan yang bertugas akan ambil tekanan darah dan pastikan kita layak untuk menderma
7. Kaunter seterusnya untuk uruskan dokumentasi and bagi kita bakul yang dah dilabel jenis darah dan no label/barcode darah yang bakal kita dermakan
8. Pilih katil mana yang korg nak. Kalau rasa nak cucuk kat tangan kiri g la cari katil yang ada stand lengan kiri. Aku mmg cucuk kat kiri sebab takmo lenguh2 drive or menulis nanti. Keta aku auto so x tukar2 gear
9. Nurse datang bawa bakul, jarum kecik, jarum besar, selotape segala bagai kat ko dan akan mulakan cari urat kat lengan ko. Kalau rasa ok tengok la time dia cucuk tu. Besar bagak jarum dia wei hahahaha saja je bagi takut orang
10. Proses derma darah ni kejap je pada aku. Just pastikan korg sentiasa genggam tangan dan lepaskan. Biasanya nurse bagi paip pvc soh ko pegang
11. Lepas bag darah ko da penuh, nurse akan cabut la jarum tu n soh ko rehat2 jap. Da ok baru bangun k. Jangan nak gagah2 trs bangun.
12. Da tu abg misi plak ckp "Dik g makan kat sana. Abg da siapkan mknn". Ko makan je la. Biasa dia bagi air milo panas, biskut kering and air 100plus.
13. Da betul2 segar and ok ko jalan la balik umah. Takde sapa halang ko balik.
Pada aku, nak menderma darah ni mmg baik tapi berpada2 lah. Kalau rasa diri tak sihat tak payah. Kalau takut pon tak payah. Kalau ko pegi sbb kawan ajak and cabar pon tak payah. Sebab aku penah nampak lelaki segagah2 manusia pon jatuh pengsan lepas derma darah. If u are ready then u can donate blood k. Banyak lagi cara kita nak derma. Duit or tenaga pon derma juga.
Sini aku saja share gambar aku masa menderma sebab dah lamaaaaa sangat aku tak derma darah. Aku follow fb Melakabloodbank so aku sentiasa tau kat mana dorg buat roadshow. Perempuan 3 bulan sekali dan lelaki 2 bulan sekali boleh menderma.
Mitos : Derma darah boleh jadi gemok. Pada aku ok je sebab aku mmg gemok hahahhaha.
09/04/2017
29/06/2017
Nampak sinar kegembiraan kat muka aku tu? Kalau nampak bagus lah. Sekian, terima kasih.
P/s : Ada orang cakap beza tol muka aku selang 2 bulan tu. Sebab gembira la muka jadi tembam. Fat people are harder to kidnap ye....